Thursday, February 23, 2012

TOP TEN : TIPS TONTON TV BERSAMA ANAK

SALAM

ni ruangan top ten, orang cakap dalam hidup kita banyak perkara kita nak buat.jadi untuk senang kita list out first top ten dalam semua perkara.so we won't miss too many things.even most of the time we will!
mari kita check this out :
  1. tonton la bersama : elak biarkan anak sendirian...jadikan tonton tv aktiviti pembelajaran, walaupun begitu jangan jadikan ia satu habit/kebiasaan
  2. cari program yang berpace/aliran rendah atau sederhana.jika rancangan bercorak pantas,besar kemungkinan anak tak dapat menangkap faedah atau apa yang ingin diceritakan.jadi anak akan bosan walaupun rancangan itu menarik
  3. guna DVD atau rancangan yang dirakam...mudahlah kita nak kawal apa yang anak tengok atau belajar.be selective!
  4. elakkan melihat terlalu banyak iklan atau trailers...rasanya iklan zaman sekarang ni banyak tak sesuai dengan anak2 kecik kita
  5. jika anda menonton untuk pembelajaran galakkan repetition atau rewatching supaya anak senang ingat 
  6. avoid violence contained programme
  7. factual programme can be good - but some may dislike (but i like!) pastikan pilih yang banyak gambar menarik perhatian, real things not too much of cartoon
  8. fantacy can be just as good 
  9. rancangan berunsur teladan amat digalakkan
  10. berikan had masa - mendidik anak supaya tahu yang menonton bukannya satu2 nya perkara dalam hidup...banyak lagi nak buat, anak oiii nonton banyak x bagus untuk kesihatan matamu!

Friday, February 17, 2012

NAK TAU PASAL BIODEX?


SALAM
ada orang nak tau tentang biodex ka?
saya bukan dealer biodex tau...
ni cuma cerita benar je
saya pengguna (..dulu) biodex untuk program kehamilan biodex.tak silap tahun 2008.penggunaan nya adalah atas pemintaan arwah ibu saya. agaknya kesia tengok saya dah kawen 3 tahun belum sangkut lagi. oh...jiwa memang tertekan sebab orang ramai selalu bertanya bila akan menimang anak?
masa pertama kali pergi ke dealer terletak di plaza alam sentral (nama kedai tak ingat) memang segan.maklumlah takut orang cakap kita tak subur la pe2 ke lagi.TETAPI sebenarnya yang penting kuat jiwa ngan fikiran chewah
saya telah diperkenalkan dengan beberapa produk biodex untuk wanita dan lelaki.disebabkan bajet....saya cuma ambil program untuk wanita sahaja.cuma perlu makan ikut arahan sahaja.satu bakul juga la saya beli.selepas tamat kotak2 yang saya beli tuh...saya tengok x mengandung pun...(tapi tetap tak putus asa) saya pun dengan murah ati belilah produk untuk lelaki juga...husband saya tak komen banyak.tapi lepas pakai sebotol (namanya nanti tanya dealer yer...) husband cakap pening.makan on n off sahaja.tapi.........
alhamdulillah UPT saya selepas penggunaan kedua2 kami adalah POSITIVE
ibu cakap jadilah....dapat seorang baby pun cukuplah.
tapi saya nak beritahu yang saya tengah mengandung anak kedua yang insyaAllah disahkan oleh doktor adalah kembar........alhamdulillah sesangat.walaupun dalam keturunan,kembar sebenarnya saya pun tak pasti ada atau tak.
sila klik ni untuk BIODEX
kita ikhtiar sahaja...yang lain semua Allah yang tentukan...



