Wednesday, July 26, 2006

telalu banyak...

alhamdulillah...baru sahaja selesai exam paediatric

dalam kekalutan saya membaca buku akhirnya saya berjaya menyudahkan rentetan 5 minggu di posting ni. Dengan iringan sebak dalam solat saya gagahkan diri supaya selalu tabah dengan ujian. Saya memohon belas Mu Tuhan agar sentiasa memudahkan perjalanan yang berat ni.

Kesempatan yang saya dapat tatkala berjauhan dengan suami, lebih saya rasa terisi dengan kalimah menghitung rindu kepada Allah.Sungguh..kesempatan saya terbatas.Saya terlalu sibuk dengan dunia sehingga lupa bahawa dunia ni cuma persinggahan.Ampunkan saya duhai Tuhan..berikan daku kesempatan menghirup damai dalam amalan di sepertiga malam.

Terlalu banyak ingin saya lakar sewaktu di kejauhan. bila kesempatan mencoret, idea saya jadi buntu. Sebenarnya apa yang ingin saya katakan saya terlalu rindukan keluarga. saya rindukan ibu dan rumah. ibu yang selalu memahami dan selalu risaukan diri ni. agaknya saya belum dapat menyesuaikan diri dengan suami selepas berkahwin. bukan saya bermaksud apa2 malahan suami saya terlalu mengambil berat dan menjaga saya dengan baik. saya balik ke rumah mentua bila ada kesempatan. kadang2 jika dua tiga hari tidak bertemu suami, saya sanggup balik walaupun akan tiba di rumah sewaktu tengah malam. melihat mentua menunggu dan memasak untuk saya membuatkan saya sebak dan terharu. seharusnya saya yang menjalankan tugas itu untuk suami tetapi saya tidak mampu kerna kesuntukan waktu. hari2 tertentu saya perlu menjalani ujian dan perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran. berada di sana membuatkan saya serba salah. saya harus buat yang macammana supaya keluarga itu memaafkan saya.?saya perlu macammana supaya mereka sayangkan saya?

maafkan saya untuk semua kelemahan ni

pohon yang menongkah ke atas takkan kukuh bertapak tanpa akar yang jauh menjalar ke dalam tanah. tanpa teguran dan kasih sayang saya takkan mampu melangkah...

