Friday, August 20, 2004

doa qunut

aku memang tak tau nak tulis apa lagi dah. aku angkut maksud doa qunut ni dari email aku.harap2 kita semua sentiasa tenang dan sentiasa di bawah rahmatNya - maksud doa Qunut yang saban hari kita bacakan dalam solat seharian kita : Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan
padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau
tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak
mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala
macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta
ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi
yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

aaaa

aaa ngantuknya hari ni dah lah kene antar 2 partogram ok..ok ye la aku buat kerja last minute tu pasallah tak cukup tidur. pagi ni ada kuliah. yang tak best nya bila dr masuk dia kata nak buat tutorial. wei matilah aku tak baca buku malam tadi. mana tak nya aku on call sampai pkul 3 pagi. sampai kat bilik je terus letak kepala atas bantal. tak larat deh...partogram tah ke mana buku pun tah ke mana..tapi yang seronok aku dapat conduct 2nd delivery. hem...lepas lecture ade ward round lak ngan prof jamil. bingung..bingung. tahhape hapetah yang kitorang jawab. muka sorang2 dah tak gembira sebab tak baca buku. kesian kat prof (geleng kepala2x)alamak aku btul2 lupa aku kena jumpa dr lilian. habis a...ok lah aku memang tak pandai nak uruskan masa tapi aku rasa aku kena manage jugak untuk cuba baca buku. harap2 aku mampu mengharungi kehidupan o&g yang penuh cabaran ni dengan sabar dan tenang.amin...

Saturday, August 07, 2004

ha ha

bismillah emm teringat aku pada kebiasaan pagi aku akan duduk menggosok pakaian sambil mendengar walkman. selalunya aku akan mendengar celoteh dr hm tuah yang selalunya akan berkata tentang hari yang cemerlang. "hari ini macam biasa saya rasa luar biasa hebat" emm kan bagus kalau aku boleh rasa sepertinya... setiap hari

Thursday, August 05, 2004

cuti yang singkat

bismillah, cuti yang singkat ini sukar sekali aku memanfaatkan sebaiknya dengan mentelaah buku kerna aktiviti harian ku selalunya dipenuhi rutin melayan anak buah, menonton tv dan mengemas. selebihnya lebih kepada berehat dan tidur. harap aku mampu menjadi lebih baik setelah apa yang aku lalui di posting psikiatri. aku terserempak dengan an seolah2nya mahu aku meleraikan kekeliruan aku dan dia. dan dalam kesempatan itu aku memberitahu aku tidak kisah dengan cd yang dia pinjam atau dengan apa yang dia beritahu aku pada tempoh hari. aku cuma mahukan hubungan persahabatan dan ukhwah antara umat ini tidak putus kerna soal perasaan. sempat pula memberi nasihat dan saling bertukar pendapat. tak kisah biar apa pun yang orang lain perkatakan...tetapi andai itu aku rasakan terbaik pasti itu yang aku lakukan. kan tidak layak aku menilai seseorang melalui zahir atau masa lalunya. aku jua punya masa lalu yang tidak semanis mana. lantas mengapa pula kita menjadi seorang pengkritik?

Wednesday, August 04, 2004

10 Wasiat Hassan al-Banna

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyangserta-mertawalaubagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilahke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlahmembuang masadalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arabyang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipunkeranapertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasaberhubung denganAllah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedangberjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yangdikehendakioleh pendengar kerana percakapanyang nyaring ituadalah suatu resmiyang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,mengecampertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakapmelainkan apa- apayang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yangditemui kerana asasgerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan danberkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masayang ada padakita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknyadanringkaskanlah perlaksanaannya.

Monday, August 02, 2004

beza lelaki dan wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA