Thursday, January 11, 2024

Tuhanku.....

Tuhanku*
Seandainya telah engkau catatkan*
Dia menjadi milikku,tercipta buatku*
Dekatkanlah dirinya dengan diriku*
Tuhanku*
Jika dia ditakdirkan bukan milikku*
Tidak tercipta buatku*
Bawalah dia jauh dari pandanganku*
Lapuk dari ingatan ku*
Peliharalah diriku dari rasa kecewa*
Berikanlah aku kekuatan*
Meskipun tanpa dirinya*
Engkau gantikanlah yang telah hilang*
Tumbuhkanlah yang telah patah*
Walaupun tiada yang sama dengan dirinya*
Kupohon dan kudayu padaMu yang satu*
Engkau hapuskanlah perasaan ini*
Seandainya dia tiada mencintaiku!!*
Tetapi Tuhanku*
Seandainya dia telah ditakdirkan untukku*
Kupohon agar engkau sentiasa memperkuatkan cintanya*
Sebagaimana kuatnya aku mencintainya*
Tuhanku kabulkanlah doaku*
~Aminnnnnn..

wOW masih ada

Assalamualaikum....

heheheeheheeeheh

Lama weh aku tak menulis, tetiba teringat kenangan lalu antara kau dan aku, rinduuuuuuuuwww weiiii.....

(amboi tetiber)

Aku tengah sambung belajar weh time tengah study lah benda semua nak lalu, boleh ke aku guna benda ni nak buang benda2 kenangan ni yang aku rasa best tapi tak berguna saat ini di sini?....

Menulis tanpa arah tujuan ini akan menyebabkan aku sesat dalam perkataan namun, lebih parah jika aku sesat dalam hatimu chia chia 

Aku tengah teringat weh kenangan aku masa belajar undergrad dulu. Mcam seronok jer, takde masalah 

sekarang ni, bila dah tua2 baru nak belajar balik, dengan tanggungjawab yang macam-macam. sukar nak fokus buat satu benda. semua benda aku boleh buat kecuali duduk diam baca buku. masak, lipat baju, main dengan anak-anak, tengok tv, makan, lepak takde pulak masalah. time baca buku, buku tu yang tengok aku...sebab auto mengantuk. 

ok la, mood aku dah datang balik. nanti aku sambung lagi

Sunday, May 21, 2023

Hidup bukan semestinya bahagia

Assalamualaikum sayang semua, 

Aku masih lagi di sini. setelah lama menyepi. Alhamdulillah hidupku baik dan biasa-biasa sahaja. 

Aku kini dalam suasana attachment di tempat orang. Suasana yang baru. Agak asing. 

Kawan-kawan juga baharu. Silih bertukar ganti. itulah lumrah kehidupan sekarang. 

Aku perlu cepat membiasakan diri. 

Adakala keadaan terlalu melukakan. 

Namun segera aku cuba memaafkan. 

Berjalanlah...bergeraklah kerana dunia tidak menunggu kita.

Dan juga walau aku tidak suka, aku akan cuba sekurang-kurangnya senyum supaya diri ku tidak berseorangan. Kita sama-sama datang dari dunia asing kemudian akan kembali asing. 

Namun suatu hari nanti, di suatu tempat yang kita panggil syurga akan menyatukan kita. 

Monday, March 26, 2018

Bertengkar

Baru ku sedar perasaan
Pertarungan antara
Diriku bertemu diriku sendiri
Saling bergaduh
Saling bertengkaran
Akhirnya entah siapa menang
Jika kalah itu aku
Menang pun aku
Duhai jiwa
Berdamailah
Hadapilah
Segala kekalutan ini dengan menyembah Allah

Friday, March 16, 2018

Mencari jawapan

Meja kerjaku berselerak. Sepertimana otakku kala ini. Penuh. Tepu.
Ku keluarkan sebuah buku
Tertulis muka depannya *21 formula hidup luar biasa* . 2 tahun lalu aku telah baca. Kini kutatapi semula naskhah ini untuk seolah memohon jawapan pada masalah jiwa ini. Sungguh sukarnya ku menelan ujian ini. Namun ku gagahi dengan kekuatan yang ada. Ku yakin ujian ini dapat kulalui. Ya Allah ku memohon kekuatan dari Mu. Permudahkanlah aku.