JUALAN GUDANG

salam
eh jangan salah sangka saya bukan buat jualan gudang (fuh...selamat poket daku)...
masa kecik dulu, keluarga saya bukan nya jenis yang selalu ke pasaraya.jarang dapat peluang ke kedai macam zaman sekarang nih.dulukan transport pun tiada, lagipun kalau bawa kami semua lima beradik mau rabak poket mak ayah saya.Walaupun mampu tapi rasanya mak ayah saya suka berjimat kot ? tabiat ni ada pada saya.Saya akan cari harga barangan paling murah baru beli (ni kedekut tak?). sesuai sangat ...
sejak beranak ada anak, saya memberanikan diri meredah lautan manusia ke jualan gudang.betul...pelik kan?apa yang ada lah dekat itu jualan...berhantu kot??
anda pernah pergi jualan gudang PUREEN
atau jualan gudang MYDEAR?
atau jualan gudang ANAKKU OR ASIABRANDS
bagi saya tiga jualan gudang paling 'awesome'
paling gila2 dan buat orang tak tidur malam (termasuk saya)
if pegi jualan pureen saya akan beli banyak2 sabun untuk anak saya unutk setahun jimat RM3-4 setiap satu (kalau 10-15? jimat lah RM40 kan?) pandainya matematik
mydear ada banyak pilihan stroller dan playpen yang murah.tak caya?ada playpen RM100 to RM200.ikut lah bajet tuan puan...(macam saya memang bajet jer...)
jualan anakku time saya memang paling giler penah pergi.time happy hour boleh dapat baju baby RM1 sehelai...rasa nak borong kilang tu jer.eh...tapi yang baru ni g tak berapa menyengat lah.
ok nak dapatkan info?
mana nak tau sapa buat jualan murah gudang / jualan tak hengat ?
senang jer
klik SHOPPING N SALES MALAYSIA klik warehousesales
apa yang suka kat website ni ialah ramai pengguna atau pengunjung tegar akan beri komen tentang setiap jualan. yang pada saya amat ber'faedah' sebab sometime penat pegi jualan murah sampai sana tak murah sangat puuunn...(bikin hati panas je sebab berpanas berhujan).
ada subsection warehouse atau jualan murah biasa
ada provide websites,maps,banner dan segala macam maklumat...

atau cubalah
BIGSALE MALAYSIA
jualan akan dikategorikan ikut tempat,jenis jualan (bayi,travel,mdical etc)
setakat ni tidak menghampakan :) :)
kesimpulannya : sila lah berjimat2  insyaAllah membawa berkat



Thursday, February 09, 2012

jus al khaira dan smart coco


salam :)
wah...sudah 2-3 hari sayik muntah jer...pe nak jadi ni.Kalau mengandung kembar camni la gamaknya. Saya mencuba alternatif pemakanan tambahan.selepas mendengar slot di radio IKIM tentang jus al khaira dan smart coco saya terus ke kedai.Bersemangat betul!
apa kata saya selepas minum jus al Khaira;
hari pertama : alhamdulillah saya tak muntah dah...rasanya pun enak.dapatlah memasak untuk keluarga.tapi letih tetap ada.saya memang cepat mengah.maklumlah baru enam bulan tapi baby dah macam lapan bulan.tapi bersyukur sebab badan rasa bertenaga.
saya juga cuba smart coco A+ (sangat sangat sesuai untuk pelajar) tapi saya ambil on+off basis.hari pertama mengantuk betul petang tuh.ikut testimoni memang kita akan rasa letih sikit.tapi kesan tersebut hanya sementara.Dapat concentrate bila buat keje.rasa memang bertenaga.kesannya lebih kurang macam ambil nescafe.
Ada juga produk lain yang saya KIV nak cuba
produk muslim insyaAllah terjamin kehalalannya....
http://www.smartcoco.comuntuk maklumat lanjut
FORTUNE RESOURCES
No 8C-G, Jalan Tun Dr Awang,
11900 Bayan Baru,
Pulau Pinang.

Tel/Fax: 04 644 7414
Tel: 017 437 9124 / 012 459 7241 / 017 479 1274




Tuesday, February 07, 2012

BEKERJA SEWAKTU HAMIL

 assalamualaikum/salam sejahtera;

bagi saya :awesome! 

Berbagai pendapat tentang bekerja sewaktu hamil.bagi saya wanita hamil yang bekerja sangat menarik dan comel juga.jika anda adalah orang seperti saya terpaksa bekerja dan hamil dalam satu masa mungkin artikel dari Babycenter ini untuk anda

Adakah sebarang sebab mengapa saya tidak harus bekerja semasa hamil?

Jika kehamilan anda berisiko rendah dan normal, dan anda bekerja dalam persekitaran yang selamat, sudah tentu anda boleh terus bekerja.

Jika anda berasa yang anda didedahkan kepada
sebarang risiko disebabkan pekerjaan (mungkin sebab bahan-bahan yang terdedah, atau perjalanan yang berlebihan, atau kerja syif, contohnya,) maka anda perlu berbincang dengan jabatan sumber manusia atau wakil kesatuan pekerja.

