Monday, August 31, 2009

menunggu permata hati

salam ramadhan bulan yang mulia
seegala puji bgMu Allah tuhan yg menciptakan langit dan bumi serta ciptaan makhluk yang pelbagai rupa
alhamdulillah masuk ke minggu yang 38 kesyukuran ku berlipat kali ganda
memohon dipermudahkan jalan yang bakal kulalui
tak tahu ape kemungkinan yang akan dihadapi
hanya pada MU ALLLAH tempat ku meminta
mudah2an permata hati ni selamat melihat dunia
menghela nafas Ramadahan yang penuh berkah

Friday, August 28, 2009

salam Ramadahan

salam ramadhan
bulan yang diberikan kemuliaan
pahala digandakan diamnya dikira tasbih tidurnya dikira ibadah

dah lama tak buka blog
agaknya sebab saya marah pada seseorang
tapi biar la saya diam2kan
moga perasaan itu sejuk sendiri

ramadhan dalam keadaan hamil 38 minggu ini memang meguji
alhamdulillah setakat ni saya masih diberi kekuatan untuk berpuasa dan bertarawih (walaupun melakukannya di rumah)
pergerakan saya semakin perlahan kerana perut yang semakin besar dan berat badan yang bertambah...tambahan pula baby semakin lasak menendang especially lepas berbuka puasa.
sudah dua hari berbuka puasa di rumah dengan memasak sendiri membuat saya mengah.
nasib baik husband bersetuju pergi bila ibu saya mengajak berbuka di rumahnya.

agak2nya husband saya tahu tak macamana rasa orang mengandung? :(

saya cuba penuhi bulan ramadahn yang baru bermula ni dengan sebaiknya memandangkan baby boleh lahir bila2 masa sahaja...kalau tak rugilah nanti.harap2 baby bleh tunggu till the second or third week of ramadhan ya :P