Thursday, July 28, 2005

20 minit yang traumatik

bismillah. alhamdulillah hari ni saya exam. baru je tamat. terus ke cc. sebenarnya sudah lama tak bertamu ke sini melainkan jika ada tugasan. apatah lagi memikirkan jangka masa dalam posting yang agak menyesakkan. semalam kertas teori. 2 kertas. MCQ dan PMP. sebenarnya kawan saya telahpun memberitahu saya supaya membaca tajuk tersebut dengan bersungguh2. memang keluar pun. walaupun soalannya tidak sebegitu sukar tambahan saya mendapat aura teman tapi saya tidak menjawab soalan itu dengan baik. saya sedikit kesal tapi saya sudah letih untuk menangis. saya cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik.
emm kami de kes pendek yang mana setiap pelajar dikehendaki memeriksa seorang pesakit dalam tempoh sepuluh minit, mepersembah dan memberi diagnosis. memang mendebarkan. setiap pelajar akan diberi 2 kes. jadi masa yang diperuntukkan bagi seorang pelajar adalah 20 minit. memang traumatik. masa tu kita akan berdepan dengan pemeriksa secara direct. sukar digambarkan perasaan masa tu. klau dapat pe yang sepatutnya memang lega. tapi klau tak... Allah sahajalah yang tahu pe yang akan terjadi seterusnya.
kan bagus jika saya dapat melupakan pe yang telah terjadi semasa exam tadi. malangnya bukan semudah itu untuk melupakan perkara yang tak menggembirakan sebab ulang tayang pasti akan berlaku dalam tempoh sehari dua ni. mengingatinya terlalu menyeksakan...
Ya Allah permudahkanlah bagiku urusan duniaku
dan permudahkan lah jua urusan akhiratku...Amin

Thursday, June 23, 2005

berlatih lagi ya...

assalamualaikum...emm saya ambil masa yang agak lama sebelum mengambil keputusan untuk ke cc. esok de presentation dan saya belum sediakan apa2 bahan.

satu perkara yang menakjubkan dalam kehidupan adalah bila kita dapat bangun semula setelah menghadapi kekalahan.saya teringat kepada pesanan Tun Dr Mahathir sewaktu beliau masih memegang jawatan sebagai PM. beliau berkata jika kita inginkan sesuatu tetapi seseorang telah menidakkan harapan kita jangan berputus asa, tapi terus berusaha.kalau pun seseorang ssnggup menghalau kita dari kedudukan sekarang jangan sekali2 berundur dari perjuangan.
kemudian andai jika kita rasa kita telah cukup lama berada di kedudukan sekarang dan mahu bergerak menjauh,pergilah, walaupun ramai kan menghalang.

prinsipnya ikut lah kata hati anda. jika kita inginkan perubahan, tetapkan hati sebelum berusaha. jangan berbolak balik membuat keputusan. cikgu saya selalu berpesan jika menjawab soalan exam seandainya saya merasa ragu2 dengan pilihan pertama tetapkan pendirian. ada kajian mengatakan bahawa kebanyakan daripada pilihan pertama selalunya adalah betul. tapi tak selalunya benar tau...

akhir sekali berusaha sungguh2.jangan takut membuat kesalahan. darinya kita dapat banyak pengajaran walaupun kadang2 begitu pahit tuk ditelan.kita akan bersyukur kerana Tuhan begitu sayangkan kita dengan mengurniakan kekuatan menghadapi kesukaran. berdoalah selalu keran ia lah senjata teguh pejuang2 Islam. moga kita tabah hadapi masa depan.

tolong doakan saya ya :)

Saturday, May 28, 2005

cuti dah abis

bismillah. esok hari terakhir saya bercuti. tamatlah tempoh bersuka ria. bukan bermaksud saya tidak merasa gembira memulakan sesi pengajian baru tapi saya tidak menafikan sedikit gementar dengan permulaan tahun baru. jadi azam pun kenalah serbabaru...

saya mendoakan kita sentiasa gembira dan tenang dengan kehidupan yang dijalani. mungkin kehidupan yang kita lalui sekarang bukanlah yang terbaik tetapi yang penting kita selalu berasa bersyukur dan rasa mencukupi dengan apa yang ada.insyaAllah...

mudah2an dengan bersyukur Allah akan menambahkan nikmat dan memberikan kita hikmah dan rahmat. senyumlah selalu semoga keceriaan akan menjadikan kita seorang yang optimis mengharungi 1001 cabaran.

