Friday, May 28, 2004

OT

bismillah
hari ni letih sesangat dok kat OT(operation theatre)dari kol 8 sampai 5 tapi bukan buat ape pon. sibuk skang nak penuhkan log book. suma prosedur yang perlu dibuat kenela kita cari kat OT. pastu sebab boring tunggu kat sana sebab op cancelled utk pagi tu kitorang pun gi la ke a&e cari orang utk dipasang branula. ada satu kes kitorang jumpa kat sana sorang uncle yang 'terjatuh' dari tingkat 4.orang terjumpa dia kat bawah. masa kitorang lalu kat sini lantai bilik resuscitation tu penuh ngan darah. dr lak tgh bz intubate patient. kitorang pun practice chest compression kat uncle tu.tapi yang sedihnya uncle tu tak dapat diselamatkan... sob...sob...mungkin sebab lewat hantar g kecemasan.emm macam tu la kehidupan manusia kekadang banyak perkara yang kita cuba lakukan tapi suma tu bergantung kepada Allah. lepas tu masuk balik OT yang sejuk gegilo tu. nak biru rasanya muka ni. nasib baik alhamdulillah ada orang nak ajar kitorang masa petang tu walaupun kitorang masuk utk emergency operation tu around kol 1630. nama doktor tu dr lim. masa pagi tu ada dr adly yang ajar kitorang pasal drug2. banyak juga la yang kitorang tak tau. apa nak buat dah tak tau kene la balik baca buku... :)

Thursday, May 27, 2004

basic life support...

Bismillah
Hari ni kitorang bebudak anaest datang a day course of basic life support. Alhamdulillah suma orang lulus dalam kursus tu. Lepas ni klau kitorang jumpa orang yang jatuh pengsan kat mana2 leh la kitorang buatkan CPR(cardiopulmonary resuscitation).chewah…aku harap dapat manfaat dari kursus ni sebab tak suma orang dapat peluang tuk gi kursus ni. Dalam sesi video ada satu keadaan yang mana sorang lelaki tgh jogging ngan isteri dia tetiba jatuh rebah mungkin sebab MI(myocardial infarction). nasib baik isteri dia tau buat cpr klau tak, tak tau la nasib mamat tu. Penting juga bende2 tu sebab orang skang ramai yang tak tau dia ada sakit jantung pastu tetiba je rebah…sekurang2nya tau apa nak buat dan nak bantu apa dalam keadaan panik. Emm… nak ucapkan tahniah kat sorang member yang baru melangsungkan pernikahan sebulan yang lalu.
p/s : tapi nak tanya kenapa senyap2 je?

Monday, May 24, 2004

keluh kesah?!

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

entah kenapa hari ni hati macam tak tenteram, gelisah tak tentu pasal. Rasa mungkin sebab pasal exam semalam tu kot. Kebetulan hari ni join usrah kak radiah. Tak sangka pulak tajuk tadarrus hari ni tentang ‘keluh kesah’. Kira related la dengan diri aku ni.
Rupa rupanya dalam Al Quran sendiri dah cakap tentang fitrah manusia ni memang keluh kesah terutama apabila dia ditimpa kesusahan. Tetapi Allah beri pengecualian bahawa orang yang dapat mengeluarkan diri dari golongan yang keluh kesah itu adalah sembilan ciri iaitu
§ Orang yang mendirikan solat dengan istiqamah
§ Orang yang mengeluarkan sedekah
§ Orang yang membenarkan hari akhirat
§ Orang yang takut pada azab Allah
§ Orang yang menjaga kehormatan
§ Orang yang menjaga janji
§ Orang yang memegang amanah dengan baik
§ Orang yang memberikan kesaksian
Rujuk surah Al Maarij ayat 19 hingga 35. ahli ahli tafsir mengatakan bahawa surah ini diberikan maksud tempat2 naik (al maarij) munkin kerana ia memberi kita panduan tentang amalan yang dapat membawa kita ke darjat yang lebih tinggi.Mungkin kita akan akan lebih faham setelah membaca surah ini bersama terjemahannya.wallahu a’lam..

Saturday, May 22, 2004

level of preparation

baru je abis exam ent lega memanglah lega tapi yang tak bestnya bila tau yang banyak jawapan kita tu salah pastu campur dengan jawapan yang kita dah tau tapi tak sempat nak tulis emm takpelah nanti bleh cuba lagi. teringat ngan cakap prof sani dia cakap pasal level of preparation masa presentation ari tu
prof cakap pasal kita sebelum nak present bende cuba baca doa "rabbi shrahli..." tu yang mula mula dibaca oleh Nabi Musa as masa nak sampaikan kapada Firaun bahawa dia bukan Tuhan tetapi hanya manusia biasa. baru tau doa tu bukan sahaja supaya kita lancar lidah tapi supaya mesej yang kita nak sampaikan tepat dengan apa yang kita fikirkan contonya kita nak exam clinical kan ade viva so supaya apa yang kita tahu kita dapat beritahu pemeriksa apa yang kita tau.
lagi satu masa prof amik exam preparation diorang bukan setakat pasal akademik malahan 2 hari sebelum exam mereka melawat tempat dewan exam supaya tau keadaan kat sana dan kita boleh bersedia segala kemungkinan yang akan berlaku. yang bestnya kita perlu tau kat mana tandas terdekat supaya bila masa exam kita tak menggagau mencari tandas...
aku rasa aku akan merindui ent department yang mana mr megat pernah cakap ent tu maksudnya Easy No Tension iya la tu...

Wednesday, May 19, 2004

1nTr0DucT10n

assalamualaikum
alhamdulillah berjaya jugak aku
aku seperti mendapat semangat baru kerana apa yang aku inginkan menjadi kenyataan
aku mengharapkan aku dan kawan suma mendapat manfaat darinya
insya Allah
sebenarnya aku dah nak exam sabtu ni
esok lak ada presentation susah lak tu facial nerve palsy
harap2 aku dan kawan aku dapat buat yang terbaik
dan yang lebih penting orang apa yang kitorang nak sampaikan nanti aku syok sendiri kawan aku suma ternganga
malam ni lak kene jg cc so tu pasal aku ade kat sini