Sunday, January 30, 2005

Destinasi Cinta
Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…

sumber : http://hijjaz.com.my

datang melawat...

bismillah...hujung minggu kami sekeluarga menerima tetamu dari kajang. abang asmadi, kakaknya dan anak sedara dia. emm hasrat cuma nak kenal2 je. tapi saya malam tu letihnya membuat persiapan. ibu terpaksa bangun awal untuk melakukan apa yang patut. masing2 punya debar yang tersendiri. selepas ini akan bermulakah episod baru? hanya masa yang kan menjawabnya dan lebih tepat hanya Tuhan yang tahu...

Dia suka awek dia (dapat dari friendster : Kairel)

Dulu2 kan kita ada friendster
Aku tak sangka aku amik benda ni dari friendster cchoolmate aku kat sekolah 
*sorry mamat ni aku tak pernah tegur pun kat sekolah (u know i kan pemalu)
cuma sebab ada benda baik, sajer la aku share moga ada pahalanya (kot)



saya suka tengok jari awek saya...cantikbetul..sungguh! sampai takut nak pegang...bukan takutpatah... tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...saya suka tengok rambut awek saya...cantikbetol... sungguh! sebab tu saya belikan tudung...bukan sebab jeles orang lain tgk jugak....tapi sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia sampai bila2... takut nanti terbakar dek api neraka di suatu hari yang giler forever saya suka tgk body awek saya...cantik betol...sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong supaya mase die dating dengan Kekasih die Yang Utama dia lagi cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala.pheh syoknye...saya sedih tengok awek saya tak tido tak makanrindu kat saya... saya pun macam tujugak, ada problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...semoga lebih cintakanNya dari saya...saya amat kesian awek saya apabila dia cakap bosan...jadi saya suruh dia banyak banyakkan beribadat supaya hidup dia tak sentiasa bosan....saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya.. "makan, minum, driveelok2tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2burn asar maghrib gitu aje die tak kata satu aperpun..berdosanye saya....kesimpulannya saya memang sayang dia..nakjumper die giler forever.. yang forever punye forever.. di dunia dan akhirat terutamanya,janji nak share heaven sama2.. bahagia selamanya...saya rasa bahagia apabila awek saya berada disisi saya....tapi saya lagi bahagia kalau saya dapat bersamanya buat selama-lamanya.....saya memang sayang awek saya....saya tak dapat tahan kesedihan saya kalau aweksaya menderita diseksa buat selama lamanya..... semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti... nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... semoga kami dapat bersama selamanya nanti...Amin..

Thursday, January 27, 2005

Kampung Sentosa Semenyih


Ni adalah gambar kenangan kat rumah ketua kg semasa program tindakan kat kg sentosa semenyih. gambar ni da lama dok kat dalam laptop aku. masa ni gembira sangat sebab program tu telah selesai dan macam ok jer. macam satu keluarga yang besar, kan? Posted by Hello

Tuesday, January 25, 2005

setelah abis exam

bismillah setelah abis exam ni...barulah boleh berfikir secara waras skit. klau tak asik teringatkan benda yang nak dibaca, diskusi seminar la, study group emm satu lagi aku tak setel kan lg family case study aku. sebenarnya dah nak siap tapi aku tengah buntu tak tau nak goreng apa lagi kat dalam discusssion. kang goreng bebanyak terus hangus...ada lah perkara yang aku kena fikirkan contohnya buku apa yang kena guna untuk next posting, nak buat pa weekend ni, kena study apa untuk posting surgery...emm benda benda kecil yang telah berjaya diperbesar2 kan.

Friday, January 14, 2005

Sungai Tekali (tak sekali)

bismillah. hari ini pergi ke rumah patient family case study aku kat kg sungai tekali. jauh rupanya. klau tak hampir-hampir aku bercadang nak naik teksi atau pun berjalan kaki. rupa2nya kawasan tu jarang dilalui teksi. jika aku terlajak membuat keputusan nekad tadi tentu aku masih tercongok di tepi jalan mahu menunggu teksi...alhamdulillah dah sampai HUKM balik pun. klau tak, takdelah aku duduk menaip sesuatu di sini. seronok meninjau kehidupan orang lain dan mendengar orang lain sehingga boleh melupakan kepayahan sendiri. bersyukur dengan apa yang ada dan mengerti bahawa sentiasa ada yang nasibnya tidak sebaik kita. begitulah Allah menyusun kehidupan ini. sentiasa ada yang berada di atas dan ada yang berada di bawah. semesti tidak selamanya berada di atas kerna bila masa nya telah tamat ke bawah jua akhirnya...

