#HeAlthyisLifestyle
mom of #heAlthyislifestyle : HEALTHY + PARENTING TWINS with FULL OF LOVE
Thursday, January 11, 2024
Tuhanku.....
wOW masih ada
Assalamualaikum....
heheheeheheeeheh
Lama weh aku tak menulis, tetiba teringat kenangan lalu antara kau dan aku, rinduuuuuuuuwww weiiii.....
(amboi tetiber)
Aku tengah sambung belajar weh time tengah study lah benda semua nak lalu, boleh ke aku guna benda ni nak buang benda2 kenangan ni yang aku rasa best tapi tak berguna saat ini di sini?....
Menulis tanpa arah tujuan ini akan menyebabkan aku sesat dalam perkataan namun, lebih parah jika aku sesat dalam hatimu chia chia
Aku tengah teringat weh kenangan aku masa belajar undergrad dulu. Mcam seronok jer, takde masalah
sekarang ni, bila dah tua2 baru nak belajar balik, dengan tanggungjawab yang macam-macam. sukar nak fokus buat satu benda. semua benda aku boleh buat kecuali duduk diam baca buku. masak, lipat baju, main dengan anak-anak, tengok tv, makan, lepak takde pulak masalah. time baca buku, buku tu yang tengok aku...sebab auto mengantuk.
ok la, mood aku dah datang balik. nanti aku sambung lagi
Sunday, May 21, 2023
Hidup bukan semestinya bahagia
Assalamualaikum sayang semua,
Aku masih lagi di sini. setelah lama menyepi. Alhamdulillah hidupku baik dan biasa-biasa sahaja.
Aku kini dalam suasana attachment di tempat orang. Suasana yang baru. Agak asing.
Kawan-kawan juga baharu. Silih bertukar ganti. itulah lumrah kehidupan sekarang.
Aku perlu cepat membiasakan diri.
Adakala keadaan terlalu melukakan.
Namun segera aku cuba memaafkan.
Berjalanlah...bergeraklah kerana dunia tidak menunggu kita.
Dan juga walau aku tidak suka, aku akan cuba sekurang-kurangnya senyum supaya diri ku tidak berseorangan. Kita sama-sama datang dari dunia asing kemudian akan kembali asing.
Namun suatu hari nanti, di suatu tempat yang kita panggil syurga akan menyatukan kita.
Thursday, July 19, 2018
Monday, March 26, 2018
Bertengkar
Baru ku sedar perasaan
Pertarungan antara
Diriku bertemu diriku sendiri
Saling bergaduh
Saling bertengkaran
Akhirnya entah siapa menang
Jika kalah itu aku
Menang pun aku
Duhai jiwa
Berdamailah
Hadapilah
Segala kekalutan ini dengan menyembah Allah