Friday, April 24, 2009

taj mahal cinta

salam tengahari jumaat
alhamdulillah dapat ku bertemu di laman internet pada masa rehat jumaat kali ni...
berlalu sudah jumaat minggu lalu meninggalkan debu2 kenangan
minggu ni masuk minggu ke dua puluh kandungan
insyaAllah separuh lagi perjalanan alam rahim yang bakal ditempuhi bakal bayiku
bayi sudah mula menunjukkan pergerakan
kadang2 lebih pada waktu pagi
kadang bila ku mula melelapkan mata. seolah minta aku berkata2 dengannya...
belum scan jantina lagi apatah lagi kesibukan menyebabbkan tak sempat ke mch.tunggu scan dr. hamidah awal bulan depan sahajan la.moga2 semuanya baik.


Nubhan - Aku Untuk Mu
Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Friday, April 10, 2009

ADAM & POHON KHULDI

Di dalam syurga terdapat banyak buah-buahan yang bermacam bentuk dan rasa. Semua buah-buahan itu boleh dimakan oleh Nabi Adam dan isterinya, Hawa. Terdapat juga sepohon pokok yang sangat besar iaitu pohon Khuldi.
Allah telah melarang Nabi Adam dan isterinya mendekati pokok itu, apatah lagi memakan buahnya. Tujuannya ialah untuk menguji ketaatan mereka terhadap Allah, di samping menahan hawa dan nafsu mereka. Dengan ketaatan mereka, Allah dapat memberi kesempatan untuk mereka terus tinggal di dalam syurga untuk bersenang-lenang dan bersuka ria.
Allah memberikan peringatan kepada Nabi Adam dan isterinya supaya menjauhkan diri daripada iblis. Jangan menurut kata dan ajakan iblis kerana iblis sudah terang-terangan menyatakan dirinya sebagai musuh Nabi Adam dan keturunannya buat selama-lamanya.
Iblis juga sedaya upaya berusaha siang dan malam tanpa rasa jemu dan berputus asa, untuk menjauhkan Nabi Adam dan keturunannya daripada terus hidup dalam kebahagiaan.
Allah berfirman kepada Nabi Adam, "Wahai Adam! Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu. Dia akan selalu menggoda engkau berdua agar engkau berdua terusir pula dari syurga ini sehingga engkau hidup sengsara. Di syurga inilah engkau berdua akan dapat hidup bahagia, tidak akan menderita lapar dan susah".
Bagaimanapun, keimanan Adam dan Hawa sedikit sebanyak telah tergugat apabila digoda oleh iblis. Iblis yang iri hati sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan mereka berdua dengan cubaan berpura-pura baik.
Ia memberi nasihat kepada Nabi Adam dan Hawa sekiranya mereka makan buah Khuldi tersebut, mereka akan menjelma sebagai malaikat. Ia juga menggoda mereka dengan menceritakan kelazatan buah Khuldi dan keharuman pohonnya.
Kata-kata itu membuat Nabi Adam dan Hawa terasa ingin mencubanya walaupun telah ditegah oleh Allah SWT. Akhirnya mereka makan juga buah Khuldi itu.
Lalu Allah mencela mereka dengan firman-Nya yang bermaksud, "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata?"
Nabi Adam dan Hawa yang mendengar firman Allah itu berasa amat menyesal. Mereka sedar yang mereka telah melakukan dosa besar. Lalu mereka berkata, "Ya Allah, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu kerana terpedaya dengan pujukan iblis. Ampunilah dosa kami, kalau tidak kami akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi".
salam
baru selesai kursus microsoft powerpoint semalam
hari ni da kene masuk klinik balik
jumaat yang indah