Wednesday, November 13, 2013

Tekan butang huruf

Woit
post stahun dulu
Bkarat da otak lu

Ampun maaf sbb x pandai blog atas tepon
La ni baru tau
Bleh blog guna wifi
Cakap skrg kena pkai bukti
Jgn sbarangan
Ada org tulis berita pakai pen
Ada juga yg pakai butang
Ikut la kpandaian
Kalau x tau tanya sama ati
Klau x tanya la sama pokok
Huhuhuhu..........

Gaduh punya pasal

Salam

Nk ckp pasal gaduh

Gaduh walaupun x nak sbnrnya
Nk ckp prlahan skali tjerit pulak
Nk tegur skit jadi benci bbrapa hari

Apalah nasib
Nk minta maaf
Tp segan
Tp malu

Lebih baik diam
Biar keadaan pulih
Biar luka sembuh sndiri

Sndiri salah
Sndiri tanggung
Padan muka

Nak g mkn ubat
Biar kembali seperti sedia kala

Ampunkan dosa
Ampunkan saya

Thursday, October 18, 2012

MENCARI MASA TERBAIK

alhamdulillah...harus menulis blog. anak anak sedang diulit mimpi...


wah...sudah 6 bulan rupanya saya menjadi surirumah tangga. alhamdulillah thank you Allah dapat merasa suasana 'rumahku syurgaku' selama ni...
saya ingin meng audit keje 3 bulan saya di rumah...

  1. rehat sepuas2nya....syiok betul. boleh baca buku sambil baring-baring he he
  • alhamdulillah memang berehat dari keje di klinik --- dalam erti ibu itu memang tak pernah berehat - anak anak dan suami sentiasa perlukan perhatian ibu dan isteri. baring baring sambil baca buku tu adalah impian yang tinggal impian.sebenarnya keje surirumah lebih meletihkan. tahniah kepada puan puan surirumah...persepsi saya kini berbeza!
  1. buat bisnes dari rumah - konon!
  • sudah set up local business...walaupun kecil tapi rezekinya tak putus... masih mampu lagi membuatkan mak orang ni tersenyum
  1. boleh update blog hari-hari
  • kenyataan yang harus diterima adalah hidupku memang bukan untuk blog semata2... memang susah nak update blog walaupun masa seluruh dunia diberi kerana kering idea ha ha
  1. facebook....jangan cakap la.sampai da naik meluat tengok akaun sendiri he he (tiada lagi akaun fb berkulat...amboi)
  • this is really true... lepas ni cuba datang tengok mesti tak gerak gerak entry tue :)
  1. ajar anak saya membaca
  • saya sedang mencuba...sesungguhnya mengajar memang bukan bidang saya...at least i keep trying...doakan ya... p/s : susah nya mengajar budak membaca 
  1. peluk dan cium anak dengan gembiranya tanpa stress
  • peluk dan cium tanpa rasa bersalah : mama sentiasa ada untuk kamu --- ohhh... syahdunya :) :) :)
  1. suami tak payah dengar rungutan saya tentang pesakit saya..."abang,patient saya tu camni camtu pastu bla bla...."(kurang dosa mengumpat he he)
  • saya belajar menerima keadaan pesakit saya seadanya... pesakit ku amacam? rindu tak dengan bebelan saya ha ha ha (gelak gaya jahat....)
  1. mengemas rumah...hari hari boleh 
  • benda paling best adalah kene mengemas rumah dan mengurus tiga orang anak.... sungguh mengujakan/sampai terlupa kemas rumah
  1. set up play room untuk anak-anak
  • in the end their playroom is on my lap, my bed and my shoulder. no need new room or new place , my dear babies ...
  1. baca quran...insyaAllah khatam...nak cuba
  • trying keep trying ... ya Allah mudahkan lah
  1. tulis buku
  • anybody wants to pair up with me? ... i need a pair/ co author --- i'm  half completed (konon....)

Thursday, October 11, 2012

TUHAN, LEMBUTKAN HATI DIA

Salam... hai rasa nak menyanyi ala gaya Hafiz ... untuk lembutkan hati si dia... 
tak yah nyanyi la ... buat menangis cik abang.
saya kongsikan doa melembutkan hati suami/isteri/anak2...
“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir."
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut.
 “Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir."Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) 
Selain daripada itu amalkan doa ini : 
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami/isteri/anak ----sebut nama) sepertimana Engkau lembutkan besi.
(Doa Nabi Daud)
  moga bermanafaat untuk semua =)

Friday, September 28, 2012

TAYAR PANCIT

adoi...tengahari tadi lepas balik dari bank in duit raya bebudak kemudian baru saya perasan tayar saya pancit.Patutla masa drive tu berbunyi pek..pek..pek...da dikatakan perempuan macam tu la. apa pon tak boleh....takkan saya nak setel seorang...mau berpeluh nih...terpaksa lah call ex tunang saya tolong saya ...ye lah dari x de orang lain kira ok lah...x dapat dah otak nak fikir mana workshop.alhamdulillah...dia pon datang tolong saya. kat bonet tu dia pun cari jack dan barang barang nak tukar tayar. kan saya da kata apa pon tak boleh saya ni bab bab kete.
wah...tengok dia punya pulas pulas tayar tu sampai saya naik kesian...berpeluh peluh..sepenuh hati.Dah la saya bawak anak anak tengahari tu (baik punya plan...)
tapi ex tunang saya kata "x pe...yeen dok dalam kete..tengok anak anak...."
sweet,kan....?
pastu tengok dia angkat tayar tu pasang yang baru dan simpan dalam bonet...saya tanya nak air ke? dia pun geleng geleng...lepas dah siap tu dia cakap masa nak kuarkan tayar tu ketat nak pulas...saya bagitau yang tayar ni dah empat tahun tak pernah tukar...lepas dah siap ex tunang saya tu pun drive kereta tu balik rumah.
ehh...giler ape ex tunang saya ni?....
untuk pengetahuan ex tunang saya tu suami saya....ha ha ha
anyway thanks abang sebab sentiasa sweet ngan saya
walaupun saya ni garang suam suam kuku he he he =)