Saturday, May 28, 2005

cuti dah abis

bismillah. esok hari terakhir saya bercuti. tamatlah tempoh bersuka ria. bukan bermaksud saya tidak merasa gembira memulakan sesi pengajian baru tapi saya tidak menafikan sedikit gementar dengan permulaan tahun baru. jadi azam pun kenalah serbabaru...

saya mendoakan kita sentiasa gembira dan tenang dengan kehidupan yang dijalani. mungkin kehidupan yang kita lalui sekarang bukanlah yang terbaik tetapi yang penting kita selalu berasa bersyukur dan rasa mencukupi dengan apa yang ada.insyaAllah...

mudah2an dengan bersyukur Allah akan menambahkan nikmat dan memberikan kita hikmah dan rahmat. senyumlah selalu semoga keceriaan akan menjadikan kita seorang yang optimis mengharungi 1001 cabaran.

saya akan meneruskan pengajian dengan memulakan posting paediatrik minggu hadapan. kesabaran akan menjadi sesuatu yang manis andai kita akhirnya bertemu dengan impian yang selama ini didambakan. Ingatlah Allah akan bersama hambaNya yang berusaha. setiap detik yang menapak dalam hidup memerlukan kita sentiasa berkorban diri dan bertawakkal padaNya. dan akhirnya moga kita bakal sama2 digolongkan bersama2 orang yang berjaya.Amin...

sayangkan diri dan keluarga
cintai lah agama dan nasihat
jadikan diri contoh tauladan sepanjang masa
moga rahmat menerangi jalan dunia dan akhirat