Bagaimana untuk saya menangani mabuk hamil di tempat kerja?

Enam puluh hingga 90 peratus wanita mengalami sedikit loya atau mabuk hamil (seperti saya) hu hu semasa mengandung. Ada kemungkinan anda akan mengalaminya semasa berada di tempat kerja selain di rumah.

Jika anda tahu bahawa anda cenderung untuk muntah-muntah, dan bukan hanya rasa loya, simpanlah kain lap dan ubat pencuci mulut dalam kereta anda (dan juga beg plastik jika tidak suami saya akan marah!). Jika anda belum memberitahu pejabat anda tentang kehamilan anda lagi, anda bolehlah menyediakan beberapa ungkapan yang agak meyakinkan bersabit "keracunan makanan".
(emm...mestikah?)

Walau bagaimanapun, anda mungkin mendapati bahawa rakan sekerja anda akan dapat meneka keadaan sebenar apabila dapat mengumpul maklumat yang menjadi menunjukkan yang anda hamil, seperti masa panjang yang diambil semasa di tandas atau secara mendadak kurang minat untuk makan
makanan gerai.

Jika anda mengalami
mabuk hamil yang teruk dan berpanjangan, anda mungkin perlu memberitahu bos anda mengenai kehamilan anda lebih awal dari yang dirancang.
 
situasi saya : memberitahu kehamilan saya kepada doktor pakar perubatan keluarga saya seawal 5 minggu untuk dapatkan MC.morning sickness sangat teruk sehingga berbual dengan pesakit juga menyebabkan saya loya dan muntah :(

Bagaimana untuk saya sentiasa berlaku profesional ketika kehamilan semakin sarat? 

situasi saya : saya sangat suka kelihatan cantik.ada juga yang memuji saya kelihatan comel dan bulat.saya tidak ambil hati malah menerima dengan hati terbuka....

Mujurlah, kini mudah untuk mendapatkan pakaian bersalin untuk bisnes - anda boleh mendapatkannya di pusat-pusat membeli-belah utama atau secara online. Anda akan sentiasa kelihatan kemas dan profesional, walaupun kehamilan anda telah mencapai peringkat akhir.

Semasa trimester pertama dan ketiga, anda mungkin mengalami
keletihan, cepat lupa, dan berkhayal; dan semasa trimester kedua, anda mungkin akan berasa lebih bertenaga dan lebih senang memberi fokus. Mungkin membantu jika anda berbincang dengan rakan sekerja yang telah melalui ini juga, yang memahami perasaan anda dan boleh menyokong.

Kehamilan anda, yang mungkin sudah kelihatan, masih boleh dikekalkan sebagai sesuatu yang peribadi. Mungkin ramai orang yang berminat untuk mengetahui tentangnya bukan saja di kalangan rakan sekerja, malah, kawan-kawan baik juga. Sesetengah wanita sukakan ini, mengambil peluang ini untuk bercakap tentang bayi yang semakin membesar. Yang lain mahu menyimpan berita kehamilan sebagai sebahagian daripada kehidupan peribadi mereka, dan bukan satu perkara untuk dibincangkan di tempat kerja.


Anda mungkin perlu bersikap toleran pada mulanya jika orang lain mahu membincangkan lebih daripada apa yang diingini. Walau bagaimanapun, anda boleh menunjukkan pendirian anda dengan cara anda mengendalikan komen apabila anda tidak mahu dibawa berbual. Ingatlah juga, bahawa kebaharuan berita kehamilan itu akan berkurangan dalam sedikit masa dan suasana nak ambil tahu ini akan hilang dengan cepat.

Bagaimana saya boleh menjaga diri saya dengan baik semasa bekerja?

Cuba tip-tip ini.
  • Naikkan kaki anda ke atas. Letakkan kotak atau bangku bawah meja anda.

  • Pakai kasut yang selesa. Anda boleh cuba memakai stoking sendat untuk ibu hamil atau stoking yang menyokong.

  • Pakailah pakaian selesa.

  • Dapatkan sokongan darpada ibu-ibu lain.

  • Berehat dari semasa ke semasa. Berdiri dan buat senaman regangan jika anda telah lama duduk; duduk dan angkatkan kaki anda jika anda telah lama berdiri.

  • Banyakkan berminum. Sediakan air dalam gelas tinggi di meja anda, dan isikannya semula apabila kosong. Ini juga akan memberikan anda peluang untuk berhenti kerja untuk seketika.

