Wednesday, December 29, 2004

tsunami

bismillah segala pujian bagi Allah. hari ke tiga dalam minggu terakhir dalam tahun 2004. ini bermakna 3 hari sebelum tahun baru. tentu ramai yang ingin pulang meyambutnya di rumah. mungkin di kolej sahaja. lagikan abang asmadi pun pelik bila aku katakan aku tidak dapat pulang pada minggu ini. sedih sahaja mukanya. banyak perkara yang aku pelik namun aku tahu bahawa ini semua adalah kuasa Allah... entah...tetapi aku tahu bahawa hati aku agak berbolak balik sebenarnya. aku hanya mahu memohon agar semua nya sentiasa di bawah lindungan Allah. emm ahad lepas yang gempar dengan berita tsunami melanda persisiran pantai semananjung terutamanya laut pulau pinang dan pantai kedah. salmah yang berada di pulau pinang menceritakan pengalaman mengalami gegaran akibat gempa bumi di sumatera itu.
andai kasturi hilang harum, mawar tak berkuntum, cinta tak bersambung...

Sunday, December 26, 2004

hidup ini

bismillah walaupun hidup penuh ranjau, cubaan dan rintangan itu tak bermakna kita perlu takut. oleh itu mengapa dijadikan mentari pada siang hari dan bulan pada malam hari? itu bermakna hari hari baru akan sentiasa menanti. aku begitu resah dan risau dengan apa yang bakal berlaku namun sekiranya aku tak memiliki keberanian itu aku tak mampu melangkah meneruskan kehidupan ini.

Tuesday, December 21, 2004

ya Tuhan Ku

Ya Tuhan Ku
Tidak dapat aku melelapkan mataku pada malam yang mendamaikan hati ini, terselit rasa bersalah pada diri ini.
Ya Tuhan Ku,
Kurniakan lah daku ketenangan di setiap ruang kehidupan, di setiap hembusan dan di setiap denyutan.
Berikan daku kelembutan hati unutk menghadapi dugaan dan kemarahan,
Berikan daku air mata agar mampuku rembes untuk mengucap kesyukuran pada Mu.
Wahai Tuhan Ku,
Kurniakan daku rahmat dan petunjuk Mu jua kepada orang orang yang daku sayangi.
Lindungialh mereka seperti kau lindungi orang orang yang Kau sayangi, kurniakan kami pengakhiran yang baik dan tunjukkan lah kami jalan Mu yang benar...
Kurniakan kami semua kejayaan dalam Agama Mu dan kebahagiaan dunia dan akhirat...
Ya Allah Ya Tuhan Ku
Yang maha Berkuasa Lagi Maha Mengasihani...
Ampunilah daku, ibubapaku, kaum keluargaku, guru guru ku, pejuang agamaMu, seta muslimin dan muslimin yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia
Amin...

penuh dengan dugaan

bismillah...Pagi ni aku dan 3 orang rakan yang lain perlu mengadakan lawatan pembelajaran ke HOSPIS Malaysia. Dekat je dari HUKM. Tapi klau jalan kaki penat la kot. Ok juga. Pagi ada discussion tentang pesakit terminal illness and a very brief interactive discussion about pain management for cancer patients. Sepatutnya kami kena lah ikut home visit ke rumah pesakit mereka tetapi memandangkan kami ada kelas petang ni dengan Dr. Tong so tak dapat lah join sebab rumah patients tu suma jauh2 kat selayang la kat subang jaya la. Nanti tak tau nak balik camne. Lagipun kitorang ada ”hidden agenda” sebab nak join talk kat Pusat Perubatan Primer Bandar Tasik Selatan. Emm sedih sebaik sahaja kitorang melepasi pintu keluar, Alhana dapat panggilan tepon yang nenek nya meninggal dunia pagi tadi. Innalillahi ainna ilaihirajiun...so dia kenalah pulang ke kelantan as soon as possible. As we arrived PPP at the 4th floor doctors told us that the palliative care patient that we visited last week En Ahmad had passed away yesterday…so for this I had a long pause since I knew him quite well and wrote his clinical review for doctors.
What unsuspected things to happen. Ya Allah ampunilah hamba2Mu ini. Tempatkanlah mereka bersama orang2 yang engkau redhai. Amin...

Berbaloikah pengorbanan yang daku lakukan andai telah kutahu ia takkan dihargai. Kuasa mana yang telah mendorong aku untuk hanya berdiri di sudut ini memerhati orang lain bahagia tetapi aku membiarkan diriku sendiri luka. Mana perginya api2 semangat yang aku katakan tatkala aku hanya berdiam mendengar yang kau tiada lagi mahu berada di sisi. Mengapa aku hanya merembes air mata dan tak ingin berbuat apa2. bukankah aku yang begitu teguh mempertahankan teguh cinta itu. Jangan begitu banyak sekali kau lontarkan kata2 pertanyaan mu tanpa kesempatan untuk daku menerangkannya. Aku hanya akan bahagia melihat orang yang aku sayangi bahagia. Jika dia bermuram berada di sini mengapa aku harus menahannya. Tiada guna memaksa. Aku yang perlu berkorban dan bersabar atas dugaan ini...apalah dayaku andai ia kisah kami bakal menjadi dedebu di jalanan.

Sunday, December 19, 2004

serba salah

bismillah...aku g cc malam ni sebab aku nak tengok klau2 orang dari perkeso tu dah reply aku nyer soalan. abislah esok aku g ppp tanpa jawapan. aku pun dah tak tau nak tanya kat sape pasal perkeso ni. takpe nanti aku tepon lah makcik Ana tu mengenangkan aku dah berjanji nak selesaikan masalah kewangan setelah suaminya mendapat ketumbuhan otak 4 bulan lepas. emm ada tak sesapa yang nak tolong aku tak? tak sesuai btul aku tanya kat sini...