Friday, March 09, 2018

Kembali bercinta

Sayang,
Ketika ujian dan cabaran hadir dalam perkahwinanmu..

Ketika ada kekecewaan datang bertamu..
Ketika ada kebencian yang terbit di hatimu..
Ketika hatimu dah tak mampu memaafkan dan bersabar..

Dan ketika langkahmu kaku dan tak mampu melangkah..

Bersujud dan berdoalah kepada Dia Sang Penguasa Alam..  Dan ucapkanlah..

Duhai Tuhan Yang penuh misteri dengan kasih sayang yang tak mampu mata dan fikiran ini jangkau,

Kau Maha Tahu apa yang telah berlaku dan akan berlaku dalam hidupku.

Kau yang mengizinkan hati ini terbuka untuk menyayangi suamiku dan terbinanya perkahwinan ini. Dan dengan izinMu jua perkahwinan ini kekal sehingga hari ini.

Terima kasih kerana menghadirkan suamiku sebagai wakilMu untuk menjaga dan menyayangiku selama ini.

Terima kasih kerana telah melembutkan hatinya untuk bersabar menerima kekurangan dan ketidak sempurnaanku.

Terima kasih kerana telah menghadirkan kebahagiaan dan cinta dalam hubungan ini.

Ajari hatiku agar sabar dengan kekurangan suamiku sebagaimana Kau sabar dengan kekuranganku.

Ajari hatiku agar menerima dan menyayangi suamiku sebagaimana Kau menerima dan menyayangiku sepenuhnya tanpa syarat.

Izinkan aku memandang suamiku dengan penuh belas kasih, sebagaimana Kau memandang kesalahanku dengan penuh belas Kasih dan kemaafan.

Duhai Tuhan Yang Maha Menjaga dan Maha Mengatur yang terbaik buat kami,

Fikiranku terbatas dan ada kalanya tersalah sangka.
Langkah ku lemah dan sering lalai.
Hatiku sering berbolak balik dengan nafsu dan keserakahan.

Hari ini aku serahkan hidupku, suamiku, anakku dan perkahwinan ini kepada Mu Ya Allah..

Kerana Kau lah yang Maha Bijaksana mengatur apa yang terbaik buat aku, suamiku dan keluarga ini.

Tunjukkan aku jalanMu
Bimbing aku ke JalanMu
Didik hatiku agar bersujud pada ketentuanMu

Terima kasih kerana sentiasa menjagaku, suamiku, anakku dan keluarga ini.

Aku memohon keampunanMu Ya Allah
Maafkan aku Ya Allah
Terima kasih Ya Allah..
I love you Ya Allah 🙏 💕

Saya c&p sebagai penguat hati
#ehati #ajarihatiku #kembaliBercinta #ehatiLoveRenewal

Wednesday, February 14, 2018

Blog sihat

Assalamualaikum semua
Begitulah seadanya
Awalan blog saya adalah dengan menggunakan surisihat. Tapi pada tahun 2012 ada juga website lain yang telah menggunakan nama yang sama. Bagi saya tiada masalah besar disebabkan nama tu sy tak patenkan. Nama manusia ni bukan semuanya unik. Jadi mungkin manusia ni terpaksalah berkongsi kongsi nama. Entah apa nama saya guna sekarang tp yang pastinya sy nak berkongsi info berkaitan kerja dan sisi kehidupan saya. InsyaAllah rencana akan sy kongsikan kemudian. Ta ta untuk hari ini. 😘😘😘

