Thursday, October 18, 2012

MENCARI MASA TERBAIK

alhamdulillah...harus menulis blog. anak anak sedang diulit mimpi...


wah...sudah 6 bulan rupanya saya menjadi surirumah tangga. alhamdulillah thank you Allah dapat merasa suasana 'rumahku syurgaku' selama ni...
saya ingin meng audit keje 3 bulan saya di rumah...

  1. rehat sepuas2nya....syiok betul. boleh baca buku sambil baring-baring he he
  • alhamdulillah memang berehat dari keje di klinik --- dalam erti ibu itu memang tak pernah berehat - anak anak dan suami sentiasa perlukan perhatian ibu dan isteri. baring baring sambil baca buku tu adalah impian yang tinggal impian.sebenarnya keje surirumah lebih meletihkan. tahniah kepada puan puan surirumah...persepsi saya kini berbeza!
  1. buat bisnes dari rumah - konon!
  • sudah set up local business...walaupun kecil tapi rezekinya tak putus... masih mampu lagi membuatkan mak orang ni tersenyum
  1. boleh update blog hari-hari
  • kenyataan yang harus diterima adalah hidupku memang bukan untuk blog semata2... memang susah nak update blog walaupun masa seluruh dunia diberi kerana kering idea ha ha
  1. facebook....jangan cakap la.sampai da naik meluat tengok akaun sendiri he he (tiada lagi akaun fb berkulat...amboi)
  • this is really true... lepas ni cuba datang tengok mesti tak gerak gerak entry tue :)
  1. ajar anak saya membaca
  • saya sedang mencuba...sesungguhnya mengajar memang bukan bidang saya...at least i keep trying...doakan ya... p/s : susah nya mengajar budak membaca 
  1. peluk dan cium anak dengan gembiranya tanpa stress
  • peluk dan cium tanpa rasa bersalah : mama sentiasa ada untuk kamu --- ohhh... syahdunya :) :) :)
  1. suami tak payah dengar rungutan saya tentang pesakit saya..."abang,patient saya tu camni camtu pastu bla bla...."(kurang dosa mengumpat he he)
  • saya belajar menerima keadaan pesakit saya seadanya... pesakit ku amacam? rindu tak dengan bebelan saya ha ha ha (gelak gaya jahat....)
  1. mengemas rumah...hari hari boleh 
  • benda paling best adalah kene mengemas rumah dan mengurus tiga orang anak.... sungguh mengujakan/sampai terlupa kemas rumah
  1. set up play room untuk anak-anak
  • in the end their playroom is on my lap, my bed and my shoulder. no need new room or new place , my dear babies ...
  1. baca quran...insyaAllah khatam...nak cuba
  • trying keep trying ... ya Allah mudahkan lah
  1. tulis buku
  • anybody wants to pair up with me? ... i need a pair/ co author --- i'm  half completed (konon....)

Thursday, October 11, 2012

TUHAN, LEMBUTKAN HATI DIA

Salam... hai rasa nak menyanyi ala gaya Hafiz ... untuk lembutkan hati si dia... 
tak yah nyanyi la ... buat menangis cik abang.
saya kongsikan doa melembutkan hati suami/isteri/anak2...
“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir."
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut.
 “Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir."Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) 
Selain daripada itu amalkan doa ini : 
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami/isteri/anak ----sebut nama) sepertimana Engkau lembutkan besi.
(Doa Nabi Daud)
  moga bermanafaat untuk semua =)