Friday, July 14, 2006

Apabila bergelar muslim

Apabila bergelar Muslim
Oleh MD. ASHAM AHMAD

FRASA ‘masuk Islam’ tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada seorang yang mahu ‘jadi Muslim’ kerana ia tidak menggambarkan dengan tepat hakikat Islam. Masuk lawannya keluar, kalau boleh ‘masuk Islam’ kenapa tidak boleh ‘keluar Islam’?
Kita biasa menggunakan perkataan ‘masuk’ apabila merujuk kepada sesuatu ruang dan tempat, seperti memasuki sesuatu bekas, bilik, atau kawasan. Islam bukannya ruang dan tempat yang seseorang boleh masuk dan keluar.
Islam juga bukannya seperti sebuah pertubuhan atau parti politik. Apabila kita menyertai atau mendaftar sebagai ahli sesebuah pertubuhan atau parti politik kita dikatakan masuk pertubuhan atau parti politik berkenaan. Kita boleh keluar kalau kita mahu, ataupun dikeluarkan (dipecat atas sebab-sebab tertentu ) jika perlu, walaupun kita tidak mahu keluar.
Belum tentu orang yang ‘mendaftar’ sebagai orang Islam itu Muslim sekiranya dia tidak mahu jadi Muslim, sedangkan yang mahu jadi Muslim, walau tidak pernah atau tidak mahu mendaftar sekalipun tetap Muslim.
Yang sudah mendaftar atau yang didaftarkan secara automatik sebagai Muslim tetap bukan Muslim sekiranya dia tidak mahu jadi Muslim, walaupun permohonan atau kehendaknya untuk dikeluarkan dari senarai daftar orang Islam tidak diluluskan oleh mahkamah atau pihak berkuasa. Bagi yang tetap mahu jadi Muslim, dia tidak boleh dikeluarkan atau dipecat dari Islam dengan membuang namanya dari senarai daftar orang-orang Islam.
Islam pada hakikatnya adalah suatu sifat, dan Muslim ertinya orang yang bersifat dengan sifat Islam. Islam adalah penyerahan yang sebenar, yang membawa kepada keselamatan dan kesejahteraan terhadap diri yang menyerah, kerana ia satu-satunya penyerahan yang diterima.
Kalau Islam ditakrifkan sebagai penyerahan diri secara ‘sedar’ dan ‘rela’ kepada Allah, seseorang yang tidak mahu menyerahkan dirinya, atau menyerahkannya tanpa kesedaran dan kerelaan tidak boleh dinamakan Muslim.
Yang enggan menyerah itu tanpa ragu-ragu lagi adalah ‘kafir’, mereka secara terbuka enggan mengakui kebenaran Islam. Yang menyerah tanpa kesedaran itu ‘jahil’, dan yang menyerah tanpa kerelaan itu ‘terpaksa’; kedua-duanya bercanggah dengan penyerahan yang sebenar, yakni Islam.
Kesedaran adalah natijah daripada ilmu. Hanya yang insaf akan sebab dan akibat penyerahan itu boleh menyerah secara sedar. Masakan seseorang itu boleh dianggap menyerah sedangkan dia tidak tahu apa yang diserahkan, kepada siapa dia menyerah, dan bagaimana penyerahan itu mesti dilakukan. Kesemua itu terkandung dalam lafaz dua kalimah syahadah, yang diikrarkan oleh setiap orang yang mahu jadi Muslim.
Namun ada kemungkinan ia diikrarkan oleh seorang pembohong yang tidak maksudkan apa yang diikrarkan itu, ataupun seorang yang jahil yang tidak tahu apa maksud ikrarnya dan apa akibat daripadanya. Ikrar si pembohong dan si jahil tidak boleh diterima oleh sesiapa pun, masakan pula Allah boleh menerimanya!
Dengan sebab itu Islam menegaskan bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan setiap yang benar-benar mahu jadi Muslim, lelaki dan perempuan, dan ilmu yang pertama ialah tentang ikrar yang dilafazkan: “Aku menjadi saksi bahawa tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, dan aku juga menjadi saksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh Allah (yang wajib aku taati)”. Dengan cara itu si pembohong tidak lagi boleh berdolak-dalik apabila dia diminta memenuhi ikrar yang dibuatnya, dan si jahil tidak lagi jahil kerana sudah diberitahu apa maksud ikrar itu. Kedua-duanya kini bersedia menanggung tanggungjawab yang mesti ditanggung akibat daripada ikrar yang dibuat itu.