RENUNGAN

Hidup ini kadang - kadang rasa gembira, kadang-kadang rasa sedih, nak marah, merajuk atau jauh hati, kadang-kadang rasa disayangi, rasa diperlukan, rasa terasing, rasa dibuang… macam-macam perasaan yang bersarang dalam hati dan itulah kurnian dariNya yang maha bijaksana dan seharusnya kita bersyukur. Kadang – kadang kita sering alpa, leka dengan keindahan dunia, terlalu menurut kehendak nafsu, mengikut telunjuk syaitan sampai terlupa yang diri ini adalah hamba dan mendapat rahmat daripadaNya, hamba yang sering dikurniakan nikmat dariNya, tetapi kita terlalu sedikit mensyukurinya. Kebiasaannya manusia akan merasa bahagia bila disayangi, diberi perhatian, diambil berat, dicintai, kadang - kadang sedikit bangga bila diri ini dirindui. Tapi oleh kerana terlalu taksub mengejar semua ini, kadang - kadang kita tak sedar yang kita telah melanggar perintah Allah, melanggar syariat sekali gus mencemarkan tatasusila kita sebagai orang yang beriman. Betapa wanita itu akalnya setipis rambutnya, hatinya serapuh kaca dan perasannya yang selembut sutera itu maka hendaklah dibekalkan dengan ilmu , dikuatkan dengan iman dan dihiasi dengan akhlak. Makhluk emosinal atau lebih dilabelkan sebagai makhluk perasa dan itulah wanita berbanding lelaki yang lebih dinobatkan kan sebagai mahkluk berakal. Wanita juga dilabelkan sebagai makhluk pemalu, sukar untuk meluahkan rasa, Rasulullah saw bersabda “Malu dan iman itu bergandingan bila terangkat satu maka terangkatlah satu lagi” maka ini jelas menunjukkkan kepentingan malu dalam diri setiap muslimah.
Persoalannya sekarang, masihkah sifat malu ini menyelubungi diri setiap muslimah? Jika ya kenapa masih ada lagi mereka yang berani membonceng motor dengan lelaki yang bukan muhram , mengapa ada lagi muslimah yang tidak menutup aurat, yang paling sedih bila ada di antara mereka yang membuka aurat sedangkan dulunya aurat itu dijaga. Kenapa kita mudah mengikuti perkara yang tidak baik sedangkan perkara yang baik kita tolak ke tepi. Tapi sedarkah kita selemah – lemah wanita ini ia berjaya menguasai kaum adam yang mempunyai sembilan akal, bertapa peliknya, tapi itulah kenyataan. Betapa kuatnya pengaruh wanita pada lelaki dan ini menunjukkan yang dunia ini telah hampir pada akhir zaman. Betul kata Rasulullah saw “ Sesungguhnya kemusnahan kaum lelaki itu adalah kerana mentaati wanita-wanita mereka” Selain daripada itu “Kejahilan bagi kaum lelaki ialah mentaati wanita selain daripada ibunya” Huzaifah r.a berkata ia mendengar saw bersabda di dalam khutbahnya “Arak adalah ibu segala maksiat , wanita adalah jala syaitan dan cinta dunia adalah kepala setiap dosa.” Rangkap yang wanita adalah jala (perangkap syaitan) menjelaskan maksud samada syaitan telah menghiasi mereka dengan begitu menarik supaya menimbulkan rangsangan ataupun lelaki yang jahat akan memandang serta menggoda mereka dengan perantaraan mereka.
Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok, di mana apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” At-Tirmizi. Sedarlah kaum lelaki, di sini cabaran bagi anda maka jangan sesekali terbuai dengan tipu daya syaitan seperti firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman , masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah – langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling nyata bagimu. Tetapi jika kamu tergelincir (dari jalan Allah) sesudah datang padamu bukti - bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana” (Al-Baqarah 208-209)
Buat kaum lelaki berwaspadalah jangan sesekali mendidik kaum wanita dengan mengikuti perintahnya kerana ia mencerminkan kejahilan anda, jangan jinakkan mereka dengan emas atau harta kerana mereka akan jadi liar dan kau semakin diperbodohkan, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana mereka akan menderita dan kau akan sengsara. Maka pimpinlah mereka dengan jalan kebenaran, jalan yang diredhai Allah kerana kau akan ditanya akan tanggungjawabmu itu wahai lelaki. Ibnu Umar r.a berkata :Bersabda Rasulullah Saw : “Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang mereka yg kamu pimpin. Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya .Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggumgjawab atas pimpinanmu” (Riwayat Bukhari dan muslim) Huzaifah berkata dia mendengar Rasulullah saw bersabda : “Letakkanlah wanita pada kedudukan yang paling rendah lantaran Allah juga telah melakukan demikian” ( Razin dan Baihaqi) Meletakkan mereka pada kedudukan yang paling rendah bermaksud bahawa Allah swt juga telah berfirman mengenai mereka selepas kaum lelaki di dalam Al-Quran. Begitu juga di dalam solat berjemaah, kaum wanita dikehendaki bersolat di bahagian terakhir. Di dalam kes persaksian, warisan dan pangkat Allah telah meletakkan wanita pada kedudukan kedua berbanding kaum lelaki .
Jangan ada pula perasaan benci dengan kenyataan ini, ia sekadar memberi ingatan pada golongan Adam supaya tak mudah leka, dan tak sedikit pun bermaksud mengecilkan atau merendahkan kaum wanita.
Buat muslimin, kamu perlukan wanita, tanpanya hidupmu tak sempurna dan kamu tak akan ada di dunia ini, kamu perlukannya sebagai teman untuk menemanimu dalam meneruskan perjuangan, pendorong dikala kesulitan, penyuluh dikala kamu tersasar, pembakar semangat dan sebagainya. Fikirkan wahai lelaki, “Apa kurangnya syurga sehingga Adam inginkan Hawa?” Penciptaan wanita ini tidak sia-sia, Allah menciptakan sesuatu, ada rahsia yang tersembunyi, ada hikmah, ada kebaikannya.
Rasulullah saw bersabda : “Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang teratas , jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok , maka berlakulah baik pada wanita kamu” (Al-Bukhary dan muslim)

Monday, May 23, 2005

NASIHAT UNTUK WANITA MUSLIMAH
Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan 'Auf bin Muhlim Asyaibani, pada waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:
"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya. Tetapi! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai. Dan pedoman kepada yang berakal. Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya, Nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami, dan kau terlalu berharga bagi kami. Tetapi! Wanita dicipta untuk lelaki..Lelaki dicipta untuk wanita. Bercerailah kau dari ayunan buaianmu..Meninggalkan teratak tempat besarmu..Melangkah menuju ke alam baru...yang belum kau kenal...yang belum kau biasa Kau milik suamimu..Anggap dirimu sebagai hamba..Jadilah teman yang paling setia Bawalah wasiat dariku...Sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan menuju alam bahagia
Relakan hatimu sekadar yang ada semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulur tanganmu tanda mahu berganding bahu
Jauhkan dirimu dari segala yang jelek yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu..Gantikan ia dengan sinar secerah sang suria pagi.
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak
kening bercelak
Itu menambah seri
tu membangkit berahi
Dan...
Air cukup memada..
Bagi yang tiada
Jaga masa makannya Juga waktu tidurnya
Kerana...
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu..
Tabahkan hatimu..
Badanmu terselamat..
Jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu..
Di kala dia berduka, Pendamkan kesedihanmu
Di kala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebabkan pertama
Hilang suasana disebabkan kedua...
Hulurkan tanganmu...
Andai kau menghulur sebelah tangan..
Nescaya dia menghulur kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkan
Ketahuilah! Kasihmu tidak sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasihmu, kasihlah dia
Bencimu, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu. Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu."
Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu telah mencapai kedudukan yang mulia disisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang kesemua telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayahanda mereka. Beginilah seterusnya status wanita-wanita yang memiliki kelebihan. Adaptasi drpd Al-Mustanir hati beri pada tuhan ... mata pandang depan ... kaki terus jalan Biar rebah jangan berubah, "Biar terbuang terus berjuang". Senyum mujahid menuju syahid!

Wednesday, May 18, 2005

kesalahan dalam solat

Kesalahan Dalam Solat

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

Ø Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan Al-Quran & sunnah. Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4) Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).
Ø Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103) Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah saw bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).
Ø Meninggalkan solat berjemaah. Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 43). Rasulullah saw bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).
Ø Tidak thuma'ninah dalam solat.
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.
Ø Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.
Ø Mendahului atau menyelisihi imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ø Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.
Ø Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah saw dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim). "Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi) Ø Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat. Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.
Ø Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana Aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."
Ø Melintas di depan orang yang sedang solat. Rasulullah saw bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ø Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk. Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.
Ø Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya. Rasulullah saw bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).
Ø Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).
Ø Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi saw tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.
Ø Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah. Nabi Muhammad saw bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Ø Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota. Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

Monday, May 16, 2005

SELAMAT HARI GURU

GURU oh GURU
SN Dato Usman Awang
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
P/S 1: buat guru2ku di serata Malaysia...terima kasih (guru2 di SRK Methodist Klang, SMKA Kuala Selangor, SMKA Maahad Hamidiah Kajang, Kolej Matrikulasi Melaka dan pensyarah2 di UKM KL dan HUKM :) )
P/S 2: ustaz asmadi di SM SSAAAS S.Alam :)

Wednesday, May 11, 2005

renungi lah mereka

Pernahkah anda menatap orang-orang terdekat anda saat ia sedang tidur?Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun jadi akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kekar dan gagah itu kini semakin tua dan ringkih, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus kebajikan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir pelan-pelan saat menatap wajah lugu yang terlelap itu.Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.Pengorbanan yang kadang tertutupi oleh kesalahfahaman kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu bisa tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya aku hari ini". Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah melewatkan hari-hari suka dan duka bersama kita.Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika membuncah jika mengingat itu semua.Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, selamanya ...

sakit itu ujian...

bismillah...hari ahad lalu saya memulakan projek mengecat bilik di rumah. ketika cuti nilah masa yang sesuai untuk melakukan perubahan atau pengubahsuaian. kalau tak malas nak layan buat keje2 macam ni :) lepas je abis cat badan terus rasa seram sejuk.idung stat tersumbat.tekak rasa perit sangat. dan memang tak salah sebab esoknya badan rasa tak sedap. macam nak demam tapi tak lah rasa panas sangat. cepat2 makan panadol. ok lah boleh tahan sehari. tapi bila malam mesti teruk balik. tension kot. sebab bila masa pagi g hospital ok je. siap gelak2 lagi masa ward round.agaknya kepam kot terperap je klau kat umah. tu lah kena aktif skit...
ari ni ikut dr. malar nyer ward round. best sebab dr. banyak tanya dan bagi input. klau tak harap berkarat sahaja lah otak saya ni...
mulai sekarang kena lah think and act like an adult. tak gitu? nape ye saya cakap macam tu. sebab kena selalu sabar dengan karenah orang ramai. walau apa pun yang terjadi mesti fikir tentang perasaan orang lain, kan...

Sunday, May 01, 2005

selamat hati pekerja

bismillah, saya ke pesta buku ari ni. disebabkan masalah tertentu setelah petang barulah tiba ke sana. ramainya manusia. mula2 masuk cuma nampak kepala manusia sahaja. saya lebih banyak membeli majalah edisi lepas. sebenarnya ingin berpusing2 melihat lebih banyak buku lagi tetapi kesempatan sangat terhad. apatah lagi keadaan di sana yang tidak selesa.

kepada mereka2 yang bekerja terutama pada ibu dan ahli keluarga yang lain:
"SELAMAT HARI PEKERJA"
semoga menjadi pekerja yang lebih baik dan berdedikasi... :)