Thursday, December 16, 2004

kalut

pagi pagi lagi da kalut sebab kena follow up patient untuk dapatkan bantuan perkeso semoga Allah akan permudahkan jalan untuk membantu orang lain insya Allah

Wednesday, December 08, 2004

bismillah...punya la lama aku tunggu nak buka blog ni hampir putus asa je dibuatnya. sepatutnya bpleh je klau kau nak bukak kat makmal tapi asik penuh je dari pagi tadi. lama2 terpaksa la pegi library pastu kenalah bayar seringgit. aku baru je masuk posting family medicine. ari ni hari ketigalah. aku pun masih tak tau nak buat strategi belajar yang camner. sebabnya aku dah serik masa posting jkm aku tak sempat nak abis baca buku. berserah pada nasib je masa exam tu. harap2 lulus la. aku kenala study lebih skit sebab ilmu yang dulu2 tu cam dah berkarat sangat. pagi tadi masa cpc, nasib baik lah presentation dari opthalmology dept masih bleh difahami. emm...aku berdoa sangat semangat belajar aku tak akan luntur walau apapun yang terjadi. semoga mampu buat yang terbaik untuk semua perkara. emm kat family medicine kitorang akan ke klinik kesihatan bt 14. kenalah biasa2kan diri masa minggu awal ni. yang penting petang ni kenalah stat baca buku sebab esok ada tutorial. ok

Friday, December 03, 2004

tiba-tiba sahaja...

Tiba tiba sahaja hati menjadi sayu. Dari tepian tingkap kedengaran suara mengalunkan bacaan Al Quran. keadaan aku yang berapa sihat sejak dua tiga hari yang lalu menyebabkan aku berfikir betapa kerdilnya daku. demam dan ditemani dengan hidung yang sentiasa yang berair ini serba sedikit mengganggu rutin aku. Pabila sakit barulah aku mengakui betapa nikmatnya sihat. Ya Allah ampunilah daku....mudah2an kesakitan yang enkau kurniakan kepada kami ini menjadikan kami insan yang bersyukur. Abg Asmadi menghantar message sejak beberapa hari yang lalu kadangkala menjadikan aku serba kebingungan. Mengapa tidak sekiranya dia asyik menyatakan keseganannya kepada aku. Namun sekiranya dia tahu bahawa sekiranya ingin di bandingkan aku dengan dia, sesungguhnya pengalaman hidup itu sebenarnya lebih bernilai dari ilmu teori yang kupelajari di dewan kuliah. Bukan lah niat aku ingin memperkecilkan nilai ilmu tetapi sekiranya sesuatu ilmu jika hanya dipelajari tetapi tidak diamalkan, ibarat pepohonan tanpa buah. Aku yang masih mentah mengharungi kehidupan tentu sahaja tidak dapat lepas dari kecewa dan hampa. Bukannya semua yang daku inginkan dapat dicapai tetapi sekurang2nya aku nampak apa matlamat hidup ku yang sebenar. Semasa meeting hampir sahaja hilang kesabaran pabila seorang teman tidak mempersetujui untuk membalut hadiah yang akan kami bawa untuk ke Program Tindakan Kesihatan di Semenyih tetapi setelah aku terangkan betapa tujuan kita membalut hadiah bukanlah semata2 untuk suka2 tetapi aku lebih suka jika ada elemen ’suprise’ dalam acara penyampaian hadiah kerana aku yakin hadiah yang disediakan cukup baik nilainya. Alhamdulillah penerangan aku disambut dan disokong dengan baik. Begitulah jua jika diaplikasikan dalam kehidupan. Benda yang terlindung sering sahaja diabaikan tetapi ada nilainya mungkin lebih tinggi dari benda yang sering sahaja terdedah. Bukankah yang menjadi nilaian Allah adalah hati?
Tetiba aku mejadi terharu apabila rakan semua berganding bahu meminta sumbangan untuk program ini. Sehingga akhirnya nilai kutipan kami begitu tinggi megatasi kumpulan yang sebelumnya. Walaupun pada mulanya aku merasa tebal muka untuk mengunjukkan surat sumbangan dan sehingga terkeluar gelaran ’muka tempe’. Dan tidak syak lagi apabila saban minggu aku di Semenyih begitu galak sekali mereka memasak sambal tempe. Katanya ”demi Azreen yang ingin memohon sumbangan supaya dia mampu membuat muka tempe lagi” .ahh...sudah aku keturunan Jawa tentulah makanan itu sudah menjadi tidak hairan lagi.....

Seminggu menjelangnya program kami aku menjadi semakin tidak keruan masakan tidak jika begitu banyak perkara yang harus dilakukan dan tempoh persediaan begitu suntuk. Apa yang mampu kulakukan telah pun aku lakukan.


Wednesday, November 17, 2004

coretan buatmu

aku tak mahu menulis tentang mu teman
kerna aku tak mahu pabila aku membacanya kembali..
aku menjadi seorang yang hampa..
aku sedar aku hanya mampu mengharap..
dan pastinya tiada apa yang berlaku..
apalah dayaku teman ..
aku ini kau lihat begitu cekal di luar..
hanya punya sekeping jiwa yang goyah di dalam..
aku tak mampu tinggal seorangan lagi..
tapi siapalah yang ingin berteman denganku..
andai masih punya impian..
dan pengertian itu..
aku mohonkan keberanian..
untuk meluahkan segala kebuntuan hidup ini..
siapalah aku

about SOLAT...

