Tuesday, July 17, 2012

CONFINEMENT NANNY / LADY

aisy....ada orang mengeluh tak sebab nak berpantang? masa anak sulung dulu rasa mcm penjara,kan? pe buat pun tak boleh.nak makan itu kena marah, nak buat tuh mak tak bagi. pastu jaga baby pun tak pandai...mengadu pada suami, si dia macam tak faham ja......tertekan mak!!! apa lah kabar saya masa saya pantang kan? saya?

: ha ha ha :

saya ni sensitip orangnya. saya janji tak mau marah or tertekan masa pantang (tapi huh....)
saya mintak ampun ya abang maklumlah...orang tengah berpantang ni emosi tak stabil (tapi pas pantang pun sama sensitipnya) 

entah macam man saya dapat idea guna confinement lady (CL) ?
browse punya browse jumpa few webs yang provide CL
jom check sini
http://shadirabeauty.com/
http://www.ireetouch.com

ada lagi banyak tapi yang atas ni lebih established kot
yang ramai gunakan khidmat ni sebenarnya dari kalangan orang Cina
mungkin mereka tak de la nak balik2 kg macam kita ni nak berpantang di rumah dengan mak.
macam saya ni dah takde mak hu hu hu kena la pinjam mak orang lain untuk jaga saya pantang


akhir saya decide nak cuba jugak (kan saya kata saya ni degil)

alhamdulillah saya dapat kak sulati dari shadira. syukur sesangat walaupun arwah mak tiada di sisi saya (al fatihah untuk arwah mak saya) saya dapatlah berpantang juga at least berpilis param berurut  bertungku ber...ber...macam2 lagi macam orang lain. kalau tidak mau meroyan juga mak budak nih....

nanti saya sambung citer anak kembar saya dijaga CL



 

Friday, July 06, 2012

BERBELANJA UNTUK ANAK KEMBAR

Ramai antara kita yang menganggap perbelanjaan untuk anak anak kembar pasti memerlukan bajet yang besar…memang benar dan untuk beberapa perkara sebenarnya kita mampu berjimat. Saya bagi tips iya? :
1. Barangan percuma sebenarnya memang wujud. Anda mungkin pernah mendengar mom’s bag yang diberikan secara percuma kepada ibu ibu yang telah selamat melahirkan bayi. Seronok kan?manfaatkan sebaik baiknya. Simpan dan gunakan barangan percuma ini. Lihat : mamababyworld.com.my
2. Sekiranya anda adalah peminat untuk jenama tertentu, semak jika syarikat tersebut ada memberikan program mata ganjaran yang membolehkan anda menukar mata untuk barangan tertentu seperti permainan kanak kanak, sampel produk, keperluan harian bayi dan hadiah hari jadi. Jadi setialah kepada produk tersebut dan manfaatkan mata ini.
3. Lampin pakai buang kadangkala agak mahal. Kepada yang ‘green’ bertukarlah kepada lampin kain yang trendy. Berbaloi untuk wang dan boleh bertahan untuk untuk dua atau tiga generasi.
4. Beli secara pukal. Selain menjimatkan masa tenaga dan harga barangan pukal selalunya akan member penjimatan RM5-10.jika anda memang pandai mencari tempat yang menawarkan harga yang lebih murah itu sudah lebih bagus. Saya cadangkan speedmart 99 (Selangor) dan kedai ubatan cina. Boleh juga semak promosi mingguan pasaraya borong seperti Tesco atau Giant
5. Jualan murah/gudang/ penghabisan stok adalah kegemaran saya. Untuk seorang yang pandai berbelanja, jualan seperti ini adalah penting untuk berjimat (bukan untuk berbelanja sakan). Selalunya item adalah sedikit rosak hampir tamat tempoh, second hand atau ‘dikembalikan’. selalunya harga di jualan ini jauh lebih murah dari harga pasaran. Ambil sedikit masa untuk menilai dan pastikan harga nya berpatutan.
6. Pernah dengar kedai bundle atau ‘cash coverter’?anda mungkin boleh jumpa sesuatu yang diperlukan di sini. Cuma saya tidak cadangkan anda membeli peralatan elektrik atau barangan yang melibatkan keselamatan di sini.
7. Pinjam sahaja dari saudara mara atau rakan. Sesetengah barangan kita hanya gunakan beberapa kali sahaja. Contoh seperti katil bayi, kerusi makan, stroller dan sekiranya mereka bermurah hati untuk meminjamkan kepada anda, memang anda bertuah!.kan sharing is caring :)

