Monday, March 26, 2018

Bertengkar

Baru ku sedar perasaan
Pertarungan antara
Diriku bertemu diriku sendiri
Saling bergaduh
Saling bertengkaran
Akhirnya entah siapa menang
Jika kalah itu aku
Menang pun aku
Duhai jiwa
Berdamailah
Hadapilah
Segala kekalutan ini dengan menyembah Allah

Friday, March 16, 2018

Mencari jawapan

Meja kerjaku berselerak. Sepertimana otakku kala ini. Penuh. Tepu.
Ku keluarkan sebuah buku
Tertulis muka depannya *21 formula hidup luar biasa* . 2 tahun lalu aku telah baca. Kini kutatapi semula naskhah ini untuk seolah memohon jawapan pada masalah jiwa ini. Sungguh sukarnya ku menelan ujian ini. Namun ku gagahi dengan kekuatan yang ada. Ku yakin ujian ini dapat kulalui. Ya Allah ku memohon kekuatan dari Mu. Permudahkanlah aku.

Friday, March 09, 2018

Kembali bercinta

Sayang,
Ketika ujian dan cabaran hadir dalam perkahwinanmu..

Ketika ada kekecewaan datang bertamu..
Ketika ada kebencian yang terbit di hatimu..
Ketika hatimu dah tak mampu memaafkan dan bersabar..

Dan ketika langkahmu kaku dan tak mampu melangkah..

Bersujud dan berdoalah kepada Dia Sang Penguasa Alam..  Dan ucapkanlah..

Duhai Tuhan Yang penuh misteri dengan kasih sayang yang tak mampu mata dan fikiran ini jangkau,

Kau Maha Tahu apa yang telah berlaku dan akan berlaku dalam hidupku.

Kau yang mengizinkan hati ini terbuka untuk menyayangi suamiku dan terbinanya perkahwinan ini. Dan dengan izinMu jua perkahwinan ini kekal sehingga hari ini.

Terima kasih kerana menghadirkan suamiku sebagai wakilMu untuk menjaga dan menyayangiku selama ini.

Terima kasih kerana telah melembutkan hatinya untuk bersabar menerima kekurangan dan ketidak sempurnaanku.

Terima kasih kerana telah menghadirkan kebahagiaan dan cinta dalam hubungan ini.

Ajari hatiku agar sabar dengan kekurangan suamiku sebagaimana Kau sabar dengan kekuranganku.

Ajari hatiku agar menerima dan menyayangi suamiku sebagaimana Kau menerima dan menyayangiku sepenuhnya tanpa syarat.

Izinkan aku memandang suamiku dengan penuh belas kasih, sebagaimana Kau memandang kesalahanku dengan penuh belas Kasih dan kemaafan.

Duhai Tuhan Yang Maha Menjaga dan Maha Mengatur yang terbaik buat kami,

Fikiranku terbatas dan ada kalanya tersalah sangka.
Langkah ku lemah dan sering lalai.
Hatiku sering berbolak balik dengan nafsu dan keserakahan.

Hari ini aku serahkan hidupku, suamiku, anakku dan perkahwinan ini kepada Mu Ya Allah..

Kerana Kau lah yang Maha Bijaksana mengatur apa yang terbaik buat aku, suamiku dan keluarga ini.

Tunjukkan aku jalanMu
Bimbing aku ke JalanMu
Didik hatiku agar bersujud pada ketentuanMu

Terima kasih kerana sentiasa menjagaku, suamiku, anakku dan keluarga ini.

Aku memohon keampunanMu Ya Allah
Maafkan aku Ya Allah
Terima kasih Ya Allah..
I love you Ya Allah 🙏 💕

Saya c&p sebagai penguat hati
#ehati #ajarihatiku #kembaliBercinta #ehatiLoveRenewal