Thursday, April 28, 2005

salahkah aku

entah...sudah bingung agaknya. aku cuba tatap buku physiology tapi yang keluar dalam otak cuma kosong. gagal menproses sebarang data. jadi hasilnya tentu sahaja TIADA. kenapa? aku sibuk fikirkan tentang apa?

Ya tuhanku
Mengapa hatiku tidak dapat menumpu?
adakah kerana maksiat yang menimpa
atau ini kerana dosa2 lama yang belum terampun olehMu

ampunilah dosa2 ku
jika Kau tak ampuniku
seseungguhnya daku termasuk di kalangan orang2 yang rugi

aku tahu hatiku tak tenang.
bukan pun sebab faktor luaran sedangkan dalaman pun belum terhitung lagi keadaannya.
sulit aku meluah kerana aku enggan meluka.
adakah patut aku dipersalah seandainya kerna suatu berlaku kerna kita tak sempurna. mengapa mahu mempersalah kan orang lain?
mengapa kau tak menghitung dan menjadi buta terhadap kesalahan dan kesilapan sendiri. mengapa mahu menghebah rasa pada yang tidak selayaknya.
kau fikir sekalipun kau benar semua masalah kan pudar?

jangan kau silap dengan manusia.
nanti jika enggan mereka memaafkan kau
Tuhan pun tak mahu ampunimu
bagaimana dibasuh hitam dosa itu
sedang usia dan waktu semakin laju berlalu

nanti ke mati
pun kau masih memikul derita
muhasabah dirimu adalah sebaiknya
tak mahu kau tergelincir dari arus mawaddah...

Tuesday, April 26, 2005

penubuhan IFC

PENUBUHAN IFC

1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. 2

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.

Kronologinya seperti berikut:
• Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
• Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
• Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.
• Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4 , JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
• Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
• Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC? 6

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

5. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:
1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. 7
2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.
Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
• Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948• Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
• Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
• Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
• Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
• Deklarasi Vienna dan plan tindakan.
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.
3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.
4. Orang Islam bebas untuk murtad Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan ‘setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)’. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.
5. IFC berhak menentukan status agama seseorang. Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

6. Apakah sikap PM dan menteri?

Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan IFC cuma ditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya, Dato’ Sri Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakat bersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Ini kerana moral adalah hak peribadi individu dan kewujudan undang-undang untuk mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia. Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan undang-undang Islam tidak boleh digunakan untuk mengawal akhlak orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak terpakai dalam kehidupan individu. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket “hak asasi manusia”. Kenyataan ini nampaknya selari dengan tuntutan IFC.

7. Apakah sikap kita?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC dan mengutuk sikap Umno yang bersekongkol dengannya . Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.Jika anda mencintai Islam, anda sepatutnya menyebarkan risalah ini...

nak lagi?
Tercabarkah Islam, : Asimilasi agama, natijah di sebaliknya
Have dialogue, but leave Islam alone

Monday, April 25, 2005

berehat lagi :)

bismillah hari ni hari isnin. patutnya saya ke hospital. tapi kawan menyarankan kita tinggal di rumah dan membuat analisis. kemudian kawan saya memberitahu kita tak perlu memulakan analisis kerana proposal kami blum pun dijenguk Dr Rizal. jadi pagi ni berehat lagi lah saya..saya sebenarnya tak mahu cuma berehat. tapi bila saja mata saya mula menatap buku cuma beberapa points telah melemahkan otot2 mata saya. saya rasa minda saya akan tumpul jika saya tidak melakukan apa2 untuk membaca. cukup sekadar melihat beberapa tajuk penting saya akan membaca dan mengingati. selebihnya saya berfikir apa dan kenapa. saya rasa dengan ini saya fikiran saya kan lebih tajam dan mantap. doakan saya menghadapi cuti penuh dugaan ni...

Thursday, April 21, 2005

cinta islamik

* aduh panjang sekali...ni artikel dari dari hanan.com.my
* moga dapat faedah sedikit sebanyak daripadanya
Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai keduniaan semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. cinta seperti ini lebih ke arah rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Hakikat percintaan yang dibenarkan oleh islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yangbersyariatkan islam. kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih kearah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya.jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam. oleh itubagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan islam? cinta di dalam islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating. malah org yang bercinta di dalam bentuk syariat islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan untuk menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. malah org yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dan bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat. semakin kerap berhubung akan menjadi semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. atas dasar apa rindu yang teramat sangat? sedangkan hakikat rindu yang sebenarnya ialah rindukan Allah. org yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman.bukankah di dalam islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan. cinta berasaskan islam ialah cinta kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan.Malah cinta di dalam islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat didalam diri respondennya ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanan dan keutuhan dan pendirian responden.jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran-cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. maka tidak ada dua, tiga atau empat sikap jatuh cinta dalam satu masa. Malah, masalah sama ada sayang atau tidak sayang timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama meningkatkan iman andai kata terbina ikatan yang diakhiri ukhuwah di dalam percintaan yakni ikatan perkahwinan.cinta berasaskan islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhuwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. bukan seperti sebahagian anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang(love at the first sight), dan juga dengan hanya tautan kata-kata. sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta.sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh org yang dicintainya. tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andai kata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. ada yang jadi baik dan bercakap baik-baik di depan org yang dicintainya. maklumlah org yang dicintai itu seorang yang beriman. tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain pulalah membebel entah apa-apa kerana itulah dirinya yang sebenar.sebab itu didalam konteks perhubungan cinta sesama islam , jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari.semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang dicintanya itu layak atau tidak untuk dicintai. sungguh pun dikatakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak didalam dirinya maka itu lah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.begitu juga dengan anak-anak gadis kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jgn mudah terusik hati.perhatikan agamanya,kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang ke arah ketidakfahaman konsep berasaskan islam.uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.ini tidak,anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.benarkah begitu? sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. bukankah akhlak yang cantik terbina terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik? bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik, iaitu apa? tentulah sekali dengan meminang wanita itu sebab wanita itu bukan calang-calang imannya tentulah terfikir di hati mereka "akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberi cintanya pada aku, akulah org yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh islam dan Allah ta'ala" oleh itu kata-kata bidalan " berkawan biar beribu, bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks islam dan patut ditambah "bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh islam". disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.akhir kalam, hanya jauhari sahaja yang mengenal manikamnya yakni hanya org org yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan org yang patut dicintainya kerana hanya org yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik, di situ sudah menampakkan penilaiannya dimana jodoh yang baik adalah untuk org yang baik dan begitulah sebaliknya. kerana org yang tidakbaik , tidak menyanggupi untuk hidup bersama org yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.
berkata Imam Nawawi: "aku menyintaimu karana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"..

HTAR

bismillah. semingguan saya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. saya sebenarnya sedang menjalankan projek di sini di samping mengasah otak dan bakat dalam bidang O&G yang telah 6 bulan saya tinggalkan opps...sementara menumpu perhatian pada posting lain. pada saya hospital ini antara hospital tersibuk di Malaysia. memang benar. seorang nurse di sini mengatakan bilangan kelahiran bayi di sini kini mencapai ranking kedua selepas HKL iaitu antara 30-40 deliveries per day. patutlah labour room tidak pernah sunyi dari penghuni bakal2 ibu baru mahupun lama. bila bayi dilahirkan tergambar begitu bersyukurnya mereka kerana telah selamat menempuh kesakitan selama mengandung dan proses kelahiran. seronok melihat baby2 di sini. comel btul. wajah tanpa dosa itu serba kemerahan. rasa nak picit2 pipinya yang mongel :)