Penyerahan secara terpaksa adalah penyerahan yang tidak ikhlas, yakni penyerahan yang sia-sia. Seseorang itu mungkin menyerah secara kebetulan kerana ibu bapanya mendaftarkan namanya sebagai orang Islam apabila dia dilahirkan, kemudian gagal mendidiknya tentang Islam sehinggakan sepanjang kesedarannya dia tidak pernah jadi Muslim. Ataupun, dia pada asalnya tidak didaftarkan sebagai Muslim, tetapi terpaksa masuk Islam, kerana ingin mencapai hajat-hajat yang lain dari jadi Muslim, seperti berkahwin. Justeru, apabila perkahwinannya tidak menjadi, dia mahu keluar Islam.
Kedua-dua bentuk penyerahan di atas, yakni penyerahan tanpa kesedaran dan kerelaan, adalah tidak diterima Allah.
Islam adalah penyerahan batin dan zahir sekali gus. Penyerahan batin adalah Islam yang tersembunyi yang dinamakan Iman. Iman adalah tasdiq, yakni mengenali dan mengisbatkan kebenaran yang dibawa oleh Muhammad tanpa ragu-ragu. Penyerahan zahir adalah Islam yang boleh didengar dan disaksikan orang. Ia merujuk kepada pengakuan lisan, dan kepatuhan terhadap apa yang diajarkan oleh Muhammad sebagai penzahiran pengakuan batin terhadap kebenarannya.
Yang menyerah batin tanpa zahir adalah fasiq. Yang menyerah zahir tanpa batin adalah munafik. Kedua-duanya membohongi ikrar yang dibuat. Kedua-duanya adalah manusia biadab, yang tidak menghormati tatasusila kehidupan bertamadun yang menjunjung ikrar dan janji. Si munafik, walau bagaimanapun, lebih jahat daripada si kafir, kerana dia bukan sahaja menolak Islam, tetapi berpura-pura masuk Islam kerana kepentingan-kepentingan tertentu, dan bersedia untuk keluar Islam sekiranya kepentingan-kepentingan itu tidak dicapai.
Soal murtad dilihat bermasalah oleh orang yang melihatnya dari sudut pandangan keluar-masuk, kerana murtad difahami sebagai keluar Islam. Apabila kita mengubah sudut pandangan kita dan melihat soal ini dari sudut ‘jadi’ atau ‘tak jadi’ Muslim, kita tidak boleh lari daripada menerima kesimpulan-kesimpulan berikut:
Pertama, seseorang yang tidak pernah ‘jadi Muslim’, pada hakikatnya memang sudah berada di ‘luar’ takrif ‘Muslim’, oleh itu tidak timbul lagi soal ‘keluar Islam’.
Kedua, Islam tidak boleh dipaksakan, ia adalah pilihan dan kehendak sendiri, dan dilihat dari sudut ini undang-undang bagi menyekat ‘keluar Islam’ adalah sia-sia kerana ia berdasarkan premis yang salah.
Walau bagaimanapun, undang-undang tetap ada tempat dan fungsi yang tersendiri. Undang-undang patut digubal bagi menghukum orang yang menghina agama Islam dengan membuat ikrar palsu bagi mencapai tujuan-tujuan peribadi. Undang-undang dan peraturan patut digubal bagi memastikan hanya yang yakin dengan kebenaran Islam dan benar-benar mahu ‘jadi Muslim’ akan diterima ‘masuk Islam’.
Kalau kita ada undang-undang dan peraturan bagi memastikan hanya yang benar-benar layak diberikan lesen memandu, takkanlah dengan hanya menyebut beberapa patah perkataan yang tidak pun difahaminya seseorang itu diberikan hak sebagai Muslim? Undang-undang dan peraturan-peraturan yang sesuai amat patut kita fikirkan bersama bukan sahaja bagi memelihara kehormatan dan kesucian agama Islam tetapi juga agama-agama lain, kerana mereka pun tentu tidak mahu golongan pembohong dan munafik ini kemudiannya dilonggokkan di kalangan mereka.