Wednesday, February 07, 2018

Sambung belajar

Ramai yang tanya kenapa Ma tak sambung belajar lagi. Jauh di sudut hati yang suci dan murni ini memang sukakan ilmu ilmu baru. Apakan daya niat yang suci ini bukan semudah petikan jari.
Melihat kawan kawan dan sesiapa sahaja menjejak semula ke universiti boleh mengundang rasa ralat dalam hati. Sabarlah hati. Jangan rasa begitu. Saya percaya Allah sentiasa berikan perkara terbaik sesuai dengan kemampuannya. Sejak Ai sakit, hati saya tak sama seperti dahulu. Doa doa yang dipanjatkan. Tak pernah tertinggal nama Ai. Saya rasa berat hati untuk duduk jauh dari Ai. Saya cuba lupakan cita cita namun ia sentiasa timbul terapung dalam pemikiran saya. Saya berdoa adanya ruang dan kesempatan untuk meneruskan cita cita. Suburkan hatiku untuk menimba ilmu baru. Mudahkan lah hambamu ini. Lapangkan hati ku dan capaikanlah cita citaku nanti. Amin


Update : Alhamdulillah, telah diberi peluang menyambung pelajaran. Doakan saya GOT 😄 

update again: Final year wehhhh.....mudah2an berjaya dengan cemerlang dan GOT

Tuesday, January 30, 2018

Drama pagi pagi 😔

Pagi pagi ada drama macam ni
Anak minta tukar botol air
Ai : Mama, Ai tak nak guna botol air ni, nak botol air lain.
M : Mana ada botol lain
Ai : Ada. Dalam peti ais.
Mama kenalah tukar air, masukkan air dalam botol baru. Botol baru tu penutupnya bocor jadi air tumpah kena beg.
Mama membebel sambil kemas kemas barang masukkan dalam kereta.
Sampai sekolah
M : Mana beg baju?
Ai : Mama letak beg dalam rumah semula masa ambilkan botol air Ai
M : Huuuuu 😥😭😭😭

Mama pergi punch card pecut balik rumah ambil beg, tengok atas tong sampah ada kusyen sofa elok terletak. Bila masa den buang kusyen sofa?
@#$%^^*

Sampai ofis bos cari
B : Kenapa lambat? (Sambil tengok jam dinding) 0845am
M : Hal anak
B : .....

Wednesday, January 24, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Bismillah

Alhamdulillah dah 24hari melangkah ke tahun 2018. Saya doakan semua sihat sihat belaka dan sentiasa diberi rezeki yang melimpah ruah dalam kehidupan.

Saya? Masih di tempat yang sama, yang berubah cuma jarum timbang berat ahaks 😂... saya gembira sebab saya rasa makin hari saya semakin matang dalam kehidupan. Ujian hidup tu biasa. Yang luar biasa bila kita sentiasa cool dan tenang dalam apa jua keadaan.
Doakan rezeki untuk saya. Saya teringin nak sambung master tahun ini. Dulu saya dah pernah hantar permohonan tapi saya tak proceed sebab ada komitmen keluarga yang penting. Selepas habis cuti tanpa gaji saya buat simpanan semula untuk teruskan cita cita. Alhamdulillah dapat habiskan bayar hutang kereta. InsyaAllah nak habiskan bayaran hutang rumah juga.
Lagi satu saya sedang buat simpanan untuk tunaikan umrah dan haji. Simpanan untuk saya suami dan anak anak. Doakan rezeki saya untuk ke Tanah Suci Mekah bersama keluarga tersayang. Saya teringin nak pergi.
Ada antara teman2 yang dah tercapai cita cita tersebut. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Saya doakan cita cita lain teman teman juga akan tercapai.
Cita cita orang muslim adalah syurga lagi lagi dapat bertemu Allah dan nabi nabi Allah. Mesti seronok. Cita cita tertinggi tu. Rasa diri kecil dan tak layak. Jangan sedih.
Kita doa sama2 😭😢😢

