Friday, August 03, 2012

JIKA CUTI 3 BULAN

assalamualaikum


salam hari jumaat yang barakah dan ramadhan yang telah menghampiri ke pertengahan bulan....alhamdulillah!
saya sedang apply cuti tanpa gaji selama tiga bulan untuk menjaga anak kembar saya. cuma sekarang saya sedang berkira apa yang saya nak lakukan sekiranya cuti saya diluluskan....
  1. rehat sepuas2nya....syiok betul. boleh baca buku sambil baring-baring he he
  2. buat bisnes dari rumah - konon!
  3. boleh update blog hari-hari
  4. facebook....jangan cakap la.sampai da naik meluat tengok akaun sendiri he he (tiada lagi akaun fb berkulat...amboi)
  5. ajar anak saya membaca
  6. peluk dan cium anak dengan gembiranya tanpa stress
  7. suami tak payah dengar rungutan saya tentang pesakit saya..."abang,patient saya tu camni camtu pastu bla bla...."(kurang dosa mengumpat he he)
  8. mengemas rumah...hari hari boleh 
  9. set up play room untuk anak-anak
  10. baca quran...insyaAllah khatam...nak cuba
  11. baca buku....
  12. cari maklumat konon nak tulis buku....tema? kene tanya bos nih