Wednesday, July 05, 2006

emm...

alhamdulillah ari ni dah masuk hari rabu.baru lepas de klas dengan doc. sepatutnya de dua.tapi tertangguh sebab doc sibuk dengan klinik. selaku pelajar kami memahami kesibukan masing2. dan selalunya kami berada di wad sekitar waktu pejabat.kebanyakan masa kami untuk kali ni adalah di klas, wad round, di meja study dan juga di diskusi. emm saya akur saya banyak belajar..terlalu banyak dan terlalu besar nikmat ni.moga kita akan beroleh kejayaan akhirnya..insyaAllah

Friday, June 30, 2006

berdoa la :)

Firman-Nya bermaksud:

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya. (Al-A'raf: 55-56)
surah Al-Mukmin ayat 60 bermaksud:
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.

Thursday, June 22, 2006

duhai DIRI

bismillah..
rasa sedih dan gelisah pasti akan ada pada mereka yang melalui saat pahit dalam hidup. walau kita cuba meyakinkan diri bahawa ini suma adalah ujian dariNya namun sebenarnya kita tak mampu menahan diri dari perasaan tak gembira. kenapa? sebab kita cuma manusia biasa. cuma kekuatan dalam diri yang menemani. tapi camne kita nak dapat suma tu? jawapannya adalah dengan mendekatkan diri kepadaNya.
turun naik seseorang dalam kehidupan adalah lumrah. hidup umpama putaran roda dan tidak selamanya kita di atas. mungkin ni cuma madah penyedap rasa namun hakikat kesukaran cuma kita fahami seandainya kita melaluinya sendiri.

duhai diri,
andai kau ingain tabah..tabahla
andai kau ingin menangis..menangisla
andai kau ingin merungut..merungutla
andai kau ingin kuat..kuatla

semua perasaan adalah kepunyaan dirimu
hanya Allah Yang Maha Tahu

Thursday, June 08, 2006

baru pas exam

assalmaualaikum
alhamdulillah saya baru selesai exam o & g. seawal ari khamis saya telah bercuti. dapatlah berehat sebentar. emm apa khabar ya rakan2 yang telah menamatkan pengajian. moga suma nya dalam keadaan sihat dan sejahtera..

saya belum berkesempatan untuk ke mana2 walaupun cuti sekolah hampir tiba di penghujung. insyaAllah jika diizinkan mungkin kami akan ke pantai ujung minggu ni untuk merehatkan fikiran dan minda.moga suma pe yang dirancangkan akan berjalan lancar :)

Monday, June 05, 2006

pimpinan rumahtangga

Pimpinlah rumahtangga ke arah syurga
Fahamilah,
Kehidupan adalah pelayaran menuju ke destinasi yang abadi. Jika dahulu kamu belayar sendirian, kini kamu berdua dalam pelayaran untuk mengharungi badai gelombang yang merbahaya dan ganas ini. Ramai yang tersungkur lantaran terpukau dengan cahaya sang suria dan keindahan wajah bulan serta kerdipan sang bintang. Mereka leka, sedang yang menunggu mereka adalah kehidupan yang amat panjang dan tidak diketahui untung nasib mereka. Janganlah kamu hidup seperti mereka, menjadikan hawa nafsu sebagai raja lalu hati menjadi gelap sehingga tertutup ia dari pancaran Nur Allah yang terang dan nyata. Apakah pentingnya hidup ini bagimu jika kehidupan dipenuhi dengan impian yang palsu, amalan-amalan yang batil, hidup dengan ketawa keriangan, dan airmata dititis kerana dunia.
Fahamilah,
Tiada keindahan hidup ini jika amanah Allah tidak didahulukan. Amanah Allah adalah Agamanya. Hidup bukannya untuk mengutamakan nafsu perut dan kepuasan yang membutakan, tetapi hidup adalah ujian kesetiaan diri dengan Tuhan, hidup adalah untuk mendahulukan ajaran-Nya bukan ajaran nafsumu dan syaitan.