Thursday, July 05, 2012

KEHIDUPAN DI SPECIAL CARE NURSERY

   Antara pengalaman yang terbaik pernah saya lalui adalah sewaktu berada di SCN.saya tidak pernah terfikir seumur hidup saya akan berada di sini sebagai seorang ibu kepada dua orang bayi pramatang.Bayi di sini dibahagi kepada tiga bilik nursery. Setiap jururawat akan menjaga dan memantau sekurang kurangnya 15-20 bayi dalam satu satu masa. Disebabkan itu ibu bayi digalakkan bersama (rooming in) bersama atau kerap melawat bayi. Keadaan di sana agak bingit disebabkan suara tangisan bayi yang kadang kadang amat menyayukan saya. Bayi bayi ini dimasukkan ke wad SCN untuk pelbagai sebab seperti jaundice, presumed sepsis (berkemungkinan jangkitan) hypoglycaemia (kekurangan gula), kurang berat badan, pramatang dan berbagai masalah kesihatan.
    Paling menarik kehidupan ibu ibu di sini. Mereka bagaikan sebuah kumpulan yzang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. Saya berkenalan dengan ramai ibu ibu yang berada di sini. Ada antara mereka telah berada lebih sebulan berada di sini tanpa jemu untuk mengetahui perkembangan bayi sehingga dibenarkan pulang oleh doctor.

    Sekiranya anda termasuk dalam kategori ibu yang bersalin tetapi anak di wad special care/ICU tips ini saya kongsikan dengan anda :
  1. Jangan panik. Cuma pastikan keadaan bayi anda. Pastikan tag namanya tidak mudah tercabut dan bayi itu anda yang punya. Dapatkan seberapa banyak info tentang keadaan bayi dan berapa lama bayi anda akan berada di sana. Ini membantu anda merasa tenang dan melakukan persediaan minda dan fizikal. 
  2. Bergembira dengan bayi. Luangkan masa bersama dan wujudkan hubungan dengan dia. Meyusukan bayi ,peluk dan pangku bayi anda. Lakukan kanggaro care. Jangan lupa mencuci tangan sebelum memegang mereka dan tunjukkan kasi h sayang kepada bayi comel anda. Jika anda ragu, jangan risau perasaan keibuan akan timbul tidak lama lagi. 
  3. Sekiranya anda merasa tertekan luahkan perasaan kepada orang yang anda percayai. Di sini anda mungkin mendapat rakan baru yang senasib dengan anda. Luahan penting supaya anda tidak merasa keseorangan dan mendedahkan anda pada kemurungan dipanggil postnatal depression 
  4. Jaga diri dengan berehat dan makan makanan yang berkhasiat. Anda masih boleh berpantang walaupun berada di wad. Di sini kemudahannya mungkin tidak seselesa berada di rumah. Cari bahan/aktiviti yang membuatkan anda merasa tenang dan terisi seperti melawat dan menyusukan bayi,berbual bual dengan para ibu dan jururawat, melayari internet ataupun mungkin tidur? 
  5. Dapatkan sokongan ahli keluarga lain seperti suami dan ibu atau ayah untuk selalu bersama anda. Sokongan amat penting semasa melalui fasa ini.
disebabkan saya lambat 'master' tinggal di SCN, Tuhan telah mentakdirkan bayi saya dimasukkan ke wad sebanyak empat kali....bayangkan EMPAT kali....(camno la tak master dok di SCN, orang lain masuk keluar dan balik, saya masuk keluar esok lusa datang balik ke sana...hu hu).
anda ada pengalaman menarik? berkongsi lah dengan saya :)