saya akan meneruskan pengajian dengan memulakan posting paediatrik minggu hadapan. kesabaran akan menjadi sesuatu yang manis andai kita akhirnya bertemu dengan impian yang selama ini didambakan. Ingatlah Allah akan bersama hambaNya yang berusaha. setiap detik yang menapak dalam hidup memerlukan kita sentiasa berkorban diri dan bertawakkal padaNya. dan akhirnya moga kita bakal sama2 digolongkan bersama2 orang yang berjaya.Amin...

sayangkan diri dan keluarga
cintai lah agama dan nasihat
jadikan diri contoh tauladan sepanjang masa
moga rahmat menerangi jalan dunia dan akhirat

RENUNGAN

Hidup ini kadang - kadang rasa gembira, kadang-kadang rasa sedih, nak marah, merajuk atau jauh hati, kadang-kadang rasa disayangi, rasa diperlukan, rasa terasing, rasa dibuang… macam-macam perasaan yang bersarang dalam hati dan itulah kurnian dariNya yang maha bijaksana dan seharusnya kita bersyukur. Kadang – kadang kita sering alpa, leka dengan keindahan dunia, terlalu menurut kehendak nafsu, mengikut telunjuk syaitan sampai terlupa yang diri ini adalah hamba dan mendapat rahmat daripadaNya, hamba yang sering dikurniakan nikmat dariNya, tetapi kita terlalu sedikit mensyukurinya. Kebiasaannya manusia akan merasa bahagia bila disayangi, diberi perhatian, diambil berat, dicintai, kadang - kadang sedikit bangga bila diri ini dirindui. Tapi oleh kerana terlalu taksub mengejar semua ini, kadang - kadang kita tak sedar yang kita telah melanggar perintah Allah, melanggar syariat sekali gus mencemarkan tatasusila kita sebagai orang yang beriman. Betapa wanita itu akalnya setipis rambutnya, hatinya serapuh kaca dan perasannya yang selembut sutera itu maka hendaklah dibekalkan dengan ilmu , dikuatkan dengan iman dan dihiasi dengan akhlak. Makhluk emosinal atau lebih dilabelkan sebagai makhluk perasa dan itulah wanita berbanding lelaki yang lebih dinobatkan kan sebagai mahkluk berakal. Wanita juga dilabelkan sebagai makhluk pemalu, sukar untuk meluahkan rasa, Rasulullah saw bersabda “Malu dan iman itu bergandingan bila terangkat satu maka terangkatlah satu lagi” maka ini jelas menunjukkkan kepentingan malu dalam diri setiap muslimah.
Persoalannya sekarang, masihkah sifat malu ini menyelubungi diri setiap muslimah? Jika ya kenapa masih ada lagi mereka yang berani membonceng motor dengan lelaki yang bukan muhram , mengapa ada lagi muslimah yang tidak menutup aurat, yang paling sedih bila ada di antara mereka yang membuka aurat sedangkan dulunya aurat itu dijaga. Kenapa kita mudah mengikuti perkara yang tidak baik sedangkan perkara yang baik kita tolak ke tepi. Tapi sedarkah kita selemah – lemah wanita ini ia berjaya menguasai kaum adam yang mempunyai sembilan akal, bertapa peliknya, tapi itulah kenyataan. Betapa kuatnya pengaruh wanita pada lelaki dan ini menunjukkan yang dunia ini telah hampir pada akhir zaman. Betul kata Rasulullah saw “ Sesungguhnya kemusnahan kaum lelaki itu adalah kerana mentaati wanita-wanita mereka” Selain daripada itu “Kejahilan bagi kaum lelaki ialah mentaati wanita selain daripada ibunya” Huzaifah r.a berkata ia mendengar saw bersabda di dalam khutbahnya “Arak adalah ibu segala maksiat , wanita adalah jala syaitan dan cinta dunia adalah kepala setiap dosa.” Rangkap yang wanita adalah jala (perangkap syaitan) menjelaskan maksud samada syaitan telah menghiasi mereka dengan begitu menarik supaya menimbulkan rangsangan ataupun lelaki yang jahat akan memandang serta menggoda mereka dengan perantaraan mereka.
Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok, di mana apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” At-Tirmizi. Sedarlah kaum lelaki, di sini cabaran bagi anda maka jangan sesekali terbuai dengan tipu daya syaitan seperti firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman , masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah – langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling nyata bagimu. Tetapi jika kamu tergelincir (dari jalan Allah) sesudah datang padamu bukti - bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana” (Al-Baqarah 208-209)
Buat kaum lelaki berwaspadalah jangan sesekali mendidik kaum wanita dengan mengikuti perintahnya kerana ia mencerminkan kejahilan anda, jangan jinakkan mereka dengan emas atau harta kerana mereka akan jadi liar dan kau semakin diperbodohkan, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana mereka akan menderita dan kau akan sengsara. Maka pimpinlah mereka dengan jalan kebenaran, jalan yang diredhai Allah kerana kau akan ditanya akan tanggungjawabmu itu wahai lelaki. Ibnu Umar r.a berkata :Bersabda Rasulullah Saw : “Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang mereka yg kamu pimpin. Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya .Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggumgjawab atas pimpinanmu” (Riwayat Bukhari dan muslim) Huzaifah berkata dia mendengar Rasulullah saw bersabda : “Letakkanlah wanita pada kedudukan yang paling rendah lantaran Allah juga telah melakukan demikian” ( Razin dan Baihaqi) Meletakkan mereka pada kedudukan yang paling rendah bermaksud bahawa Allah swt juga telah berfirman mengenai mereka selepas kaum lelaki di dalam Al-Quran. Begitu juga di dalam solat berjemaah, kaum wanita dikehendaki bersolat di bahagian terakhir. Di dalam kes persaksian, warisan dan pangkat Allah telah meletakkan wanita pada kedudukan kedua berbanding kaum lelaki .
Jangan ada pula perasaan benci dengan kenyataan ini, ia sekadar memberi ingatan pada golongan Adam supaya tak mudah leka, dan tak sedikit pun bermaksud mengecilkan atau merendahkan kaum wanita.
Buat muslimin, kamu perlukan wanita, tanpanya hidupmu tak sempurna dan kamu tak akan ada di dunia ini, kamu perlukannya sebagai teman untuk menemanimu dalam meneruskan perjuangan, pendorong dikala kesulitan, penyuluh dikala kamu tersasar, pembakar semangat dan sebagainya. Fikirkan wahai lelaki, “Apa kurangnya syurga sehingga Adam inginkan Hawa?” Penciptaan wanita ini tidak sia-sia, Allah menciptakan sesuatu, ada rahsia yang tersembunyi, ada hikmah, ada kebaikannya.
Rasulullah saw bersabda : “Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang teratas , jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok , maka berlakulah baik pada wanita kamu” (Al-Bukhary dan muslim)

