Destinasi Cinta
Mestica
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…
sumber : http://hijjaz.com.my
Sunday, January 30, 2005
datang melawat...
bismillah...hujung minggu kami sekeluarga menerima tetamu dari kajang. abang asmadi, kakaknya dan anak sedara dia. emm hasrat cuma nak kenal2 je. tapi saya malam tu letihnya membuat persiapan. ibu terpaksa bangun awal untuk melakukan apa yang patut. masing2 punya debar yang tersendiri. selepas ini akan bermulakah episod baru? hanya masa yang kan menjawabnya dan lebih tepat hanya Tuhan yang tahu...
Dia suka awek dia (dapat dari friendster : Kairel)
Dulu2 kan kita ada friendster
Aku tak sangka aku amik benda ni dari friendster cchoolmate aku kat sekolah
*sorry mamat ni aku tak pernah tegur pun kat sekolah (u know i kan pemalu)
cuma sebab ada benda baik, sajer la aku share moga ada pahalanya (kot)
Thursday, January 27, 2005
Kampung Sentosa Semenyih
Tuesday, January 25, 2005
setelah abis exam
bismillah setelah abis exam ni...barulah boleh berfikir secara waras skit. klau tak asik teringatkan benda yang nak dibaca, diskusi seminar la, study group emm satu lagi aku tak setel kan lg family case study aku. sebenarnya dah nak siap tapi aku tengah buntu tak tau nak goreng apa lagi kat dalam discusssion. kang goreng bebanyak terus hangus...ada lah perkara yang aku kena fikirkan contohnya buku apa yang kena guna untuk next posting, nak buat pa weekend ni, kena study apa untuk posting surgery...emm benda benda kecil yang telah berjaya diperbesar2 kan.
Subscribe to:
Comments (Atom)