  • Lihat semula ruang pejabat anda. Bekerja di komputer tidak akan membahayakan bayi anda yang sedang membesar, tetapi wanita yang hamil adalah lebih mudah mendapat sindrom terowong karpus (jari kebas dan sakit). Ambillah langkah-langkah yang mungkin yang boleh untuk membuat susunan meja dan kerusi anda seberapa selesa yang mungkin.

  • Elakkan diri dari orang yang merokok dan kawasan merokok di pejabat anda. Asap rokok pasif bukan sahaja memburukkan lagi rasa mual dan mabuk hamil, ia adalah berbahaya bagi anda dan bayi.

  • Berehat, rehat, rehatlah. Jangan terlalu meletihkan diri anda di rumah atau di tempat kerja.

  • Makanlah secara sempurna. Elakkan dari mengambil kopi secara berterusan di tempat kerja.

  • Elakkan perkara-perkara bahaya di tempat kerja.

  • Kurangkan stres. Jika anda tidak dapat mengelakkan faktor stres di tempat kerja, carilah jalan untuk mengatasinya, seperti senaman pernafasan, yoga, regangan, atau dengan cuma berjalan-jalan untuk satu masa yang singkat.

  • Terimalah tawaran orang yang hendak membantu. Jika ada masanya rakan-rakan anda hendak memanjakan anda, dan anda tidak keberatan, biarkanlah. Anggaplah diri anda bertuah sebab berada dalam persekitaran yang menyokong.
Ini adalah satu-satunya masa yang istimewa dalam hidup anda dan anda tidak perlu berpura-pura bahawa keadaan sekarang tidak berlainan daripada keadaan biasa. Gunakan masa ini dengan cara yang paling memanfaatkan!

siapa bidadari dunia?

BIDADARI DUNIA



Wah dengan mendengarnya sahaja hati sudah teruja...ops saya menulis tentang PROGRAM KONVENSYEN BIDADARI DUNIA 2012.teringin menyertainya tapi apakan daya ada lah aral yang menghalang.
banyak program yang menarik :)
CUBA.TRY.TEST.TENGOK


Misi
Melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah serta membentuk wanita muslimah yang berketrampilan dan kuat dengan pendedahan Islam yang lengkap
Objektif
  1. Melahirkan lebih ramai pendakwah mullimah sejati
  2. Membantu para wanita agar menjadi wanita serta anak solehah
  3. Memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik disamping mengamalkan syariat Islam.
Tema Wanita seindah hiasan
Pembayaran
Pembayaran secara online banking (maybank2u/CIMB) / Cash Deposit Machine (CDM) / mesin ATM / Bank-in (kaunter) kepada:
Nombor Akaun : 562188123350 (Maybank)
Nama Akaun: ILI DOT COM
Pilihan Jumlah Bayaran Pendaftaran adalah 
(1) RM100 - Untuk penyertaan sahaja atau 
(2) RM350 - Untuk Penyertaan + Pek Makanan. 
* Kadar sah adalah sehingga 29 Feburari 2012
Bagi yang memerlukan kemudahan nurseri penjagaan kanak-kanak bayaran RM10 dikenakan bagi seorang anak.(ni yang menarik tu)
hubungi :
(T) +603-4143 3435 Pejabat
(T) +6018-3557 237 Atikah

