Friday, July 30, 2004

selamat hari tua pesot...

bismillah...lega sebab dah start cuti. esok nak g jenguk pesot kat uitm. so kene lah tidor awal malam ni. esok birthday pesot. emm ngan abg asmadi. kalau bukan sebab esok busday dia musti dia pun tak ingat kat aku. lagipun kitorang sama2 sibuk. aku pun paham. hal aku ngan an aku try settle kan. insiden aku tak tegur tu rupa2nya jadi sampai kes tak pandang muka bila berselisih...he he itu pun nak amik ati. klau bukan sebab aku masih anggap dia kawan aku tentu dah aku biarkan aje hal ni.

Thursday, July 29, 2004

bercintalah kerana Tuhan

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..
jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..
jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..
jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..
jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..
jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..
jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..
wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..
wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan

bilal...oh bilal

bismillah. aku exam hari selasa. orang dapat hari yang sama adalah shafinaz dan bebudak grup Prof Maniam. aku pun datang lah awal pukul 145 dah dok depan wad. ingatkan bleh lah dapat patient yang menjadi pujaan hati sekurang2 nya dah tau diorang diagnosis apa... dah pkul 215 Dr Wan punya muka pun aku tak nampak lagi. at last datang juga dr tu. lepas dah bagi kes untuk shafinaz 'clerk' tinggallah aku. aku pun tunggulah dr nak bagi kes apa... sekali tu dr bergerak ke male ward. aku betul2 gelabah sebab aku tau patient kat sana suma tak stable lagi. aku doa dalam hati patient kat sana suma refused. blehlah aku shift ke female ward balik. sampai kat depan male ward dr suruh aku tunggu je kat situ sementara dia approach patient tu. aku pun tanya lah penjaga wad kat situ dr approach kes apa? "bilal". aku terus gelabah sebab satu aku tau masa dulu senior penah nak clerk dia tapi dia tak stable lagi. "ok after this u clerk this patient for one hour. i'll be coming later." lembut je dr wan cakap." is he ok, dr?" tanya aku ragu2. "ok"...nak nangis aku sebab patient ni substance induced psychiatric problems. pulak tu afro-american dan aku sorang je yang dapat kes ni...satu2 nya...tapi lepas je start rapport ok je mamat afro american ni. dah jadi cam member lak. siap ucap good luck lagi...tapi klau aku ingat balik masa first day dia dimasukkan, aku pasti tak bleh lupakan mata dia yang terbeliak besar memandang kitorang. nak cakap apa perasaan kitorang?SERAM!!!

Friday, July 23, 2004

abang mangsa?!!

Di ceritakan seorang wartawan sedang terkial -kial mencari berita -berita sensasi untuk majalahnye. Setelah puas round satu bandar beliau masuk pulak ke kampung, maka dilihatnyer orang ramai sedang berkerumu seperti sedang menyaksikan sesuatu. Si reporter ni bergegas ketempat itu . rupa-rupanye satu kemalangan telah berlaku. Si reporter mengeluarkan camera digitalnye untuk mengambil gambar mangsa yang masih dalam nyawa-nyawa itik itu.Oleh kerana orang terlalu ramai ,tak dapatlah dia mengambil gambar .Maka tercetuslah satu idea dalam kepala batunye bagaimana nak suruh orang beri laluan kepadanye. seraya berkata " Ketepi-ketepi abang kepada mangsa nak masuk ". Orang ramai yang mendengar pun berilah laluan sambil memandangnye dengan penuh belas ikhsan. Si reporter pun masuk dengan bangganyer sambil buat-buat muka sedih. Apabila sampai kepada mangsa dilihatnye sekor monyet telah dilanggar kereta dan sedang nazak. 
Moral : Jangan mengaku monyet saudara kita.