He remembered his grandmother's warning about praying on time: "My son, you shouldn't leave prayer to this late time". His grandmother's age was 70 but whenever she heard the Adhan, she got up like an arrow and performed Salah. He, however could never win over his ego to get up and pray. Whatever he did, his Salah was always the last to be offered and he prayed it quickly to get it in on time.
Thinking of this, he got up and realized that there were only 15 minutes left before Salat-ul Isha. He quickly made Wudhu and performed Salat-ul Maghrib. While making Tasbih, he again remembered his grandmother and was embarrassed by how he had prayed. His grandmother prayed with such tranquility and peace.
He began making Dua and went down to make Sajdah and stayed like that for a while. He had been at school all day and was tired, so tired.
He awoke abruptly to the sound of noise and shouting. He was sweating profusely. He looked around. It was very crowded. Every direction he looked in was filled with people. Some stood frozen looking around, some were running left and right and some were on their knees with their heads in their hands just waiting.
Pure fear and apprehension filled him as he realized where he was. His heart was about to burst. It was the Day of Judgement. When he was alive, he had heard many things about the questioning on the Day of Judgement, but that seemed so long ago. Could this be something his mind made up? No, the wait and the fear were so great that he could not have imagined this.
The interrogation was still going on. He began moving frantically from people to people to ask if his name had been called. No one could answer him. All of a sudden his name was called and the crowd split into two and made a passageway for him.
Two angels grabbed his arms and led him forward. He walked with unknowing eyes through the crowd. The angels brought him to the center and left him there. His head was bent down and his whole life was passing in front of his eyes like a movie. He opened his eyes but saw only another world.
The people were all helping others. He saw his father running from one lecture to the other, spending his wealth in the way of Islam. His mother invited guests to their house and one table was being set while the other was being cleared. He pleaded his case, "I too was always on this path. I helped others. I spread the word of Allah. I performed my Salah. I fasted in the month of Ramadan. Whatever Allah ordered us to do, I did. Whatever he ordered us not to do, I did not." He began to cry and think about how much he loved Allah.
He knew that whatever he had done in life would be less than what Allah deserved and his only protector was Allah.
He was sweating like never before and was shaking all over. His eyes were fixed on the scale, waiting for the final decision. At last, the decision was made. The two angels with sheets of paper in their hands, turned to the crowd. His legs felt like they were going to collapse. He closed his eyes as they began to read the names of those people who were to enter Jahannam.
His name was read first.
He fell on his knees and yelled that this couldn't be, "How could I go to Jahannam? I served others all my life, I spread the word of Allah to others". His eyes had become blurry and he was shaking with sweat. The two angels took him by the arms. As his feet dragged, they went through the crowd and advanced toward the blazing flames of Jahannam.
He was yelling and wondered if there was any person who was going to help him. He was yelling of all the good deeds he had done, how he had helped his father, his fasts, prayers, the Qur'an that he read, he was asking if none of them would help him. The Jahannam angels continued to drag him.
They had gotten closer to the Hellfire. He looked back and these were his last pleas. Had not Rasulullah [saw] said, "How clean would a person be who bathes in a river five times a day, so too does the Salah performed five times cleanse someone of their sins"?
He began yelling, "My prayers? my prayers? my prayers." The two angels did not stop, and they came to the edge of the abyss of Jahannam. The flames of the fire were burning his face. He looked back one last time, but his eyes were dry of hope and he had nothing left in him.
One of the angels pushed him in. He found himself in the air and falling towards the flames. He had just fallen five or six feet when a hand grabbed him by the arm and pulled him back.
He lifted his head and saw an old man with a long white beard. He wiped some dust off himself and asked him, "Who are you?" The old man replied, "I am your prayers". "Why are you so late! I was almost in the Fire! You rescued me at the last minute before I fell in".
The old man smiled and shook his head, "You always performed me at the last minute, did you forget?"
At
that instant, he blinked and lifted his head from Sajdah. He was in a sweat. He listened to the voices coming from outside. He heard the adhan for Salat-ul Isha. He got up quickly and went to perform Wudhu.
Pass this on to ur friends and family, and maybe u can help someone open their eyes........ and who knows?? maybe this is a good deed that can help you during the day of judgement....right???

from Amal OdehPresident of MSA~ WSUcell - (937) 830-5433 aodeh11682@aol.com
MSAWSU@aol.com
2004-2005

Saturday, November 13, 2004

ramadhan dan raya

bismillah semenjak Ramadhan yang daku lalui dengan pelbgai suka dan duka. dari cerita solat berjemaah di surau berimamkan teman2 yang selama ini aku tak sangka akan memimpin dalam solat terawih. sehingga cerita kek batik yang menjadi hebahan. beralih kepada kisah pakcik van mengamuk kepada kami sehingga meninggalkan aku dan 3 orang lain di semenyih dan alifah terpaksa berkorban menghantar aku pulang. kisah mencari sponsor di niosh, bangi. kepada kisah edwin meminta aku menghantar kad raya kepada Prof Adeeb. emm banyak betul perkara yang berlaku. aku gagal menghabiskan bacaan khatam tahun ini. tak mengapa aku akan cuba habiskan selepas tamat Ramadan. kengkawan menghubungi untuk mengucapkan selamat hari raya. tatkala raya hampir menjelma barulah aku tahu ke mana kalian pergi ya...ibu pula sibuk menyusun atur perabut.. kami menjadi mangsa bila aturan tidak mengikut yang diingini. walaupun letih tetapi berbaloi rasanya. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

peristiwa dan manusia

bismillah...pemergian Yasser Arafat yang telah mengundang sendu kepada penduduk dunia. sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. dan pemergiannya pada bulan Ramadhan yang mulia ini mudah2an beliau ditempatkan di tempat orang2 yang dirahmatiNya.
AlFatihah...

setiap langkah yang diatur

EMBUN HIDAYAH.
Menjelang Maghrib, seorang saudara terbongkok2 dgn tongkatnya menuju ke
masjid. Beberapa kali dia hampir terjatuh.. tetapi sempat dikawal
menggunakan tongkatnya. Berhampiran di pintu masjid, saudara terssebut
tersadung batu sehingga tubuhnya terhuyung-hayang ke depan. 'untunglah'
seorang pemuda yang kebetulan berada disitu sempat memegang bahu saudara
tersebut sehingga dia tidak jatuh. kemudiannya, pemuda tersebut menuntun
saudara tersebut sampai ke pintu masjid.
Selesai solat, lelaki tua tadi baru menyedari bahawa pemuda yang
membantunya sebentar tadi tidak turut solat berjemaah. Dilihatnya pemuda
tersebut duduk termenung di pintu masjid tanpa melakukan apa2 pun. "wahai
pemuda, kamu sudah membantuku menuju ke masjid, tetapi mengapa kamu
sendiri tidak solat?" tanya lelaki tua sambil menghampiri pemuda itu.
"saya tidak mungkin solat pakcik... saya anak iblis.."
Lelaki tua tersebut t'peranjat, tetapi dia masih mencuba bertanya, " kalau
kamu anak iblis, kenapa kamu b'usaha menolongku ketika aku hampir jatuh?".

