Friday, July 06, 2012

BERBELANJA UNTUK ANAK KEMBAR

Ramai antara kita yang menganggap perbelanjaan untuk anak anak kembar pasti memerlukan bajet yang besar…memang benar dan untuk beberapa perkara sebenarnya kita mampu berjimat. Saya bagi tips iya? :
1. Barangan percuma sebenarnya memang wujud. Anda mungkin pernah mendengar mom’s bag yang diberikan secara percuma kepada ibu ibu yang telah selamat melahirkan bayi. Seronok kan?manfaatkan sebaik baiknya. Simpan dan gunakan barangan percuma ini. Lihat : mamababyworld.com.my
2. Sekiranya anda adalah peminat untuk jenama tertentu, semak jika syarikat tersebut ada memberikan program mata ganjaran yang membolehkan anda menukar mata untuk barangan tertentu seperti permainan kanak kanak, sampel produk, keperluan harian bayi dan hadiah hari jadi. Jadi setialah kepada produk tersebut dan manfaatkan mata ini.
3. Lampin pakai buang kadangkala agak mahal. Kepada yang ‘green’ bertukarlah kepada lampin kain yang trendy. Berbaloi untuk wang dan boleh bertahan untuk untuk dua atau tiga generasi.
4. Beli secara pukal. Selain menjimatkan masa tenaga dan harga barangan pukal selalunya akan member penjimatan RM5-10.jika anda memang pandai mencari tempat yang menawarkan harga yang lebih murah itu sudah lebih bagus. Saya cadangkan speedmart 99 (Selangor) dan kedai ubatan cina. Boleh juga semak promosi mingguan pasaraya borong seperti Tesco atau Giant
5. Jualan murah/gudang/ penghabisan stok adalah kegemaran saya. Untuk seorang yang pandai berbelanja, jualan seperti ini adalah penting untuk berjimat (bukan untuk berbelanja sakan). Selalunya item adalah sedikit rosak hampir tamat tempoh, second hand atau ‘dikembalikan’. selalunya harga di jualan ini jauh lebih murah dari harga pasaran. Ambil sedikit masa untuk menilai dan pastikan harga nya berpatutan.
6. Pernah dengar kedai bundle atau ‘cash coverter’?anda mungkin boleh jumpa sesuatu yang diperlukan di sini. Cuma saya tidak cadangkan anda membeli peralatan elektrik atau barangan yang melibatkan keselamatan di sini.
7. Pinjam sahaja dari saudara mara atau rakan. Sesetengah barangan kita hanya gunakan beberapa kali sahaja. Contoh seperti katil bayi, kerusi makan, stroller dan sekiranya mereka bermurah hati untuk meminjamkan kepada anda, memang anda bertuah!.kan sharing is caring :)

No comments: