Friday, September 28, 2012

TAYAR PANCIT

adoi...tengahari tadi lepas balik dari bank in duit raya bebudak kemudian baru saya perasan tayar saya pancit.Patutla masa drive tu berbunyi pek..pek..pek...da dikatakan perempuan macam tu la. apa pon tak boleh....takkan saya nak setel seorang...mau berpeluh nih...terpaksa lah call ex tunang saya tolong saya ...ye lah dari x de orang lain kira ok lah...x dapat dah otak nak fikir mana workshop.alhamdulillah...dia pon datang tolong saya. kat bonet tu dia pun cari jack dan barang barang nak tukar tayar. kan saya da kata apa pon tak boleh saya ni bab bab kete.
wah...tengok dia punya pulas pulas tayar tu sampai saya naik kesian...berpeluh peluh..sepenuh hati.Dah la saya bawak anak anak tengahari tu (baik punya plan...)
tapi ex tunang saya kata "x pe...yeen dok dalam kete..tengok anak anak...."
sweet,kan....?
pastu tengok dia angkat tayar tu pasang yang baru dan simpan dalam bonet...saya tanya nak air ke? dia pun geleng geleng...lepas dah siap tu dia cakap masa nak kuarkan tayar tu ketat nak pulas...saya bagitau yang tayar ni dah empat tahun tak pernah tukar...lepas dah siap ex tunang saya tu pun drive kereta tu balik rumah.
ehh...giler ape ex tunang saya ni?....
untuk pengetahuan ex tunang saya tu suami saya....ha ha ha
anyway thanks abang sebab sentiasa sweet ngan saya
walaupun saya ni garang suam suam kuku he he he =)

Wednesday, September 26, 2012

RUTIN BABYSITTING SAYA

Ni rutin saya baby sit anak anak kembar saya :
  • 6 am : 
    • Bangun solat subuh 
    • susukan alya aisyah
    • tukar lampin - selalunya bergilir, alya akan bangun dahulu kemudian kejutkan aisyah...alya da pandai duduk bouncer, jadi sambil menyusu aisyah sambil goyang bouncer alya. selalunya diorang tak meragam, lain kalau mama terlajak tidur, terlambat menyusu alya akan membunyikan siren menangis dulu ;)
    • selepas nenyusu alya selalunya akan tertidur dan aisyah akan bermain dalam katil sampai tertidur. alhamdulillah pandai tidur sendiri tapi ada juga lah sesi one to one soothing, touching and crying hu hu!
    • masa ni mama boleh buat keje rumah, sarapan, memasak, pam susu, main internet, sambung tidur time tak keje la... mama pun perlukan waktu dan ruang sendiri supaya tidak stres. boleh buat rutin ME TIME sendiri ya.
  • 10 am : 
    • bangun tidur da alya aisyah 
    • Mandikan seorang demi seorang, siapkan barang barang dahulu supaya tidak kelam kabut. barang biar dekat dan kalau boleh tak banyak gangguan. 
    • MASA UNTUK MANDI SAYANG. Pastikan telefon berdekatan supaya kalau bunyi atau kecemasan anda tak pening. masa mandikan baby tak mengapa tak jawab telefon. Jangan lupa urut bayi supaya dia selesa dan kita dapat bonding dengan mereka. Ini membantu mereka tidur lena dan membesar dengan baik. Selalunya ambil masa sejam tapi rekod terpantas adalah 30 minit tapi cincai dan berterabur
  • 11 am : 
    • turun menonton TV saya akan beri masa untuk baby tonton TV atau CD
  • 12 pm : 
    • papa pergi sekolah 
  • 12-1 pm : 
    • ajar alya aisyah pakai botol - supaya senang hantar ke pengasuh nanti lepas mama naik kerja...till now masih breastfeeding alhamdulillah
  • 1 pm : 
    • sekarang ni sistem giliran bermula...alya akan bergilir gilir bermain dengan aisyah dan mama. diorang lain lain perangai, lain2waktu tidur, lain2 mragamnya...
  • 2 pm : 
    • solat dan setel kn keje rumah...klau sempat bertenet...bbudak tidur serentak biasanya dalam pkul 3. bolehla nak buat apemende, tido ke, masa ni boleh memasak cuba resepi baru
  • 5 pm : 
    • solat asar dulu supaya mgelakkan diri terlajak.bukan apa, things unpredictable, masa tu la bb nak susu, dgn buang air nya, ngan kene mandi lagi, ada kawan order barang la, ada orang datang la ish...macam-macam
  • 6 pm : 
    • masa mandi bebudak...pakai baju dan urut bayi...rutin seperti di atas (kes malas tulis nih)
  • 7 pm :
      • my hubby balik ngan anis...anis ni kakak sulung. klau dia balik make sure all the things done, klau tak pening da mama oiii...sibuk nak mandi ngan adik2 ngan semua toys dia dalam bilik air tu...
  • 8 pm :
    • time for dinner dan solat bjemaah (masa ni je yang sempat). masa untuk bborak dan mluahkan perasaan masing2...penting tu supaya kita air out suma yang terpendam ececehhhh.....
  • 9 pm : 
    • aktiviti bebas dan homeschooling benda benda tu la....kkdg online, kkdg uruskan myusu bbdak, kkdg tido tengoklah hari hari tak sama punya....
  • 11 pm :
    • siapkan bbdk untuk tido...klau ada movies yang best alamatnya tidur lewat ha ha ha

Tuesday, September 25, 2012

ADOI NYA BERBELANJA...