"Ayahku sudah lama perhatikanmu. Ia sgt marah kerana setiap kali kamu
t'huyung-hayang... dilihatnya dosa-dosamu berguguran. Ketika kamu hampir
jatuh, ayahku takut dosamu akan habis sama sekali, sehingga disuruhnya aku
membantumu berjalan menuju ke masjid"...
hayatilah...

Monday, November 01, 2004

berehat sahaja

bismillah...emm tak banyak perkara yang berlaku dalam masa dua minggu ni. last week ada exam jkm. tau je la dah namanya posting berbulan madu tentulah suma orang kurang mood nak banyak buku. jadi ramailah baca buku dengan separuh mata terbuka...nasib baik soalannya agak mudah. lebih kurang je dengan previous group nyer. minggu depan stat masuk kg utk kajian khusus lak. he he macam kembali ke zaman sekolah rasanya. lupa lak aku kena siapkan segala macam tugasan utk dihantar next week. so fasa rehat dalam posting jkm bakal tamat tidak lama lagi. ahh!!!

Friday, October 29, 2004


ni attachment excel tu Posted by Hello

kalimah Allah

SEDAR ATAU TIDAK BAHAWA DARI SURAH PERTAMA AL BAQARAH HINGGA SURAH AN NAS> AKAN MEMBENTUK KALIMAT "ALLAH". BAGAIMANA IA MEMBENTUK?> DALAM SURAH AL BAQARAH ADA 286 AYAT, BEGITULAH SETERUSNYA HINGGA SURAH ANNAS. SUSUNAN BILANGAN AYAT INI APABILA DISUSUN KEMBALI MENURUT GRAFIKAKAN MEMBENTUK KALIMAT "ALLAH". ITULAH DIA MUKJIZAT AL QURAN YANG TERJELMA DARI SURAH-SURAH AL QURAN YANG TIDAKPUN DISEDARI OLEH KALANGAN UMAT ISLAM WALAUPUN MEREKA MEMBACANYA HARI-HARI. ANDA BOLEH SAJA MENYUSUN JUMLAH AYAT TERSEBUT DALAM FORMAT EXCEL UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA GRAFIK INI ADALAH BENAR DAN BUKAN MAIN MAIN CUBA PERHATIKAN DALAM KEPILAN DI BAWAH INI : PADA GARIS TEGAK (VERTICAL)TERDAPAT BILANGAN HINGGA 300 YANG MANA SURAH AL BAQARAH ADALAH SURAH YANG MEMPUNYAI AYAT TERBANYAK DALAM AL QURAN IAITU 286 AYAT MANAKALA PADA BARIS UFUK (HORIZONTAL) TERDAPAT BILANGAN HINGGA 120 YANG MANA KESEMUA SURAH AL QURAN BERJUMLAH 114 SURAH. CUBALAH ANDA BAYANGKAN BAGAIMANA HEBATNYA AYAT-AYAT SURAH AL QURAN DISUSUN DALAM BENTUK KALIMAT "ALLAH" SEDANGKAN IA DITURUNKAN 1,400 TAHUN YANG LALU. TERDAPAT GOLONGAN YANG TIDAK MAHU MENERIMA KEDUDUKAN SURAH AL QURAN SEPERTIMANA YANG TELAH DISUSUN MENURUT ZAMAN SAIYIDINA USMAN AFFAN RA.JIKA MEREKA MAHU MENYUSUNNYA SEMULA SEDANGKAN TELAH JELAS BAHAWA MUKJIZAT QURAN TELAH MENUNJUKKAN KALIMAT "ALLAH" DARI SUSUNAN USMAN AFFAN RA,BAGAI MANA INGIN MEREKA MEMBENTUK SUSUNAN BARU SURAH-SURAH AL QURANTERSEBUT???? TERNYATALAH BAHAWA GOLONGAN YANG MEMANDAI-MANDAI MENGATAKAN SUSUNAN YANG TELAH DIAKUI PADA MASA KINI (MENURUT RESAM USMANI) PERLU DISUSUNSEMULA ADALAH PUAK-PUAK MUNAFIK DAN GOLONGAN KUFFAR. WASSALAM.

Sunday, October 17, 2004

berbuka di rumah

bismillah the best nyer dapat berbuka di rumah. ari ni banyak sesangat lauk kat atas meja tu. nasi, kue teow, sate, lauk ayam kurma, lemak siput, sayur kacang ngan kuih karipap, cara berlauk, air 3 jenis tebu, cincau n cendol...emm sumanya sedap belaka dan meriah :) . tapi makan mesti berpada2. kang bulan puasa ni tak pasal2 badan naik secara mendadak. takut juga sebab dah lama aku tak bersenam ni. cam na nak bersenam? posa ni aku tetap kena masuk kg untuk kajian umum ngan kajian khusus. pastu lepas raya ngan program tindakan. sapa la kata posting jkm boleh relax?

Friday, October 15, 2004

QA kan diri

bismillah emm aku rasa macam serius sahaja bunyinya tapi sebenarnya aku baru je teringat pasal QA ni pagi tadi masa dapat taklimat kat Hospital Kajang. segala perkhidmatan yang disediakan di hospital mempunyai pernilaian QA nya sendiri. dari pernilaian QA ni kita akan dapat tahu samaada kita dah capai tahap yang kita nak atau tak. dan jika tidak kita perlu kaji macammana nak melonjakkan diri ke tahap tu. taklimat tu tak lama maklumlah hari ni hari first puasa..kena jimat tenaga skit.sister tu cakap kehidupan seharian kita memang tak sunyi dari QA.aaa...tak caya je bunyinya. bila dia sebut je tentang kehidupan seorang pelajar macam aku ni baru aku teringat. selepas dapat keputusan exam, pencapaian kita tak seperti yang diharapkan tentu kita nak cari sebab dan cuba perbaiki, kan? emm ada sedikit serupalah juga walaupun tak sama kan?sebenarnya kita perlu menanamkan kualiti2 yang baik dalam diri kita. seolah2 nya pernilaian QA ini dilakukan sepanjang masa. dan sememnagnya tidak dinafikan bahawa kita memang kita sentiasa diperhatikan Yang Maha Esa. selalulah muhasabah diri lebih2 lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ni...selamat berpuasa...

Saturday, October 09, 2004

semenyih

bismillah rindunya kat blog ni sebab dah tak dapat nak jumpa selalu. kat semenyih takda acceess internet so dah tak dapat nak tulis blog ni. emm kat sini ok je sebijik macam kat sekolah dulu dan lalui kembali zaman duduk hostel cuma yang bezanya adalah takde warden and plus kena masak sendiri. for the first week there was not much to say because aku pun tak dapat nak predict situation kat sini but macam biasa petang klau takde xtvt mostly we all 'cover bed'(neologism developed in o&g) yang bermaksud tidur. probably sebab boring or tak tau xtvt yang dapat kita jalankan kat sini. anyway as i'm learning something it's ok la. aku nak cerita situasi kat situ...hostel kitorang akt dalam klinik kesihatan semnyih. ada bangunan dua tingkat kat situ. suma budak pompuan tinggal kat tinggal kat tingkat dua while the boys in the cabin. each room consists of 10 beds dan aku sorang je yang menggunakan katil double decker. aku terpaksa kongsi almari dengan kaka mazidah sebab kat situ cuma ada 8 je. kat bahagian bawah ada satu surau, bilik komputer, tempat makan, dan dapur. pejabat kat sebelah dapur adlah tempat untuk fotostat notes dan buat call rasmi. selalu petang2 sebab kat situ ada meja pingpong so ramai lah yang develop skill main pingpong. emm overall kitorang enjoy la life kat sini. takpe kat sini aku dapat juga tambah ilmu dalam byk aspek especially dalam bidang masakan yang aku lemah sesangat tu...

Wednesday, September 29, 2004

suka dan duka dalam o&g

bismillah aku baru je abis exam dengan prof tan kat wad tadi. dapat diagnosis dah dikira baik...emm aku harap LULUS la dalam exam ni. Ya Allah berilah kami kejayaan dunia dan di akhirat Amin. emm lepas exam ni aku rasa ringan sangat kepala. semalam jangan cakap keruannya Allah sahaja yang tahu. sampai tak lena tidur dibuatnya. duduk salah, berdiri salah baring serba tak menentu kejap pusing ke kiri sekejap ke kanan. ni baru nak exam end of posting. belum lagi exam profesional. tak sanggup memikirkannya lagi. baru aku tahu bahana dan penangan mengambil medic. setelah menginjak ke tahun empat ini hidup ku rasakan ia kian mencabar dan pasti menuntut aku lebih berusaha. jika dahulu masih kecil bertatih kini takkan masih di takah yang sama. jiwa yang terdidik dalam suasana akademik ini menjadikan aku tidak puas menadah ilmu dan membuka telinga dari pensyarah yang aku sayangi. walau aku belum secemerlang mana tetapi sekurang2nya aku masih lagi bertahan di sini. aku takkan rebah selagi Allah tak mengizinkan kerna aku tahu sekali aku melangkah pasti tidak berpatah. dalam dunia o&g ini aku belajar bahawa banyak perkara yang mampu dcapai andai kita berusaha dan kuasa Allah lebih besar berbanding manusia. di sini kukenali wajah2 kental menyelamatkan hidup wanita dan penyambung warisan manusia. si sini dapat kutenung pelbagai ragam dan asam garam hidup. wajah marah, geram, tenang dan tidak kurang senyum nangis juga tertawa. segala kenangan aku dimarahi prof adeeb pasti tidak aku lupakan. prof adeeb yang asalnya hanya kudengar tentangnya di kuliah kini pernah mengajar ku dan memanggil namaku. betapa jauh nya taraf ku yang hanya punya ilmu sebutir pasir dengannya yang telah menimba pengalaman hampir 30 tahun. siapalah aku berbanding dengannya. jadi andai aku dimarahi pasti kutenung wajahnya dan terbayang dia umpama ibuku yang cuma mahu mendidikku. tidak tertahan aku dengan gelagat edwin yang pada asalnya sering kufikir kami ini bukanla pasangan sesupervisor yang sesuai. nyata sangkaan aku semua meleset sama sekali. dia juga seperti ku yang mahu tabah dan menghalau resah selama di o&g. dia tempat aku bertanya saat memerlukan dan tempat aku berkongsi cerita suka dan tawa. (kerna yang sedih tidak mahu lagi kuluah padanya). alahai setelah 8 minggu kutenung wajah2 bakal ibu dan bapa kini dengan rela aku tinggalkan sebentar lapangan o&g kerna aku pasti aku kembali pada tahun lima. betapa banyak ku timba pengalaman suka dan duka di o&g...

Monday, September 20, 2004

secebis ingatan

Assalamualaikum wbt.Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yangdirahmati ALLAH SWT,Mengapa lidah kelu disaat kematian?
Tetapi kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapatberkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimikmukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jikatidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampirtiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akandicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon
kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita
sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematiankami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah
kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbala'lamin.."WASIAT NABI MUHAMMAD S. A. W. kepada SAIDINA ALIR. A.;Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:1) Jujur dalam berkata-kata.2) Menjauhi segala yg haram.3) Merendahkan diri.Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:1) Merahsiakan ibadahnya.2) Merahsiakan sedekahnya.3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:1) Takut berlaku dusta dan keji.2) Menjauhi kejahatan.3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:1) Mengawasi dirinya.2) Menghisab dirinya.3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s. w. t.Wang RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa kekotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa kesupermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Saturday, September 11, 2004

maaf yang ikhlas

dari suara hati sahabat yang amat menyayangi...
pabila sahaja kau meluka hati orang yang amat menyayangi mu sebenarnya amat tajam sekali lukanya kerna aku tentu sahaja tak mahu kau turut terluka...
oleh itu sering sahaja kau lihat aku terdiam bila mendengar kau berbicara.
kerna andai aku menghamburkan kata2 aku amat2 pasti sudah tentu isi nya sudah mampu untuk meruntuhkan persahabatan kita.
dalam kau berduduk2 dan mengatakan isi kononnya mahu menjaga perasaan manusia sebenarnya kau hanya berpura2.
isi kau tetap memaksudkan yang berlawanan.
dan aku yang mendengar umpama manusia dayus melepaskan kau berbicara sedemikian seolah2 aku tiada langsung kuasa untuk menahan perkataan pahit yang keluar dari bibirmu yang manis.
jangan lah dikau lupa, teman.
setiap bicara mu itu pasti ada perhitungannya kelak...
maafkan aku kerna tak mampu mengatakannya dengan berdepan
kerna aku ini manusia lemah...

selamat pengantin baru

bismillah..malam tadi masa aku oncall ada satu kes fits after delivery. satu labour room tu cemas. termasuk la aku yang tak tau nak buat apa. aku cuma tolong doctor hulurkan ubat. keadaan masa tu cemas sgt...aku tengok suma orang berlari2 amik troli anaest, page kan anaesthetist, panggil specialist oncall, at last aku kena kuar dari bilik tu sebab penuh ngan orang. esok kawan aku masa kat mgs nak kawin. selamat menempuhi hidup berumahtangga...he he. malam ni sepatutnya aku join bbq kat kolej tapi aku terpaksa balik umah and again i missed a thing. apa nak buat benda yang aku tunggu2 terlepas camtu je. dah takdir nak buat camner...

Friday, September 10, 2004

Mengenali diri melalui bulan hijrah

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalikknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

killing me softly...

Please read this. An interesting piece of information.......
Have a look at the wrapper on a Coca-Cola 1.5 liter bottle and in the
ingredients label you will find phosphoric acid in it. Minute
quantities of ethylene glycol are also used (which is acknowledged
in the soft drink world for making it really chill).
This is popularly known as anti-freeze which prevents water from
freezing at 0 deg C and instead drops it 4-5 degrees with minute
quantities. This chemical is a known slow poison in the caliber of arsenic.

So, if you manage to drink about 4 liters of Coke within an hour or
so, you can die. Read along and give up these dangerous things. Be
natural; have flavored milks, tender coconuts, buttermilk, lassi and plain water
instead of these "soft" drinks. Guess what's the pH for soft drinks, e.g.
Coke? PH 3.4! This acid ity is strong enough to dissolve teeth and bones!
Our human body stops building bones at the age of about 30. Softdrinks do
not have any nutrition value (in terms of vitamins & minerals). It is high
in sugar content, carbonic acid, chemicals i.e. colorings etc.
Some like to take cold soft drinks after each meal. Guess what's the
impact? Our body needs an optimum temperature of 37 degrees Celsius
for digestive enzyme functioning. The temperature of cold soft drinks is
very much below 37 degrees or even close to 0 degrees Celsius. This will
dilute the enzymes & stress the digestive system. The food taken will not
be digested. In fact it will be fermented! The fermented food produces
gases, decays and becomes toxin, gets absorbed by the intestine, circulates
in the blood stream and is carried to the whole body. Hence toxin is
cumulated in other parts of the body, developing into various diseases.
Think before you drink coke/Pepsi (or any soft drink) again.

Have you ever thought what you drink when you drink an aerated drink?
You gulp down carbon dioxide, when nobody in the world would advise you to
drink CO2. Two months back, there was a competition at Delhi
University "Who could drink the most Coke?" The winner drank 8 bottles and
fainted on the spot-too much CO2 in the blood. Thereafter, the principal
banned all soft drinks from the college canteen!

While this might have been an extreme measure, their results do
provide some food for thought. Did you know that soft drinks use chemicals
in them that cause immense harm to you. Someone put a broken tooth in a
bottle of Pepsi and in 10 days it DISSOLVED! Can you believe it? Teeth and bones
are the only human parts that stay intact for years after death. Imagine
what the drink must be doing to your soft intestines and stomach lining!

kelebihan sunnah Nabi

As'salammualaikum
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah
- Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran > tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut

Monday, September 06, 2004

lambatnya...

bismillah lambatnya masa berlalu seolah2 nya seribu tahun terpaksa aku hadapi untuk posting o&g ni..

Friday, August 20, 2004

doa qunut

aku memang tak tau nak tulis apa lagi dah. aku angkut maksud doa qunut ni dari email aku.harap2 kita semua sentiasa tenang dan sentiasa di bawah rahmatNya - maksud doa Qunut yang saban hari kita bacakan dalam solat seharian kita : Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan
padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau
tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak
mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala
macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta
ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi
yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

aaaa

aaa ngantuknya hari ni dah lah kene antar 2 partogram ok..ok ye la aku buat kerja last minute tu pasallah tak cukup tidur. pagi ni ada kuliah. yang tak best nya bila dr masuk dia kata nak buat tutorial. wei matilah aku tak baca buku malam tadi. mana tak nya aku on call sampai pkul 3 pagi. sampai kat bilik je terus letak kepala atas bantal. tak larat deh...partogram tah ke mana buku pun tah ke mana..tapi yang seronok aku dapat conduct 2nd delivery. hem...lepas lecture ade ward round lak ngan prof jamil. bingung..bingung. tahhape hapetah yang kitorang jawab. muka sorang2 dah tak gembira sebab tak baca buku. kesian kat prof (geleng kepala2x)alamak aku btul2 lupa aku kena jumpa dr lilian. habis a...ok lah aku memang tak pandai nak uruskan masa tapi aku rasa aku kena manage jugak untuk cuba baca buku. harap2 aku mampu mengharungi kehidupan o&g yang penuh cabaran ni dengan sabar dan tenang.amin...

Saturday, August 07, 2004

ha ha

bismillah emm teringat aku pada kebiasaan pagi aku akan duduk menggosok pakaian sambil mendengar walkman. selalunya aku akan mendengar celoteh dr hm tuah yang selalunya akan berkata tentang hari yang cemerlang. "hari ini macam biasa saya rasa luar biasa hebat" emm kan bagus kalau aku boleh rasa sepertinya... setiap hari

Thursday, August 05, 2004

cuti yang singkat

bismillah, cuti yang singkat ini sukar sekali aku memanfaatkan sebaiknya dengan mentelaah buku kerna aktiviti harian ku selalunya dipenuhi rutin melayan anak buah, menonton tv dan mengemas. selebihnya lebih kepada berehat dan tidur. harap aku mampu menjadi lebih baik setelah apa yang aku lalui di posting psikiatri. aku terserempak dengan an seolah2nya mahu aku meleraikan kekeliruan aku dan dia. dan dalam kesempatan itu aku memberitahu aku tidak kisah dengan cd yang dia pinjam atau dengan apa yang dia beritahu aku pada tempoh hari. aku cuma mahukan hubungan persahabatan dan ukhwah antara umat ini tidak putus kerna soal perasaan. sempat pula memberi nasihat dan saling bertukar pendapat. tak kisah biar apa pun yang orang lain perkatakan...tetapi andai itu aku rasakan terbaik pasti itu yang aku lakukan. kan tidak layak aku menilai seseorang melalui zahir atau masa lalunya. aku jua punya masa lalu yang tidak semanis mana. lantas mengapa pula kita menjadi seorang pengkritik?

Wednesday, August 04, 2004

10 Wasiat Hassan al-Banna

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyangserta-mertawalaubagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilahke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlahmembuang masadalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arabyang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipunkeranapertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasaberhubung denganAllah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedangberjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yangdikehendakioleh pendengar kerana percakapanyang nyaring ituadalah suatu resmiyang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,mengecampertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakapmelainkan apa- apayang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yangditemui kerana asasgerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan danberkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masayang ada padakita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknyadanringkaskanlah perlaksanaannya.

Monday, August 02, 2004

beza lelaki dan wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA

Friday, July 30, 2004

selamat hari tua pesot...

bismillah...lega sebab dah start cuti. esok nak g jenguk pesot kat uitm. so kene lah tidor awal malam ni. esok birthday pesot. emm ngan abg asmadi. kalau bukan sebab esok busday dia musti dia pun tak ingat kat aku. lagipun kitorang sama2 sibuk. aku pun paham. hal aku ngan an aku try settle kan. insiden aku tak tegur tu rupa2nya jadi sampai kes tak pandang muka bila berselisih...he he itu pun nak amik ati. klau bukan sebab aku masih anggap dia kawan aku tentu dah aku biarkan aje hal ni.

Thursday, July 29, 2004

bercintalah kerana Tuhan

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..
jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..
jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..
jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..
jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..
jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..
jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..
wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..
wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan

bilal...oh bilal

bismillah. aku exam hari selasa. orang dapat hari yang sama adalah shafinaz dan bebudak grup Prof Maniam. aku pun datang lah awal pukul 145 dah dok depan wad. ingatkan bleh lah dapat patient yang menjadi pujaan hati sekurang2 nya dah tau diorang diagnosis apa... dah pkul 215 Dr Wan punya muka pun aku tak nampak lagi. at last datang juga dr tu. lepas dah bagi kes untuk shafinaz 'clerk' tinggallah aku. aku pun tunggulah dr nak bagi kes apa... sekali tu dr bergerak ke male ward. aku betul2 gelabah sebab aku tau patient kat sana suma tak stable lagi. aku doa dalam hati patient kat sana suma refused. blehlah aku shift ke female ward balik. sampai kat depan male ward dr suruh aku tunggu je kat situ sementara dia approach patient tu. aku pun tanya lah penjaga wad kat situ dr approach kes apa? "bilal". aku terus gelabah sebab satu aku tau masa dulu senior penah nak clerk dia tapi dia tak stable lagi. "ok after this u clerk this patient for one hour. i'll be coming later." lembut je dr wan cakap." is he ok, dr?" tanya aku ragu2. "ok"...nak nangis aku sebab patient ni substance induced psychiatric problems. pulak tu afro-american dan aku sorang je yang dapat kes ni...satu2 nya...tapi lepas je start rapport ok je mamat afro american ni. dah jadi cam member lak. siap ucap good luck lagi...tapi klau aku ingat balik masa first day dia dimasukkan, aku pasti tak bleh lupakan mata dia yang terbeliak besar memandang kitorang. nak cakap apa perasaan kitorang?SERAM!!!

Friday, July 23, 2004

abang mangsa?!!