Monday, May 23, 2005

NASIHAT UNTUK WANITA MUSLIMAH
Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan 'Auf bin Muhlim Asyaibani, pada waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:
"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya. Tetapi! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai. Dan pedoman kepada yang berakal. Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya, Nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami, dan kau terlalu berharga bagi kami. Tetapi! Wanita dicipta untuk lelaki..Lelaki dicipta untuk wanita. Bercerailah kau dari ayunan buaianmu..Meninggalkan teratak tempat besarmu..Melangkah menuju ke alam baru...yang belum kau kenal...yang belum kau biasa Kau milik suamimu..Anggap dirimu sebagai hamba..Jadilah teman yang paling setia Bawalah wasiat dariku...Sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan menuju alam bahagia
Relakan hatimu sekadar yang ada semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulur tanganmu tanda mahu berganding bahu
Jauhkan dirimu dari segala yang jelek yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu..Gantikan ia dengan sinar secerah sang suria pagi.
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak
kening bercelak
Itu menambah seri
tu membangkit berahi
Dan...
Air cukup memada..
Bagi yang tiada
Jaga masa makannya Juga waktu tidurnya
Kerana...
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu..
Tabahkan hatimu..
Badanmu terselamat..
Jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu..
Di kala dia berduka, Pendamkan kesedihanmu
Di kala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebabkan pertama
Hilang suasana disebabkan kedua...
Hulurkan tanganmu...
Andai kau menghulur sebelah tangan..
Nescaya dia menghulur kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkan
Ketahuilah! Kasihmu tidak sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasihmu, kasihlah dia
Bencimu, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu. Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu."
Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu telah mencapai kedudukan yang mulia disisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang kesemua telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayahanda mereka. Beginilah seterusnya status wanita-wanita yang memiliki kelebihan. Adaptasi drpd Al-Mustanir hati beri pada tuhan ... mata pandang depan ... kaki terus jalan Biar rebah jangan berubah, "Biar terbuang terus berjuang". Senyum mujahid menuju syahid!