Wednesday, May 16, 2012

KELAHIRAN SI KEMBAR (versi ada tambahan - mengada ngada)

assalamualaikum

melahirkan anak anak kembar saya amat manis dan megujakan (walaupun saya masih bersedih atas pemergian arwah ibu saya)

mengandung kali kedua dan kembar pula memang betul betul berbeza dengan kandungan anak pertama saya.sesungguhnya mengalami dan membacanya dalam buku adalah tidak sama...

alhamdulillah saya berjaya melaluinya secara normal tanpa pembedahan dan tanpa episiotomi...
klau ada yang nak minta petua nanti saya slow slow cerita ya =)

seawal minggu ke 30 saya telah merasakan sakit kontraksi yang main main... bila berjalan atau lakukan kerja seperti mandikan anak atau memasak, sakit datang dan pergi... mood nak memasak tu memang mengada ngada datang waktu da sarat.. dan saya selalu ingatkan suami supaya kurangkan kerja mengajar tuisyen malam sebab saya takut terbesalin kat rumah.

sewaktu mengandung impian nak baca quran memang berkobar kobar. tapi jadinya kebanyakan waktu saya baca dalam hati sebab nafas saya pendek cepat mengah dan cepat putus asa... klau lah saya ada CD baca Quran kat rumah tentu bagus.... solat pun duduk atas kerusi setelah satu kejadian jatuh melawan berat badan terjadi ...

walaupun sudah sarat namun saya memang tak reti duduk diam... shopping ke tesco memang suka sangat... suami marah jugak  sebab lepas balik shopping mesti komplen sakit kaki la... sakit belakang la... pastu ada hati nak pergi library baca baca buku macam dah takde keje nak buat pun suami saya layankan, bawa saya ke library selangor yang besar tu ...* haa... besar * nak jalan pon da macam penguin - perut besar dan jalan lambat hu hu

( rindu sangat masa ni sebab suami macam caring sangat dan saya pulak macam singa lapar hu hu garang giler dan sangat mudah dapat mood swing weng weng)

alhamdulillah (rahmat Allah dan berkat doa suami )  saya selamat melahirkan kembar dua perempuan pada 25 April 2012 yang lalu secara normal (tak perlu operation...lega).saya da masuk ke wad sejak dari 12 April akibat kontraksi awal disebabkan terlalu rajin bekerja?...sewaktu kandungan 33 minggu... menaiki ambulan. selalunya staf sorong pesakit...tapi petang tu staf sorong doktor keluar dari bilik...ha ha ha

makan dan tidur dalam wad adalah rutin harian selama dua minggu..bukan aktiviti yang semua orang suka. tak boleh keluar dari wad, tak boleh bersiar siar. no astro no husband n kid no laptop no shopping oh oh oh....saya tak pasti berapa berat saya bertambah...klau saya timbang mesti kena minum air gula buat kali ketiga kot :P

Pada pagi 25/4/12, saya merasakan sakit kontraksi saya semakin kuat.tapi nurse kata kekuatan nya masih lemah seperti saya mula2 dimasukkan ke wad.selepas solat subuh saya berehat dan cuba melelapkan mata.sakitnya tetap terasa secara selang 10 minit.tiba tiba kain yang saya pakai terasa basah..rupanya air ketuban saya telah pecah. nurse pun tenang je panggil doktor untuk periksa saya. saya terus ditolak ke labour room kerana bukaan telah pun mencapai 2 cm. .bayi dipantau melalui CTG ... jadi berselirat la perut dengan gel dan wayar wayar CTG... tracing CTG tak cantik sebab baby adik ni memang kuat bergerak compare dgn baby kakak. penat da kakak nurse tu adjust sana sini at last pakar cakap pasang internal ajelah.... wah pasang internal la pulak susah tau ....wayar tu nak pasang ikut dari bawah ....(in denial tone) redha ajelah mak nya ni... (details nnti goggle je la ... private... )

awal awal saya di offer epidural (kepada yang cari info pasal epidural my statement could mislead you) saya kalau ikut survey diorang suggest amik... jadi saya pun setuju... sbb twins delivery can b evenful...sbb byk risiko dan saya risau it won't progress well. 

wah rupanya prosedur epidural amat menyakitkan juga. nurse cakap ada orang yang menjerit sebab sakit.... tang yang masuk jarum tu... (ke saya ni yang penakut kot, sebab so far blum penah dengar orang komplen prosedur epidural sakit)... saya berpeluh2 menahan sakit.sehingga nurse bertanya kenapa saya berpeluh, saya jawab labour room sangat panas walaupun tempat itu ada air cond....he he.

(bersambung)

pukul 4 saya rasa sakit seperti hendak meneran.walaupun anda pakai epidural kesakitan tu tetap terasa (true...true). setelah bukaan 10cm dua kali teran kembar pertama saya selamat dilahirkan pada pukul 420 petang seberat 2.2kg. sementara menunggu kembar kedua repositioning, saya berehat.
oww...kembar adik adalah bayi yang sangat aktif semasa di dalam perut.semasa hendak periksa jantung kerap kali MIA (missing in action) sebab kerap berubah posisi.jadi kalau dia buat 'macam macam itu adalah telah saya jangkakan. setelah kakak dilahirkan kedudukan adik jadi melintang...ruang dah banyak,adik jadi bos. keadaan ini mengundang panik kepada doktor dan pakar.cuak nya kat saya. doa saya : 'tak mau operation' hu hu...