Sahabatku yang dikasihi,
Kini engkau melangkah ke dunia baru, dunia kepimpinan, dunia yang diujikan kepadamu seorang yang bernama wanita. Dia mempunyai sifat dan citarasa yang berlainan denganmu, halus perasaannya dengan satu harapan dan impian. Bimbinglah tangannya ke syurga jannah. Temukan ia dengan Tuhannya, temukan ia dengan Nabinya, temukan ia dengan hamba-hamba yang bertakwa. Peliharalah ia baik-baik kerana ia adalah hadiah dari Tuhanmu, jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Bertegaslah kamu dalam urusan akhirat dan berlemah lembutlah kamu dalam urusan dunianya. Isterimu adalah bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu, sempurna engkau mendidiknya, nescaya sempurnalah anak-anakmu, sumbang engkau mendidiknya, sumbanglah anak-anakmu. Tidak ada yang menemukan perkahwinan kamu ini melainkan dakwah yang menemukannya. Persiapkanlah dirimu dan isterimu dengan ilmu dan amal agar setiap langkah perjalanan tersusun indah dan perkasa. Orang lelaki beriman adalah impian setiap wanita yang baik, ia adalah lambang kekuatan dan kegigihan, ia adalah lambang pelindung dan penghibur. Bentuklah ia mengikut acuan yang kamu inginkan dengan kasih sayang dan ingatlah, menyalahkan kesalahan isteri apabila kamu bersalah adalah melambangkan kelemahan peribadimu. Jadikanlah dirimu tiang yang kukuh untuk isterimu berpaut ketika ujian dan masalah menimpa rumahtanggamu. Jangan engkau tonjolkan kesusahanmu kerana isterimu tidak mampu bergembira jika engkau bersedih. Isterimu adalah teman yang terbaik dan yang paling dipercayai.
Saudari yang dikasihi,
Kini engkau melangkah ke alam dewasa. Dewasakanlah pemikiran dan jiwamu. Suami adalah hadiah dari Tuhanmu, syurga adalah dibawah keredhaannya. Bermujahadahlah terhadap nafsumu untuk melayaninya dengan baik dengan senjata kasih sayang. Di akhir zaman ini amat sedikit wanita yang solehah sehingga Nabi bersabda umatnya yang paling ramai ke neraka adalah di kalangan wanita. Nekadlah dirimu, tundukkan khayalanmu, keredhaan Tuhan yang dicari dengan berwasilah keredhaan suamimu. Janganlah kamu layannya seperti kawanmu atau saudaramu atau keluargamu, ia adalah lebih dari mereka. Hidupmu kini bukannya untuk menyukakan hati keluarga dan saudaramu tetapi adalah untuk suamimu, ia amat berat tetapi itulah jalan ke syurga. Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya merasai puashati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan layananmu kerana belum tentu suami menyukainya. Hidupmu kini memasuki pelajaran yang baru iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang ia suka dan apa yang ia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya. Ia adalah bakal ayah kepada anak-anakmu. Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah dia baik-baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita tauladan. Jadikanlah keluarga kalian sebagai keluarga dakwah dimana bila manusia melihat rumahtangga kalian, mereka bagaikan melihat cahaya Islam yang memancar indah. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Thursday, April 27, 2006