Tentatif sepanjang Konvensyen Bidadari Dunia 2012;
Hari Pertama (1) - 24 Mac 2012
Tarikh & Masa Perkara
08:00 + Sesi Pendaftaran dan Perserta mengambil tempat
09:00 - 10:00 + Ucapan Aluan Penganjur & Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
10:15 - 11:30 + Slot pertama - (1) Soalnya Hati
Prof. Dr. Muhaya Mohomad
11:30 - 12:45 + Slot kedua - (2) Cahaya Kelembutan Iman
Prof. Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari
13:00 - 14:00 + Makan Tengahari Dan Solat Zohor
14:00 - 15:30 + Slot ketiga - (3) Wanita Vs Kerjaya
Dr. Nikki Syuhada Shukor
15:30 - 16:45 + Slot keempat - (4) Kesucian Mawar Putih
Rosmawati Zainal (ummi ross)
16:45 - 17:15 + Solat Asar
17:15 - 18:30 + Slot kelima - (5) Wanita Berkarisma
Datin Zaliha Omar
19:00 - 20:00 + Solat Maghrib
20:00 - 22:00 + Forum Fesyen - Yes Or No?
  • Wardina safiyyah
  • Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross
  • Amie sofie
  • Rozita Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi)
Hari Kedua(2) - 25 Mac 2012
Tarikh & Masa Perkara
09:00 - 10:15 + Slot keenam - (6) Bidadari Impian
Fatimah Syarha
11:00 - 12:15 + Slot ketujuh - (7) Ibu Luar Biasa
Puan Jamilah Samian
13:00 - 14:00 + Solat Zohor Dan Makan Tengahari
14:15 - 15:00 + Slot kelapan - (8) Wanita Penyejuk Jiwa
Dato' Siti Nor Bahiyah
15:15 - 16:15 + Slot kesembilan - (9) Solehah Itu Indah
Dr Rubiah Kolup
16:15 - 17:45 + Solat Asar
18:00 - 19:15 + Slot kesepuluh - (10) Wanita Dan Dakwah
Dr Harlina Halizah Siraj
19:15 - 20:00 + Solat Maghrib
20:00 - 22:00 + Forum (Titian Syurga)
  • Wan Norafizah Binti Ariffin (Nora J)
  • Irma Hasmie
  • Firus Akhtar Mohamad Bokhari
  • Datin Yusmira Mohd Yusof (Pengasas Yusmira)
  • Dato Azlina Hj Che Abdullah (Pengasas DCL)

Monday, February 06, 2012

50 Little Health Tips Every Woman Should Know Health & Fitness: glamour.com

SILA KLIK  link dibawah
kemudian play di website. saya hyperlink supaya tetap original
tips kesihatan  : sedikit tapi berkekalan
I LIKE!

50 Little Health Tips Every Woman Should Know Health & Fitness: glamour.com

surisihat : jom

rumahtangga vs kerjaya

assalamualaikum dan salam sejahtera
input skit...semakin ramai ladies terlibat dalam bidang professional.termasuk la saya,yang tak berapa pro ni.macam mana rutin kawan kawan semua ya.saya tiada pembantu.harap2 boleh la cope especially after beranak kembar nanti.
setiap kita ada pendapat masing masing kenapa kita tidak mahukan atau perlukan pembantu.saya ada beberapa tips ;
  1.  FIKIR POSITIF ya....anda dan saya boleh lakukan.mak ayah kita dahulu pun tidak perlukan seorang pembantu.tapi masya Allah kelam kabut nya hanya Allah yang tahu.yang penting kita punya sekeping hati yang tenang dan redha.mulakan hari dengan bismillah dan berdoa
  2. persiapan awal- siapkan kerja awal dan usah bertangguh,bertangguh itu pencuri masa.siapkan bag pe yang patut malam sebelumnya.jika saya jenis yang pelupa,kadang2 ssaya letakkan barang tersebut di depan pintu.maklumlah bila dah pening ingat itu ini benda yang paling besar pun boleh tercicir.contoh beg untuk baby dan beg kerja.kalau boleh biar gunakan beg yang berbeza rupanya,jangan sampai tertukar ya
  3. bekerjasama - assign tugas untuk sesama suami dan isteri.contoh kerja yang ringan boleh hubby tolong lakukan contoh sidai baju,basuhkan botol baby,masakkan air etc.isteri masak,kemas rumah sikit,lipat baju.jadualnya terpulang.ikut citarasa...konsepnya : sama sama redha :)
  4. terima seadanya - bicara saya dari hati ke hati dgn cik hubby : keadaan rumah seadanya.kadang2 rumah kita cantik dan berkilat berseri.satu hari macam tongkang pecah emm sikit lagi macam ladang dan taman asuhan hu hu.tip saya : beli beberapa bakul di kedai RM2 dan boleh kategorisekan ikut tema cth : kain baju dalam satu bakul,mainan anak dalam satu bakul,buku (sebab saya ulat buku merata je buku nya) dlam satu bakul,lain2 dalam satu bakul.lain kali ada masa bolehla kemas betul2.at least tak nampak semak sangat rumah kita.
  5. buat rutin harian dan mingguan - cth rutin harian : masak,basuh pinggan,basuh botol anak,kemas baju yang kecil2an.rutin mingguan : basuh baju,menggosok baju,cuci lantai dan mopping,cuci bilik air dan kemas perabot.bincang dan tampal dekat peti ais.if rajin tak macam saya boleh buat jadual.
  6. reward diri sendiri - berpenat lelah seharian,semingguan sediakan ganjaran untuk diri sendiri cth window shopping,massage treatment.jika tak gemar membazir,boleh la buat aktiviti di rumah sahaja contoh bermanja2 dengan rawatan spa di rumah,bermalasan di depan tv atau baca buku yang digemari (untuk si  ulat buku)
  7. simpan barangan - tentukan barangan yang selalu digunakan di satu tempat sahaja,agar kita tidak tercari2 atau terhilang.contoh letak dalam beg kecil.contoh :kunci rumah,telefon,ipad,dompet.
  8. siapkan kerja di tempat kerja dan sebolehnya tidak membawa kerja pulang.masa selepas pejabat adalah masa untuk keluarga.jika anda tetap seorang yang sibuk tetapkan sejam sehari untuk melayan anak dan suami.kita tetap milik kelurga,kerjaya boleh dikejar tapi jika hilang keluarga tiada galang gantinya.
  9. senyum :) bila kita senyum dan gembira, hubby dan anak2 pun akan gembira.barulah tenteram rumah tangga.
macammana dengan tips ini?jika ada sebarang tambahan atau pengalaman boleh kita kongsi bersama :)