Tuesday, June 23, 2015

Masak Ramadan

Hari Isnin 
Puasa ke 5
Seharian di tempat kerja. Balik kerja dah terfikir2 dlm otak nk masak apa. Sambil kerja sambil mlayang otak ke dapur rumah. Singgah ke peti ais dan......
Oh
Suami dtg klinik nk ambil ubat. Ubat darah tinggi yg setia setelah 2 tahun. Jangan tak makan. Nnti sy tak tau nk jawab apa klau org tanya isterinya doktor suami takut mkn ubat 😘😘😘

Suami pesan suruh ambil anak. Dlm fikiran nnti balik nk masak nk tu nak ni
Cuba fikir yg positif 
Dapat pahala
Banyak

Sampai rumah
Suami da siap masakkan
Macam macam pulak tu
Bersalahnya dalam hati
Kita balik selalu fikir negatif
Org lain yg baik
Sbnrnya semua benda dlm dunia yg best tak yah beli
Cuma kene byk bersyukur
Solat puasa
Ingat pada Allah
Alhamdulillah 

Saturday, June 20, 2015

#heAlthyislifestyle

hi!!!!!!!
assalamualaikum dan salam Ramadhan Kareem

mimpi agaknya budak sorang ni. pagi2 buta datang ilham nak tulis blog.
meroyan pagi2 rindu pada blog ni. ok nnti kita update macam2 kat sini ya. klau rindu kita angkat tangan ^-^

Tuesday, September 23, 2014

Buat buat pun apa salahnya

Kalau terpaksa buat2 pun apa salahnya
Buat2 gembira
Buat2 suka
Buat2 menyampah
Sbb manusia mmg suka berpura2
Untuk gembirakan diri sendiri dan juga org lain
Klau itu yg terpaksa ku lakukan
Daku rela

Saturday, September 06, 2014

Jgn lupa kita ada Allah

Assalamualaikum
Saya benar2 teruji minggu ni
Bakal hilang seorang staff yg akan berpindah ke tempat lain
Dia bagaikan tangan kanan saya
Bila mendengar berita
Saya terduduk
Hati saya menangis
Dan perasaan sgt berduka
Saya cuba tenangkn perasaan yg berkecamuk
Namun bagaikn gagal semua cara
Tetiba
Terdetik
Ya Allah
Kenapa boleh saya lupa pada yang Maha Mengatur
Pasti ada hikmah atas ujian ini
Saya amat pasti dia mendapat tempat terbaik kerana dia org yg baik
Dan jika saya seorang yang baik
Saya juga akan mndapat pngganti yang terbaik
MasyaAllah
Begitu rupanya cara Allah menghiburkn hatiku
Walau rasa hiba masih ada
Namun dengan cepat ianya reda
Terima kasih Allah

Tuesday, July 29, 2014

Memilih kerna rela

Assalamualaikum

Saya berkahwin sejak 8 tahun yg lalu.rata2 teman sekuliah sy mempunyai usia perkahwinan sebegini.seingat sy seorang dua shj yg berkahwin semasa saya di hukm.
Bila saya myuarakan utk berkahwin kpd kwn2 ramai yg terkejut.kebiasaan kami tidak sempat mempunyai teman lelaki.secrer admire mungkin ada hihihi.....
Kelakar nya ada pula yg tanya adakah sy berkahwin atas pilihan keluarga?

Sehingga kini
Saya masih kagum dgn suami sy
Suami sy bukan jenis yg mempamer kasih sayang.juga bukan jenis saya juga.susah utk seorg lelaki myatakan kasih sayang.tidak pernah mgkn.namun tindakannya sudah cukup mcerminkn segalanya.

Dialah yang menerima sy saat saya berada dlm keadaan plg kritikal dlm hidup
Waktu susah
Waktu exam
Waktu stres
Waktu houseman
Waktu kami tiada harta
Waktu tiada kereta
Waktu sy sgt comot dan selebet
Waktu sy x reti mengatakan sy cinta kpdnya
Waktu sy masih belum matang
Waktu saya keras kepala dan suka membantah
Waktu sy suka moody
Waktu sy belum pndai masak dan urus rumah

Suami terima sy seadanya
Walau sy tidak sempurna
Bimbing saya sebaiknya

Jika anda
Bagaimana mnilai kasih sayang seorang lelaki?

