Monday, February 28, 2005

Memilih suami yang baik : )

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah.. tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui
rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan
Sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal
menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri.
apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan.
Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah.
Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Oleh itu buatlah pilihan dengan tepat dan seadil-adilnya kerana ianya akan menjamin masa hadapan yang bahagia..... Wallahua'lam.

Thursday, February 24, 2005

manusia kan banyak silapnya

Minggu ni adalah minggu terakhir aku berada di ortho. aku dah mula berat hati nak lakukan rutin seharian di wad. Ditambah dengan ’lagu’ dari registrar yang cakap kitorang ni disappointing them, lagilah aku rasa cam tak nak masuk wad. Tapi tak boleh wat perangai cam ni. Nanti Allah marah. Mak ayah aku antar g belajar tinggi2 supaya nanti aku leh rawat manusia. Bukan suruh tuang kelas pastu bagi diagnosis salah. Wah besar btul implikasi ponteng ward roung isnin lalu. Patutla Mr Suhail tidak ’segan silu’ marah kat aku. Dia cakap nak gantung aku kat dinding...sampai sekarang terngiang2 suara dia. ” kalau I gantung u kat atas dinding tu tak de siapa yang boleh turunkan u..” aku dah tersenyum kelat. Aku rasa cam nak je lari dari hospital. Aku kena tabah dan berani. Eleh cakap je bleh la. Pastu bila kena lagi camtu sure demotivated balik.
Aku g klinik ari selasa aritu. Eh mana lak Mr. Suhail ni. Takpe tak dapat tuntut ilmu dr Mr Suhail, ngan Dr Shahar pun jadilah...tapi tak tahan la. Banyak sangat kena tembak soalan. Dr kata aku pandai goreng jawapan je. Apalak tak pandainya. Kalau tak goreng mana nak masak ye tak? Dr jangan marah ye. Akibatnya petang tu aku mogok tidur kat bilik akibat terlalu tension. Dah lah malam sebelum tu aku tidur lewat. Konon nak jadi warga kolej yang mithali..

Wednesday, February 09, 2005

dunia tulang

bismillah
tidak syak lagi tulang yang sihat dapat menjadikan kita seorang yang produktif. bayangkan sekiranya berlaku sesuatu terhadap tulang patah umpamanya, tentu terganggu serba sedikit kegiatan harian kita. mana taknya tulang merupakan penyokong kepada tubuh. ia menjadi tempat berpautnya otot dan kita dapat bergerak hasil dari kontraksi otot tersebut. tulang yang patah memrlukan masa untuk bersambung semula. dan semasa proses pemulihan tulang tersebut perlu direhatkan .

wad orthopedik yang terletak di tingkat 4 bangunan hospital HUKM merangkumi wad ortopedik lelaki dan perempuan, wad trauma ( untuk kebanyakan kes kemalangan) dan wad spina. namun aktiviti harian seperti clerking case dan roung ward lebih tertumpu di wad ortopedik dan trauma. saya rasa kebanyakan perkara yang perlu dilakukan di sini adalah meneliti X ray. x ray memainkan peranan untuk menunjukkan keadaan dalaman tulang seseorang. oleh itu kemahiran 'melihat X ray' telah menjadi kewajipan bagi seorang pelajar perubatan. he..he..

saya telah berpeluang menyertai klinik yang sememangnya diwajibkan bagi kami. memandangkan hari selasa lalu merupakan hari terakhir sebelum cuti tahun baru cina jadi tidak syak jika klinik begitu padat dan haru sekali. tetapi walaupun begitu kami tetap gembira mempelajari sesuatu dengan supervisor saya iaitu Mr Suhail. walaupun beliau nampak menggerunkan tetapi rupanya sangat baik hati dan tetap menjawab setiap pertanyaan dan kemusykilan kami dangan dedikasi sekali. insya Allah saya dan rakan akan berada di sini sehingga skhir bulan Februari sebelum kami berpindah ke Jabatan Surgeri. insya Allah

SALAM MAAL HIJRAH
semoga semangat hijrah Nabi SAW sentiasa dalam sanubari

Saturday, February 05, 2005

seminggu di orthopaedic

bismillah...seminggu atau lebih tepatnya setelah 4 hari saya memulakan posting di orthopedik nampaknya posting ini menarik. masa aku datang untuk join ward round pagi aku nampak semua doktor pakar adalah lelaki. emm...memang ini adalah bidang yang sesuai untuk lelaki. patah sana, paku sini...kekadang kena simen. ada yang guna traction iaitu satu kaedah menarik tulang yang patah supaya lurus di tengah2. emm kekadang dengar juga ada yang menjerit sebab sakit...ngeri juga.