Paling menarik kehidupan ibu ibu di sini. Mereka bagaikan sebuah kumpulan yzang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. Saya berkenalan dengan ramai ibu ibu yang berada di sini. Ada antara mereka telah berada lebih sebulan berada di sini tanpa jemu untuk mengetahui perkembangan bayi sehingga dibenarkan pulang oleh doctor.
Sekiranya anda termasuk dalam kategori ibu yang bersalin tetapi anak di wad special care/ICU tips ini saya kongsikan dengan anda :
- Jangan panik. Cuma pastikan keadaan bayi anda. Pastikan tag namanya tidak mudah tercabut dan bayi itu anda yang punya. Dapatkan seberapa banyak info tentang keadaan bayi dan berapa lama bayi anda akan berada di sana. Ini membantu anda merasa tenang dan melakukan persediaan minda dan fizikal.
- Bergembira dengan bayi. Luangkan masa bersama dan wujudkan hubungan dengan dia. Meyusukan bayi ,peluk dan pangku bayi anda. Lakukan kanggaro care. Jangan lupa mencuci tangan sebelum memegang mereka dan tunjukkan kasi h sayang kepada bayi comel anda. Jika anda ragu, jangan risau perasaan keibuan akan timbul tidak lama lagi.
- Sekiranya anda merasa tertekan luahkan perasaan kepada orang yang anda percayai. Di sini anda mungkin mendapat rakan baru yang senasib dengan anda. Luahan penting supaya anda tidak merasa keseorangan dan mendedahkan anda pada kemurungan dipanggil postnatal depression
- Jaga diri dengan berehat dan makan makanan yang berkhasiat. Anda masih boleh berpantang walaupun berada di wad. Di sini kemudahannya mungkin tidak seselesa berada di rumah. Cari bahan/aktiviti yang membuatkan anda merasa tenang dan terisi seperti melawat dan menyusukan bayi,berbual bual dengan para ibu dan jururawat, melayari internet ataupun mungkin tidur?
- Dapatkan sokongan ahli keluarga lain seperti suami dan ibu atau ayah untuk selalu bersama anda. Sokongan amat penting semasa melalui fasa ini.
anda ada pengalaman menarik? berkongsi lah dengan saya :)
No comments:
Post a Comment