see this

http://info@pengasih.net/view_Event.php?eve_id=33

ke rumah PENGASIH

Bismillah
Pada 20 april kitorang membuat lawatan ke rumah PENGASIH iaitu satu pusat rawatan yang menjadi tempat pemulihan bagi penagih dadah yang telah diwartakan oleh kerajaan. Rawatan yang menjurus kepada ‘therapeutic community’ yang menngetengahkan konsep ‘self help, mutual help’membawa konsep menolong diri sendiri dan juga orang lain. I wonder if I could get ‘the philosophy’. Pendekatan yang digunakan adalah multi dimensi, dengan menekankan pelbagai aspek termasuk diri sendiri, keluarga, komuniti dan spiritual. Rawatan yang diberi adalah intensif dan mementingkan keperluan ‘reentry’ ke komuniti kerana individu ini selalunya menghadapi penolakan dari masyarakat. Setelah bertemu dan berbincang dengan mereka aku dapat merasakan mereka memang benar benar ingin keluar dari perangkap dadah ini. Kadang kadang kita terlalu cepat menilai orang tanpa mengenali mereka. Mereka ini adalah orang yang memerlukan sokongan. Tanpa sokongan keluarga selalunya mereka akan kembali kerana tidak mudah seseorang pulih dari penagihan. Terlalu perit dan sakit…
Aku bersyukur kerna rupanya ada orang masih menyayangi aku kerana apabila kita telah kehilangan sokongan orang yang kita sayang sebenarnya amat payah untuk kita lalui kehidupan ini.emm… kat RMKL ada satu rancangan yang berrtajuk ‘Fitrah’ berkenaan PENGASIH setiap hari jumaat tapi tak sure kol berapa…if any enquiry u may visit pengasih.net and email them info@pengasih.net. “mengasihi hidup, hidup mengasihi”      


Monday, July 19, 2004

orang yang kita suka dan orang yang kita cinta

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang... Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira... Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga... Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja... Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku... Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata... Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja... Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu... Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar... Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta... Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka... Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis... Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira... Perasaan cinta bermula dari mata, Perasaan suka bermula dari telinga...Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka... Umpama kita membuang telinga kita Tapi jika kita cuba menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta…. Tetapi, hakikatnya… Cinta kepada Allah swt Adalah lebih hakiki dan abadi… Kasih sayang-Mu Tuhan,Itu yg kudambakan...Dgn rahmat-Mu,Ampunilah dosaku...

Thursday, July 15, 2004

dari emailku

Enjoy this!:

A mother passing by her daughter's bedroom was
astonished to see the bed
was nicely made and everything was picked up. Then
she saw an
envelope propped up prominently on the center of the
bed. It was addressed, "Mom." With the worst
premonition, she opened the envelope
and read the letter with trembling hands:

Dear Mom,

It is with great regret and sorrow that I'm writing
you. I had to elope with my new boyfriend because I
wanted to avoid a scene with Dad and you.

I've been finding real passion with John and he is so
nice-even with all his piercings, tattoos, beard, and
his motorcycle clothes. But it's not only the
passion mom, I'm pregnant and John said that we will
be very happy. He already owns a trailer in the woods
and has a stack of firewood for the whole winter. He
wants to have many more children with me and that's
now one of my dreams too.

John taught me that marijuana doesn't really hurt
anyone and we'll be growing it for us and trading it
with his friends for all the cocaine
and ecstasy we want.

In the meantime, we'll pray that science will find a
cure for AIDS so John can get better; he sure deserves
it!!

Don't worry Mom, I'm 15 years old now and I know how
to take care of myself. Some day I'm sure we'll be
back to visit so you can get to know your
grandchildren.

Your daughter,
Judith


PS: Mom, none of the above is true. I'm over at the
neighbor's house. I just wanted to remind you that
there are worse things in life than my report card
that's in my desk center drawer. I love you! Call
when it is safe for me to come home.

Dari tazkirah purdue…

(terima kasih kepada norhayati abdul wahab)

Kita mungkin pernah menghadapi masalah ataupun dugaan yang tam mampu tertahan oleh kita seperti kematian orang tersayang,penyakit berbahya,kemiskinan dan lain-lain..dan kita hanya mempersalahkan takdir dan tuhan tetapi pernahkah kita melihat kepada jawapan yang telah lata tertera ini........