Assalamualaikum

Anak anak semakin membesar dan secara tak langsungnya perbelanjaan semakin besar...Bayangkan membeli keperluan anak sahaja seminggu boleh mencecah RM500. Ni yang maknya tak kuat shopping, kalau yang kuat shopping? (jawapan : diorang kaya, nak) sampai telan air liur membayar keperluan 3 orang bebudak itu. Bagaimana nak mewujudkan rasa redha dan ikhlas untuk anak anak?

Arwah mak saya selalu cakap ayat ni " jangan membazir ye...mak pergi kerja siang malam bersusah payah hanya untuk anak anak" aisehhh....rindu sama mak uwaaaaaa......
Walaupun kami tidak mewah tapi keperluan tak pernah kurang. penting nya rasa bersyukur....cukup dengan apa yang ada. tidak semestinya bermewah (kalau boleh dan mampu apa salahnya). Walaupun saya sebenarnya mampu, tapi untuk bermewah adalah tidak mampu hu hu hu....tengok kawan sebelah kanan ada Blackberry tengok kiri wow.... ada I Phone 4s....saya pakai Nokia yang hubby bagi (pinjam).

*Sesungguhnya membandingkan diriku dengan orang lain dan merasa cemburu dengan harta harta mereka boleh merosakkan hatiku. Tunduk lah pandangan mataku dan hatiku untuk merasa lapang walaupun dalam kesempitan dan aku berdoa agar rezeki aku adalah berkat biarpun sedikit...*

(inilah luahan hati orang yang tidak bergaji...
tak mengapa untuk mu...anak anak..)


istimewanya cuti tanpa gaji saya kali ini....
walaupun tanpa gaji :
suami yang memahami
keluarga yang memberi sokongan
keperluan harian sentiasa cukup
kereta masih mampu dibayar
duit rumah masih boleh dilangsaikan
masih mampu bersedekah dengan wang bisnes kecil kecilan saya
hati tetap tenang
dapat membezakan antara teman yang setia atau mengambil kesempatan
melenturkan rasa bongkak dan tinggi diri
meyuburkan rasa kehambaan yang tinggi

saya berharap bila saya bekerja nanti mudah mudahan rezeki saya terus murah dan walaupun bukan dalam bentuk wang atau pun harta namun Allah tetap melimpahkan saya rezeki anak anak, tubuh yang sihat, keluarga yang sayang menyayangi...itulah rezeki saya sebenarnya! SUBHANALLAH........

=)

Monday, September 10, 2012

TIPS MENCARI PENGASUH (UPDATED VERSION)

Assalamualaikum
Saya sedang sibuk mencari pengasuh si kembar aisyah dan alya.
susah sebenarnya...lagi kalau nak yang menepati piawaian hu hu hu
apa piawian nya (amboi...kau bukannya nak buat quality check pun cik kak....)

Alhamdulillah kegusaran mencar pengasuh agak kendur. Setelah saya di hampakan beberapa kali akhirnya saya berjumpa dua orang pengasuh yang sudi menjaga kembar saya. Masa raya sempatlah kami pergi melawat. Dua dua pengasuh ni amatlah ok cuma saya sedang memikir baik dan kurang baik dari segi tempat, masa, jarak dan kecemasan.
walaubagaimana pun tips mencari pengasuh saya coretkan di sini untuk panduan kita semua....



Bagaimana memilih pengasuh yang sesuai :

  1. Percaya atau tidak, percayakan suara hati anda - ala...macam cinta pandang pertama - tapi saya nak tekankan tak semua kata hati tu betul cuma jika anda ada keraguan pohon pencerahan segera.
  2. Aturkan sesi pertemuan untuk perbualan ramah mesra dengan pengasuh dan mengumpul info tentang dia.
  3. Dalam pertemuan biasanya orang akan bertanya soalan yang umum dan tertutup : “ok ke jaga bayi?” “oh…ok je…” . tapi cuba tanyakan soalan yang spesifik dan bersifat terbuka contoh bagaimana jika salah seorang dari mereka meragam dan bagaimana bayi anda diuruskan sekiranya berlaku kecemasan.(ha...mau terkebil pengasuh tu...).
  4. Jika boleh di rumah pengasuh,dia ada peneman takut takut sekiranya sesuatu kecemasan berlaku.
  5. Bawa anak anda untuk bertemu pengasuh dan lihat reaksinya sewaktu berinteraksi. Masa ni anda boleh lihat sama ada pengasuh ini penyayang atau cengil atau jenis lembut atau apa apa la...
  6. Aturkan sesi percubaan bersama pengasuh jika boleh. supaya anda boleh lihat kesesuaian dan keserasian. Mana tahu tak serasi bolehla anda cari yang lain. 
  7. Lihat juga faktor keselamatan seperti keadaan rumah, susunatur barang perabot dan keadaan dapur serta bilik air.
  8. ada juga yang menekankan isu kos dan upah mengasuh...ini semua boleh dibawa berbincang.
  9. faktor jarak dengan rumah dan tempat kerja juga penting.
  10. selain anak, anda juga perlu serasi dengan pengasuh. bersikap terbuka dan pengasuh anda juga boleh menerima pandangan dan mesra dengan anda. jadi jika timbul apa apa masalah anda tidak bersifat memendam dalam hati.
  11. solat istikharah jika kes macam saya. kita tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita...jika kita tidak tahu tanyalah kepada YANG MAHA TAHU =)