Sunday, January 09, 2005

bercinta HANYA setelah bersedia

Bercinta HANYA setelah bersedia...Pernahkan kamu memancing ikan ? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah lihat pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing? Katakanlah kamu menemani sesorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan doa segera memutar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.Akhirnya, kan itu dapat dinaikkan ke atas. Terkedik-kedik ia di hujung tali kail. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar Gembira benar hatinya. Kamu juga turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kail. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan. Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail dari mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memmandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakkannya itu tidak menumbulkan sebarang persoalan.Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia meyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang sudah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif.Begitulah juga, setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja sebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat me;lupakan segala selagi dia mengingati kamu. Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hnaya main-main akan ada pihak yang menangis. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.Kamu kene faham, cinta pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga akhir hayat kamu. Ia ibarat gambar foto yang kamu ambil dan kamu simpan dlm album. Ia kekal di situ meskipun ada banyak lagi gambar yang kamu ambil dan letakkan di atasnya. Cinta adalah fitrah manusia. TUHAN menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kpd hamba-hamba-Nya mennjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta drpd yang berbahagia kerana cinta.Kenepa jadi begitu? Jika kamu sedang bercinta sekarang ini, peliharalah hatinya, dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu itu kerana TUHAN. Hanya cinta yang begini akan kekal selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan. Maka itu, saya juga hendak menasihatkan kamu jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia utk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kpd org lain. Sebab perbuatan yg begini akan hanya menghabiskan masa dan membazirkan air mata.Saya juga ingin mengatakan, jika kamu memancing, teruskan ambil ikan itu dan bawa pulang. Kerana itu lebih baik drpd kamu memasukkannya kembali ke dlm air krn perbuatan kamu itu memulakan satu derita..Tuah Iskandar

Monday, January 03, 2005

langit masih belum cerah

Langit masih belum cerah...
Tampak kan seri pudar suasana...
Wahai adikku kau tersenyum merawat sengsara berkarat di hati...
Walau kau jauh nun di sana takkan ku lupa kenangan ku bersamamu...
Moga Allah akan memayungi dengan rahmatNya...
Kasih sayang terjalin...

Kekanda jujur nya hatimu tak pernah ku ragukan katamu...
Onak dan duri ditempuh bersama...
Kerana Allah kita bertemu...
Dan keranaNya kita berpisah...

(oh…) kita suka dan duka dalam apa saja,
(oh…) kekanda,
semoga Allah meredhai kita,
Sesungguhnya senyumanmu masih lagi kusimpan,
(oh…)

ku mencari...
ku tercari...
ku menungguku tertunggu … dirimu agar terubat lara...

tahun baru dan azam baru

Begitu pantas masa yang berlalu sudah pun bertemu dengan tahun baru 2005. rasa seperti semalam saya melafazkan azam baru. Walaupun tidak dapat saya capai kesemuanya namun saya pasti yang berusaha pasti akan dapat menuai kejayaan. Tahun baru ini paksa rela saya harus jadi lebih berani dan matang. Al maklumlah dah mencapai usia 23 emm dah tua. Kena fikir tentang masa hadapan. Setuju tak? Apatah lagi abang Asmadi telah membawa berita tentang hubungan kami berdua ke pengetahuan keluarganya. Walau saya rasa masanya terlalu awal namun saya rasa itu yang terbaik buat kami. Semenjak pertemuan pertama bagai kan begitu cepat sekali perancangan Tuhan sehingga membawa kepada pertemuan secara serius tentang perbincangan masa hadapan. Rasa macam tak sesuai pula sebab saya ni macam budak2 tiba2 kena juga membincangkan perkara sebegini. Ini lah dikatakan sudah jodoh. Dan akhirnya dia bersetuju unutk bertemu dengan ibu dan ayah saya pada tahun baru lalu. Kalut jua dia rupanya. Ayah tidak mahu tergesa2 sedangkan dia mahu kalau boleh kami betunang pada tahun ini juga. saya? Entah...tak mampu lagi berfikir terlalu jauh sebab exam lebih pantas dari itu semua. Doa saya mudah2an semuanya berjalan lancar. Sebenarnya redha Allah dan restu keluarga lebih dipentingkan dari segalanya. Sekian lama hidup di bawah naungan rahmat Allah dan dibesarkan dalam keluarga siapalah saya tanpa itu semua. Andai ini yang terbaik buat kami saya mohonkan kebaikan daripada apa yang telah, sedang dan akan kami lakukan. Ya Allah kami dambakan petunjukMu... Amin...