YA ALLAH? KENAPA SEMUA INI TERJADI PADA AKU?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

YA ALLAH? KENAPA BERAT SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

YA ALLAH? TERASA KEHIDUPAN INI SUDAH TIADA MAKNANYA LAGI.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

YA ALLAH? BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI SEGALANYA INI?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

YA ALLAH? APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

YA ALLAH? KEPADA SIAPA UNTUK AKU BERHARAP?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

YA ALLAH? BERIMANKAH AKU?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.?
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

RENUNG DAN REDHALAH TERHADAP KETENTUAN ALLAH.
Bila pintu kebahagian tertutup, pintu kebahagian lain akan terbuka.. tapi kita biasanya melihat pada pintu yang tertutup terlalu lama sehingga tak perasan akan pintu kebahagian yang baru terbuka... Positifkan akal pemberian Dia Yang Esa...
Wallaahu a'lam bishowab...Wassalam

Fwd:Bidadari syurga

Contributed by Illyana on Thursday, June 21 @ 12:33:42 EDT

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...

Monday, July 12, 2004

pagi isnin

bismillah
pagi isnin yang sejuk ni kebetulan pula takde apa apa aktiviti. kuliah dah kene batal sebab prof ros cuti sebulan. kitorang pula kene cari case write up. tapi nampaknya suma patients tak available. awal awal lagi dah kene cop. tu lah sape suruh cuti sakan masa weekend. emm lagi satu miggu ni dengan minggu depan mungkin tak dapat balik umah sebab mak takde pergi arau ikut rombongan ofis. sedih la sebab next week besday aku tapi suma orang nampaknya busy dengan aktiviti memasing. emm takpela tak semestinya takde orang yang wish busday tu kau tak dapat nak hidup, kan? ok lah lagipun tak baik sedih sedih sangat.

Friday, July 09, 2004

hospital bahagia

bismillah
semalam ada lawatan ke hospital bahagia.semua orang terlibat dengan lawatan ni. kami bertolak around pkul 715 dan sampai lebih kurang pkul 1030 pagi. lepas ada taklimat kami pun dibawa melawat ke kawasan penempatan pesakit termasuk lah kawasan asrama, wad forensik dan muzium. lepas je lawatan rasa nyer bleh berfikir bahawa kemudahan yang kita sediakan untuk pesakit berbanding sepuluh atau dua puluh tahun dahulu memang banyak perbezaannya.kenaper yek? percaya tak layanan yang diberikan tak seperti layanan unutk manusia. nasib baik arus kemodenan dan keprihatinan manusia telah merubah ini semua. betapa penting dan komitednya tenaga pekerja kat sana dalam memberi perkhidmatan untuk membolehkan pesakit pulih. sebenarnya terperanjat dengan salah satu kemudahan iaitu apartmen yang terdapat dalam wad kebun ( kitorang pun tergelak dengan nama tu pada mulanya)sebab pesakit yang ditempatkan kat situ adalah kebanyakkannya dari kalangan mereka yang tidak diterima oleh keluarga. setiap kediaman dilengkapi dengan sebuah televisyen 29', set mini hifi, dapur yang lengkap dengan peti ais lagi. saling tak tumpah macam tempat percutian pula. walaupun perjalanan semalam memang jauh dan memnatkan tetapi pengajaran dan pengalman yang kami dapat memang berbaloi...

Sunday, July 04, 2004

Takkan Ku Maafkan Diri Ini

Member forward kat aku nie.... baca arrr....


BERTENANG.....DAN TUMPUKAN PERHATIAN ANDA TERHADAP
BAHAN BACAAN INI.
Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih
kuat. Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang
jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi membeli
keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu,
ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami
adik-beradik -5 orang semuanya- bergilir-gilir
menjenguknya.

Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari
kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki
sulung, saya mengambil tanggungjawab yang lebih.
Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah
bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya
menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya
mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur.

"Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ayah. Puas 2
anak saya merayu-rayu, ayah tetap bertegas. Itu
jugalah jawapan ayah kalau Kak Long mempelawanya, Kak
Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain
merayunya.
Bagaimanapun sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2
berada di rumah anak-anaknya, dia
minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya. Suatu
hari Januari lalu, ayah mengikut saya ke Kuala Lumpur.
Kebetulan sekolah masih bercuti,
seronoklah anak-anak saya bermain dan bergurau senda
dengan atuk mereka.

Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung.
Seperti biasalah, ada-ada saja alasan tak logik yang
diberikannya. "Saya sibuk ayah, tak boleh
nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung
minggu ni saya hantar ayah," balas saya. Anak-anak
saya turut memujuk atuk mereka. "Tak apalah kalau kamu
sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar
ayah naik bas," katanya membuat saya bertambah kecewa.
Memang ayah pernah berkali-kali naik bas pulang ke
kampung sendirian. "Tak usahlah..." kata saya memujuk
dan
merayu selepas makan malam itu. Ayah diam terus masuk
ke bilik bersama cucu-cucunya.

Bagaimanapun esok paginya ketika saya bersiap untuk ke
pejabat, ayah sekali lagi berpesan minta saya belikan
tiket bas di Puduraya. "Ayah ni, tak
faham ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya
terus keluar menghidupkan enjin kereta. Saya
tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu.
Sedih saya tengok mukanya. Di dalam kereta, isteri
saya memujuk. "Buat apa kasar
sangat dengan ayah? Cakaplah elok-elok! Kesian
dia...!" Saya terus membisu.
Sebelum isteri saya turun kereta sebaik tiba di
pejabatnya, dia berpesan agar saya penuhi permintaan
ayah. "Jangan lupa bang, belikanlah tiket ayah,"
katanya ringkas.

Di pejabat saya termenung panjang. Lalu saya meminta
cuti kecemasan, terus ke Puduraya membeli tiket
Transnasional ke Teluk Intan. Pukul 11.00 pagi saya
sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap.
"Bas bergerak pukul 2.00," kata saya ringkas. Saya
mengaku bersikap agak kasar ketika itu kerana didorong
rasa marah dengan sikap degil ayah. Ayah tanpa banyak
kerenah bersiap. Dia masukkan baju dan kain ke dalam
beg sandang. Lebih kurang pukul 12.30 saya bergerak ke
Puduraya.

Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun
saya tidak bersuara. Selalunya saya dan ayah akan
bersembang panjang setiap kali naik kereta
bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan. Hari tu ayah
tahu saya marahkannya...
Dia pun enggan menyapa saya. Tiba di Puduraya, saya
terus menghantar ayah ke tingkat bawah stesen bas itu.
Selalunya saya akan membimbing lengan ayah tapi hari
itu saya biarkan ayah turun sendiri, cuma saya
perhatikan agar langkahnya tidak terganggu. Setelah
saya pastikan nombor tempat duduk ayah, saya bersalam
dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak
memandang saya
sebaliknya dia memandang ke luar tingkap. Ayah
merenung jauh.

Tepat pukul 2.00 bas bergerak. Saya pandang ayah tapi
dia masih melemparkan pandangan ke luar tingkap
mengelak daripada memandang saya. Setelah bas bergerak
jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa
melalui gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya
terpandang susunan kek pisang di atas meja. Langkah
saya terhenti. Berdesup fikiran teringatkan ayah
kerana dia cukup suka makan kek itu. Pernah 2-3 kali
kalau dia menaiki bas pulang ke kampung, dia akan
meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari
itu ayah tidak minta apa-apa. Saya terus memandu
pulang.

Tiba di rumah, fikiran rasa tidak menentu. Ingatkan
kerja di pejabat, ayah yang dalam perjalanan dan
isteri yang berada di tempat kerjanya. Malam itu
sekali lagi saya meneruskan keegoan saya apabila
isteri meminta saya
menelefon ayah di kampung seperti yang saya lakukan
setiap kali ayah pulang dengan bas. Malam berikutnya,
isteri bertanya lagi sudahkah saya
hubungi ayah. "Takkan tak sampai-sampai lagi," jawab
saya meninggikan suara.