Saturday, February 04, 2012

MERAWAT DEMAM YANG TERSAYANG

salam sejahtera/assalamualaikum
sekadar hiasan :)

apa kabar orang kampung semua?
saya doakan anda sihat selalu seadanya.dengarnya sekarang musim orang tak berapa sihat.mungkin faktor cuaca,pemanasan global?,cara hidup yang tidak berapa sihat.kita sering melupakan nikmatnya sihat itu hingga datangnya penyakit.mengapa?bagaimana kita atau orang yang terdekat jatuh sakit?
saya berikan tips ya:
  1. yang penting kita mencegah.ya, bagaimana :) gaya hidup sihat,makan makanan yang banyak vitamin C seperti buah dan sayur.jika anda malas aduh...ambil vitamin sahajalah....
  2. jika anak atau dewasa mula tunjuk tanda akan sakit,cepat cepat berikan minum air yang banyak dan beri pemakanan yang sihat seperti buah buahan.
  3. cepat merawat anak yang demam.tidak semestinya berlari ke klinik.pastikan anda simpan stok ubat yang mencukupi di rumah atau peti ais seperti ubat demam,selsema,batuk dan sebagainya.Dan pastikan tarikh luput ok?berikan dos yang betul sekiranya demam.lap badan anak dengan air dan pastikan anak tetap makan walaupun sedikit.lagi satu inilah masanya kita TUNJUKKKAN KASIH SAYANG!
  4. sekiranya ada perkara yang membimbangkan segera ke klinik. kebanyakan demam yang melebihi 3 hari dengan suhu yang tinggi BUKAN DEMAM BIASA.perhatikan jika anak ada petanda lain seperti tidak aktif muntah atau cirit birit,wujudnya bintik2 merah atau tidak lalu makan.
  5. di klinik, selalunya pemeriksaan darah akan dilakukan.sekiranya ia adalah demam viral.antibiotik selalunya tidak diperlukan.kerana antibiotik hanya diberi kepada demam disebabkan jangkitan kuman.jika diberi kepada yang tidak sepatutnya,kita akan meningkatkan rintangan antibiotik yang menyebabkan kuman sukar mati pada masa hadapan disebabkan pendedahan kepada antibiotik yang kerap.
  6. jika demam viral - disebabkan jangkitan viral kadangkala tidak spesifik -wujud berjuta2 virus di dunia -badan manusia akan melawan jangkitan ini megikut keadaan imuniti seseorang.nah...inilah pentingnya imuniti yang kuat.ada orang cepat ada yang lambat.doktor akan memberi ubat merawat simptom seperti demam atau selsema.jangan lupa makan ubat ikut waktunya ya.
  7. cuma sekiranya ada simptom bahaya mungkin sseorang itu akan dimasukkan ke wad.
  8. rawatan akan diberi oleh pihak hospital mengikut diagnosis
  9. sekiranya anda telah sihat tahniah! nikmatilah kesihatanmu dengan rasa syukur dan gembira
sekian tips saya hari ini