mesin scan ditarik... posisi adik adalah melintang. putaran kandungan cuba di lakukan. kita panggil external cephalic version. saya berdoa dalam hati.... mudah mudahan bersalin normal sorang dah normal takkan nak operate yang second... nnti confinement sape nak tolong jaga ngan luka operation ...hati saya menangis....pakar dan doktor beriak bimbang. first attempt ended up with baby adik jadi breech (songsang). lagilah kami cuak. nurse siap tanya nak prepare operation theatre..dijadikan cerita saya langsung terlupa saya ada sorang pakar yang follow kes saya ms dalam wad..pakar tu lah yang datang dan pusingkan adik balik kepalanya ke bawah. alhamdulillah berjaya da adik pusing.....disebabkan saya sangat takut operation (serius ni) terus skali teran untuk melahirkan baby adik.....ok la berat adik cuma 1.9kg... adalah sungguh membazir meng operate...

yeay! ALHAMDULILLAH



Tuesday, April 10, 2012

SENANGKAH JADI DOKTOR....

suka tak bila jumpa doktor? apa perasaan anda bila sedara mara nada adalah seorang doktor?
senangkah seorang doktor itu?
orang kata : kaya?
saya kata : sama sahaja kalau dok kat gomen.la ni x kaya pun.kayap adalah...sederhana.cukup la untuk makan pakai seharian.lain kalau rajin buat locum.meraban duit masyuk.lagi yang da sambung master...extra payment around RM1k+
belajar mau rajin2...alhamdulillah akhirnya habis study lima tahun setengah kat UKM.banyak suka duka masa belajar.yang seronok sebab ada kawan2 yang supportive dan sekepala.hidup sebagai seorang student medical tetap enjoy.kami ada life tetap gi shopping dan ada yang gila2.kami pergi sura, join usrah,belajar agama dan mengaji bersama.pendek kata belajar dan berugama sama nilainya :)
kena g discussion dan study group.ingat senang nak khatam buku yang satu tebalnya 1000m/s tu?amboi...
kena banyak involve dalam ward round dan clinical education...kkg makan pun sekadarnya.ye ke?

pastu kena banyak bersabar...karenah orang macam2.kadang2 boleh sampai ke tahap nak meletup....yang penting ingat kita buat keje sebab Allah.yang bagi balasan pun Allah juga...percayalah yang kami buat kerja untuk bantu orang.niat kena ikhlas selalu.kena pohon restu keluarga dan suami :)

senangkah seorang doktor itu?

UNTUK YANG MINAT MEMBACA

assalamualaikum/salam 1 malaysia


ANDA MINAT MEMBACA?
INI KOLEKSI PILIHAN SAYA :)




DIARI HAMIL
Buku (idea asal oleh Kamaruddin Mamat) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu.Buku ini mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
Panduan lengkap dan tips2 berguna untuk bakal ibu dan ayah seperti anda! Padat dengan informasi tentang amalan sewaktu hamil sebagai seorang muslim,ruangan catatan dan 'checklist' yang berguna...
Sesuai sebagai hadiah kepada bakal ibu dan isteri tercinta. Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.


RM 26.00
POS/CITYLINK RM8
http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1169/noorazreen


SEJUTA CINTA UNTUK IBUNDA
Buku yang mengekspresikan cinta buat seorang ibu...
tidak kira anda seorang ibu atau seorang anak buku ini mengenang perjalanan dan perit jerih insan penyayang tersebut... membuatk anda menitiskan air mata. betapa besar nilai cinta ibu tak terbalas budinya di dunia!

RM13.00
POS/CITYLINK RM8
 http://www.stormreaders.net/nProductCode=KPBK1029/noorazreen

ALAHAI KEMBAR

assalamualaikum/salam sejahtera
masuk 8 bulan kehamilan,simptom mengandung kembar mula terasa. sakit belakang.senak perut.mengah.nafas rasa tak cukup.rasa kurang selesa.cepat letih (panjang nya berleter). orang akan tanya masih larat kah bekerja? pada saya kerja saya tak sukar cuma cepat keletihan.sebab kerja saya banyak membebel bagi nasihat, health consultation and etc...waktu mencabar? lepas makan tengahari sebab bateri dalam badan tak sempat cas. rasa nak baring je kat dalam bilik dan zzzz...he he
saya cuba berfikiran positif sebaiknya...cuma tak dapat nak decide samada nak normal atau operation. saya nak sangat bersalin normal.tapi sebab ada pengalaman dapat 'turun darah' rasanya elok la kalau bersalin CS aja. saya ni manja kalau sakit skit2 nanti susah orang keliling saya.kena layan saya macam anak raja pula.opps...tolong doakan saya ya nanti....amin semoga selamat semuanya


Friday, April 06, 2012

how r u my babies?

assalamualaikum/salam sejahtera
salam hari jumaat yang berbahagia
saya dah melalui tempoh 32 minggu mengandung...
6 minggu lagi...kenapa?insyaAllah saya akan di induce pada minggu ke 38.saya berdoa semoga semuanya berjalan lancar...perut saya sudah agak berat.kalau berjalan seperti mahu ke hadapan.ada juga yang bergurau kelihatan saya seperti seekor penguin berjalan ke kiri ke kanan membawa perut.saya tetap tabah bekerja walaupun hati megeluh penat.kesempatan cuti tahunan saya gunakan untuk berehat dan memantau persiapan bayi saya.
apa khabar bayi bayi kembar ku?
 adakah kalian bersempit2 seperti dalam gambar ini?jangan bergaduh ya...
mama doakan kalian sentiasa dalam lindungan Allah.
scan sewaktu 31 minggu doktor kata bayi saya duduk sebelah menyebelah....kadangkala seorang seperti menyenget ke kanan sedijkit.bayi yang kanan sangat2 aktif terutama sewaktu hari siang.manakala bayi di kiri lebih aktif waktu malam...emmm...belum lahir tapi da nampak perbezaan mereka berdua ;)