pendidikan seawal dalam kandungan

PERKAHWINAN adalah ibarat perjudian kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga. Sekiranya rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang berjaya maka bahagialah seisi keluarga. Jika sebaliknya, akan runtuhlah rumah tangga itu dengan meninggalkan kenangan pahit.
Setiap pasangan yang berkahwin berkeinginan mempunyai cahaya mata. Cahaya mata adalah salah satu antara penyeri dan pengukuh bagi pasangan suami dan isteri. Kebanyakan ibu yang mengandung anak pertama akan merasa kelainan, terutama dalam segi kesihatan. Pada awal mengandung ibu yang hamil perlu menjaga kesihatan terutama dari segi pemakanan dan pergerakan juga harus berhati-hati supaya kandungannya tidak keguguran. Jika ini berlaku, sudah pasti pasangan berkenaan akan kecewa.
Keperluan manusia kepada anak termasuk dalam sebahagian keinginan manusia sebagaimana firman Allah, Harta benda dan anak pinak itu adalah perhiasan hidup di dunia dan amalan-amalan soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhan mu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberikan harapan. (Al-Kahfi: 46)
Sehubungan itu, Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengadakan seminar khusus untuk ibu-ibu hamil di sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syariah Jawi, Che Husain Isa, objektif penting PPKI adalah memberi kefahaman mendalam tentang peranan dan kewajipan ibu bapa dalam membina zuriat yang cemerlang bermula daripada awal perkahwinan. Ia juga memperkatakan tentang pentingnya penjagaan dan amalan terbaik sebelum, semasa dan selepas kelahiran menurut pandangan Islam dan ilmu perubatan moden.
Seminar itu juga merupakan satu usaha mempromosi perkhidmatan Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) kepada masyarakat dalam melahirkan keluarga yang mantap dan sejahtera.
PPKI mempunyai sembilan cawangan di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan.
Dua ahli panel seminar ialah pensyarah Universiti Malaya, Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail yang membentangkan kertas kerja mengenai penjagaan dan amalan sebelum dan semasa hamil.
Pakar perbidanan dan sakit puan Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Dr. Salleh Mohd. Yatim pula membentangkan kertas kerja bertajuk Proses Kelahiran, Penjagaan dan Amalan Selepas Kelahiran.
Sharifah Hayaati menekankan pentingnya penjagaan ketika hamil agar zuriat yang dikandung sentiasa dalam keadaan baik. Dalam Islam ada lima peringatan penting iaitu zuriat itu nikmat, amanah, ibadat, jihad dan ujian.
Beliau turut menggalakkan ibu mengandung membaca al-Quran, membanyakkan zikir dan sembahyang sebagai satu usaha supaya zuriat yang lahir akan sihat, soleh, cemerlang dan mudah untuk dididik. Ini kerana jiwanya telah disemai dengan perkara-perkara yang baik ketika dalam kandungan lagi.
“Golongan bapa juga perlu menjaga adab dan kelakuan serta tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik ketika isteri sedang mengandung kerana perbuatan mereka nanti akan mempengaruhi tingkah laku anak yang dalam kandungan isteri,” katanya.
Para peserta seminar juga menyaksikan tayangan slide yang mengandungi pelbagai gambaran dan ilmu untuk persediaan menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga.
Sementara itu, Dr. Salleh menasihatkan ibu-ibu yang hamil membuat perancangan awal ketika hendak bersalin. Mereka elok memilih hospital-hospital yang berdekatan dengan rumah kerana ini memudahkan dan tidak merbahayakan mereka ketika hendak bersalin memandangkan keadaan jalan raya di Kuala Lumpur yang sentiasa sesak.
Satu lagi peringatan beliau adalah supaya ibu hamil menjaga kandungan di peringkat awal dan semasa hendak melahirkan selain menyampaikan tip-tip penting untuk pengetahuan para peserta seminar.
Aktiviti paling menarik adalah sesi soal jawab di mana Dr. Salleh menasihatkan kepada para bapa supaya bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap isteri masing-masing terutama semasa hendak bersalin kerana sokongan daripada suami adalah semangat bagi isteri.
Beberapa orang pasangan suami isteri yang hadir melahirkan rasa gembira kerana berpeluang mengikuti seminar tersebut.
Pasangan yang bakal menimang cahaya mata pertama dalam masa terdekat ini, My. Sarah Hamzah, 24, yang ditemani suami Mazwan Manan, 26, merakamkan rasa bertuah menghadiri seminar itu kerana dapat menimba banyak ilmu dan cara-cara hendak menghadapi penjagaan, amalan sebelum, semasa hamil dan menjaga pantang selepas bersalin.
My. Sarah sanggup berkorban berhenti kerja kerana ingin menjaga kandungannya yang daripada awal lagi menghadapi masalah.
Sementara itu, Mazwan Manan yang mengakui berdebar-debar menantikan kelahiran bayi pertamanya berjanji akan membantu menjaga isteri dan bayi selepas isterinya bersalin.
Walaupun sudah mempunyai tiga cahaya mata, Roslina Mohd. Tarmizi, 32 dan suaminya Mohd. Irman Mohd. Arsan juga tidak mahu ketinggalan menambah ilmu dengan menghadiri seminar itu.
Roslina yang pernah keguguran tiga kali berasa penting datang ke seminar itu kerana ingin mencari jalan mengelakkan perkara itu berulang.
“Saya amat gembira kerana suami selalu memberikan kerjasama sama ada apabila diajak menghadiri seminar selain selalu membantu melakukan kerja-kerja di rumah,” tambahnya.

pendidikan anak2

isi artikel ni saya dapat dari email.. :)

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan" [al-Tahrim 66 : 6]

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri dan anak-anak.

"Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami", kata seorang pemanggil yang menelefon saya.

Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting? Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak-anak. Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak polis!

Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya. Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya.

"Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian", saya sukar menahan hati dari bersedih.


Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.

Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan 'kemarahan' saya. Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?

Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan. Saya tidak menyesal menjadi 'suri rumah' selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.

Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.

Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar. Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama.

Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.

Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa.

Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak-anak semakin meruncing.

Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh.

"Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia", saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami.

Isteri saya mengangguk tanda setuju.

Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis "OMER". Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, "my father is a Moslem!"

Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak.

Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, "apakah selamat anakku membesar di Malaysia?"

Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak.

"Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!", saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.

Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas.

Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah...

Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.

Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.

Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.

Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar 'sejuk', kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.

Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.

Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.

Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.

Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery , dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad'u pertama saya.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!

Thursday, April 20, 2006

6 bulan lagi

alhamdulillah saya telah menjalani peperiksaan ikhtisas akhir pada bulan mac yang lepas. ujian yang saya rasakan paling getir dalam idup saya. tapi tak tahula bagi rakan2 yang lain. keputusan talah saya terima pada akhir bulannya. walaupun agak mengecewakan namun saya menerima dengan sebaik2 nya. mudah2an ujian kegagalan dalam idup saya membuahkan hikmah dan kebaikan pada masa hadapan.

tahniah kepada rakan2 yang telah berjaya... moga anda menjadi doktor muslim yang baik :)

meneruskan perjuangan pembelajaran lagi enam bulan sememangnya satu pengalaman unik kepada saya. saya tidak pernah mengulang pe2 posting sepanjang pengajian saya di sini. setakat ni alhamdulillah saya masih dalam tempoh menyesuaikan diri dengan penghidupan dan rakan2 yang baru.

saya tabahkan hati supaya saya dapat belajar denagn baik. sebenarnya waktu sebegini kekuatan dalaman amat penting. kami saling meluahkan perasaan saat pertama kali bertemu setelah diberitahu tentang keputusan kami. hasilnya kami sudah dapat menerima segalanyanya dengan ati yang redha...

kepada mak dan ayah
maafkan saya kerna mengecewakan harapan.
namun sebenarnya tanpa mak dan ayah saya tidak bisa berdiri lagi untuk menghadapi dugaan dan ujian
doakan saya berjaya pada percubaan kali kedua
saya yakin kami mampu merealisasikan impian ni 6 bulan lagi

Monday, February 06, 2006

EMM PETAI..

A Petai a day keeps the doctor away
Little did you know ...... after reading THIS, you'll NEVER look at petai in the same way again!
Petai contain three natural sugars -sucrose, fructose and glucose - combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder petai is
the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.
Depression: According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make
you feel happier.
PMS(premenstrual syndrome): Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.
Anemia: High in iron, petai can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.
Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it the perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.
Brain Power: 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.
Constipation : High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.
Hangovers: One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.
Heartburn: Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.
Morning Sickness: Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.
Mosquito bites: Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.
Nerves: Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.
Overweight: Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid
panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.
Ulcers: Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.
Temperature control: Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.
Seasonal Affective Disorder (SAD) : Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.
Smoking: Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.
Stress: Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.
Strokes: According to research in "The New England Journal of Medicine, " eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%"
Warts: Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape! So, you see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "

A Petai a day keeps the doctor away
PM Dr.Aminuddin AHK
Dept.of Physiology
Medical faculty of UKM Kuala Lumpur
Tel:6(03)40405157
fax:6(03)26939687

talqin...

Monday, January 09, 2006

sebuah pesanan...

Bismillahirrahmanirrahim..
Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisaA
ku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangij
uga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,B
ercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,I
tu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yg menggila!

Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah
Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya kranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnyaW
alaupun yg ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yg menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku
LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa
andai dia terlupa mengatakanI love you.

Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,T
etapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama2 meredah lautan api,,,
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Sama2lah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.

wALLAHualam.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah
andai DIA Tidak mendengar rintihanmu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan
andaiDoamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yg Indah..

Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakanErti bercinta yg sebenar

Insya ALLAH!!