Dinihari itu, saya menerima panggilan telefon dari
Hospital Teluk Intan. "Pak Long dah tak ada..." kata
sepupu saya di hujung talian. "Dia meninggal
5 minit tadi selepas mengadu sesak nafas Maghrib
semalam." Terlalu sebak dia hendak meneruskan
kata-kata, selain meminta saya pulang segera. Saya
terjelepok di lantai. Gagang masih di tangan. Isteri
datang menerpa.
"Kenapa bang?" Saya hanya menggeleng-geleng, agak lama
baru mampu memberitahu "Ayah
dah tak ada!" Tiba di kampung sayalah yang paling hiba
sekali. Tidak berhenti-henti menangis berbanding kakak
dan adik-adik saya. Barulah
saya sedar betapa berharganya seorang ayah dalam hidup
ini. Kek pisang, kata-kata saya pada ayah, sikapnya
semasa saya di Puduraya, kata-kata isteri membeli
tiket silih berganti menyerbu fikiran. Hanya Tuhan
yang tahu betapa luluhnya
hati saya apabila teringatkan itu semua.

Saya amat terasa kehilangan ayah yang pernah menjadi
tempat saya meluahkan rasa, seorang rakan yang sering
bersimpati dan ayah yang cukup mengerti perasaan
seorang anak. Kenapalah saya tidak dapat membaca gerak
rasa seorang tua yang merindui belaian kasih sayang
daripada seorang anak yang akan ditinggalkan buat
selama-lamanya.

Kini telah 5 tahun berlalu. Setiap kali pulang ke
kampung, hati saya bagai dirobek-robek apabila
memandang nisan di atas pusara ayah. Saya tidak
dapat menahan air mata apabila terkenangkan semula
peristiwa pada hari-hari terakhir saya bersamanya.
Saya merasa amat bersalah dan tidak akan memaafkan
diri ini.
Benarlah kata orang, kalau hendak berbakti biarlah
semasa ayah dan ibu masih ada. Apabila sudah tiada,
menangis air mata darah sekalipun
tidak bererti lagi. Kepada pembaca yang masih ada
ayah, jagalah perasaan seorang tua. Kasihi mereka
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu.
RENUNGKANLAH.......

admire dia?...

setelah bermusim telah aku sulam rasa ini
akhirnya cinta ini lerai jua
aku bagai tak percaya aku masih termangu di sini
sedang jelas aku bukan untuknya
mengapa berat pula hati ini
bagai meminta aku bersabar lagi
tapi haruskah aku menunggumu untuk seribu tahun lagi
sedang seribu tahun lalu sudah pun berlalu
adakah berbaloi punyai cinta yang bagai sudah kelelahan
kerna aku yang sudah kepenatan memujuk cinta ini
tak mahu ia terluah
ia mahu membeku bagai tak mungkin untuk sesiapa miliki

-rahsia hati-
cico & maya Karin

tak pernah kufikirkan
kita berdua
harungi suka duka
zaman sebaya
bersama mengejar impian
menuju puncak yang kita impikan

ku begitu jua
sering terkenang
kisah kita
janganlah ia dipadamkan
ikatan persahabatan

kita memendam rasa
(tak mungkin kulafazkan)
kita cuba mendusta
(tak pernah kufikirkan)
kita tak mungkin terpisah
Itulah janji yang pernah tercipta
Lupakan kisah duka
Kita cantum semula
Rahsia yang pernah terbina
Dua teman yang setia
Janganlah dipersia segala yang terjalin indah
tak pernah kita menduga
biar takdir menentukan
Segalanya...

A bit hard to write down
But it worth
Catchy melody
Suddenly fall for it

Thursday, July 01, 2004

besok exam

bismillah besok exam mid posting psychiatry tak tau la camne tadi dah present ngan Prof Saroja walaupun banyak tak dapat tapi cukupla untuk aku yang baru nak merangkak dalam dunia psikiatri ni... emm tapi bila fikir2 best juga zaman belajar ni macam yang dr salwa cakap hari tu masa ni la kita nak belajar di samping tu bleh enjoy tetapi bukan secara berlebihan.