Wednesday, July 23, 2014

Dia yg aku kenali

Assalamualaikum
Aku dtg lg
Dlm hari2 yg mendatang
Aku mulakan langkah dlm perjalann jauh
Utk membawa satu harapan dan amanah

dia yg aku kenali
Teruk
Gagal
Kecewa
Putus asa
Aku sinonim lemah
Tiada daya

Esok
Bila sudah berjaya
Jgn lupa
Kenang yg lelah
Stress
Duka
Air mata
Menyampah
Yg memenuhi ruang nafas seorang hamba

Sesungguh hendak aku hampirkn diri kepada sempurna
Kelak
Mahu
Gelak ketawa
Lulus
Berjaya

Bila?
Macamana?
Ada caranya
Sedikit2
Sedaya boleh
Jgn putus asa
Doa
Cinta
Suka

Ku bawa panji perjuangan
Dengan misi baru
Ku mohon restu

Tuesday, July 08, 2014

Suka suki jer

Assalamualaikum

Kali ni sy nak citer pasal bulan ramadhabuln ramadhan memberi nostalgia besar dalam hidup saya. Hampir2 saya terlupa yang saya bernikah dgn suami saya pd akhir pengajian saya. (Bukan sengaja lupa). Rupa2nya telah pun berlalu 8 tahun kami bersama dan memori ini saya mahu kenang kembali. Saya bwrnikah pd tahun akhir pengajian perubatan. Klau ikutkan saya sepatutnya lulus dan meninggalkan kampus pd hari saya bernikah. Allah maha tahu. Tetiba saya gagal.dan gagal membuatkan saya kecewa. Ramai yang menyalahkan perancangan kahwin saya. Ada juga yg menyalahkan saya dan bakal suami.
Kegagalan membuatkan saya terfikir sepatutnya seseorang perlu ada plan A dan B. Saya bukan sempurna. Saya teringat yang rupanya walaupun kita berusaha bersungguh2 rajin belajar tidak ponteng kuliah selalu megulangkaji saya tidakkan gagal. Meleset kali itu betul2 meleset sangkaan saya. Bila Allah katakan ia terjadi ia akan terjadi.
Saya mengulang pengajian akhir selama 6 bulan.rakan2 telah pun meninggalkan saya. Memburu impuan menjadi seorang doktor. Saya tercari2 hikmah.saya x perlu yang lain.saya perlukan sokongan. Saya mencarinya d hujung hari dengan merapatkan diri kepada Allah. Lupa saya telah bernikah. Suami saya mengizinkan saya pulang ke rumah selang hari supaya saya dapat mengulangkaji d kampus. Besarnya pengorbanan suami saya. Mana boleh tidak rindu. Jarak hukm dan shah alam pd masa itu saya rasakan dekat. Kerana hati kita tekad.

Sunday, June 29, 2014

kenapa nak give up

mencari2 inspirasi?
kita ni suka sgt dgr cakap org
bila ckp2 tu dengar mcm x best mula la rasa rendah diri
tu yg jadinya 'ada biawak dalam diri' tu
kkdg mmg ada benda yg kita buat mmg x betul
klau ada org tegur alhamdulillah
senang ke klau org nk tegur
entah dia fikir sejuta kali sebelum p tegur kita

senang citer
cuba tgk blog ni
sy tulis sejak zaman budak sekolah lg
tgk
x de follower kan?
ada kah saya akan berhenti menulis?
ada kah saya dok kecewa sengsorang dlm bilik?
of course not!.....
dari zaman medical student hingga medical officer
sampai bujang ke zaman emak budak
kita ni berubah2
kejap2 suka ni
kejap2 nyampah
pastu x de angin suka benda lain
bior la
let it go

*ni contoh membebel tanpa paksi
amalan dialog mcmni akan myebabkan anda ilang kwn
sekian