Di ceritakan seorang wartawan sedang terkial -kial mencari berita -berita sensasi untuk majalahnye. Setelah puas round satu bandar beliau masuk pulak ke kampung, maka dilihatnyer orang ramai sedang berkerumu seperti sedang menyaksikan sesuatu. Si reporter ni bergegas ketempat itu . rupa-rupanye satu kemalangan telah berlaku. Si reporter mengeluarkan camera digitalnye untuk mengambil gambar mangsa yang masih dalam nyawa-nyawa itik itu.Oleh kerana orang terlalu ramai ,tak dapatlah dia mengambil gambar .Maka tercetuslah satu idea dalam kepala batunye bagaimana nak suruh orang beri laluan kepadanye. seraya berkata " Ketepi-ketepi abang kepada mangsa nak masuk ". Orang ramai yang mendengar pun berilah laluan sambil memandangnye dengan penuh belas ikhsan. Si reporter pun masuk dengan bangganyer sambil buat-buat muka sedih. Apabila sampai kepada mangsa dilihatnye sekor monyet telah dilanggar kereta dan sedang nazak. 
Moral : Jangan mengaku monyet saudara kita.

see this

http://info@pengasih.net/view_Event.php?eve_id=33

ke rumah PENGASIH

Bismillah
Pada 20 april kitorang membuat lawatan ke rumah PENGASIH iaitu satu pusat rawatan yang menjadi tempat pemulihan bagi penagih dadah yang telah diwartakan oleh kerajaan. Rawatan yang menjurus kepada ‘therapeutic community’ yang menngetengahkan konsep ‘self help, mutual help’membawa konsep menolong diri sendiri dan juga orang lain. I wonder if I could get ‘the philosophy’. Pendekatan yang digunakan adalah multi dimensi, dengan menekankan pelbagai aspek termasuk diri sendiri, keluarga, komuniti dan spiritual. Rawatan yang diberi adalah intensif dan mementingkan keperluan ‘reentry’ ke komuniti kerana individu ini selalunya menghadapi penolakan dari masyarakat. Setelah bertemu dan berbincang dengan mereka aku dapat merasakan mereka memang benar benar ingin keluar dari perangkap dadah ini. Kadang kadang kita terlalu cepat menilai orang tanpa mengenali mereka. Mereka ini adalah orang yang memerlukan sokongan. Tanpa sokongan keluarga selalunya mereka akan kembali kerana tidak mudah seseorang pulih dari penagihan. Terlalu perit dan sakit…
Aku bersyukur kerna rupanya ada orang masih menyayangi aku kerana apabila kita telah kehilangan sokongan orang yang kita sayang sebenarnya amat payah untuk kita lalui kehidupan ini.emm… kat RMKL ada satu rancangan yang berrtajuk ‘Fitrah’ berkenaan PENGASIH setiap hari jumaat tapi tak sure kol berapa…if any enquiry u may visit pengasih.net and email them info@pengasih.net. “mengasihi hidup, hidup mengasihi”      


Monday, July 19, 2004

orang yang kita suka dan orang yang kita cinta

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang... Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira... Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga... Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja... Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku... Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata... Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja... Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu... Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar... Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta... Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka... Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis... Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira... Perasaan cinta bermula dari mata, Perasaan suka bermula dari telinga...Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka... Umpama kita membuang telinga kita Tapi jika kita cuba menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta…. Tetapi, hakikatnya… Cinta kepada Allah swt Adalah lebih hakiki dan abadi… Kasih sayang-Mu Tuhan,Itu yg kudambakan...Dgn rahmat-Mu,Ampunilah dosaku...

Thursday, July 15, 2004

dari emailku

Enjoy this!:

A mother passing by her daughter's bedroom was
astonished to see the bed
was nicely made and everything was picked up. Then
she saw an
envelope propped up prominently on the center of the
bed. It was addressed, "Mom." With the worst
premonition, she opened the envelope
and read the letter with trembling hands:

Dear Mom,

It is with great regret and sorrow that I'm writing
you. I had to elope with my new boyfriend because I
wanted to avoid a scene with Dad and you.

I've been finding real passion with John and he is so
nice-even with all his piercings, tattoos, beard, and
his motorcycle clothes. But it's not only the
passion mom, I'm pregnant and John said that we will
be very happy. He already owns a trailer in the woods
and has a stack of firewood for the whole winter. He
wants to have many more children with me and that's
now one of my dreams too.

John taught me that marijuana doesn't really hurt
anyone and we'll be growing it for us and trading it
with his friends for all the cocaine
and ecstasy we want.

In the meantime, we'll pray that science will find a
cure for AIDS so John can get better; he sure deserves
it!!

Don't worry Mom, I'm 15 years old now and I know how
to take care of myself. Some day I'm sure we'll be
back to visit so you can get to know your
grandchildren.

Your daughter,
Judith


PS: Mom, none of the above is true. I'm over at the
neighbor's house. I just wanted to remind you that
there are worse things in life than my report card
that's in my desk center drawer. I love you! Call
when it is safe for me to come home.

Dari tazkirah purdue…

(terima kasih kepada norhayati abdul wahab)

Kita mungkin pernah menghadapi masalah ataupun dugaan yang tam mampu tertahan oleh kita seperti kematian orang tersayang,penyakit berbahya,kemiskinan dan lain-lain..dan kita hanya mempersalahkan takdir dan tuhan tetapi pernahkah kita melihat kepada jawapan yang telah lata tertera ini........


YA ALLAH? KENAPA SEMUA INI TERJADI PADA AKU?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

YA ALLAH? KENAPA BERAT SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

YA ALLAH? TERASA KEHIDUPAN INI SUDAH TIADA MAKNANYA LAGI.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

YA ALLAH? BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI SEGALANYA INI?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

YA ALLAH? APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

YA ALLAH? KEPADA SIAPA UNTUK AKU BERHARAP?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

YA ALLAH? BERIMANKAH AKU?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.?
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

RENUNG DAN REDHALAH TERHADAP KETENTUAN ALLAH.
Bila pintu kebahagian tertutup, pintu kebahagian lain akan terbuka.. tapi kita biasanya melihat pada pintu yang tertutup terlalu lama sehingga tak perasan akan pintu kebahagian yang baru terbuka... Positifkan akal pemberian Dia Yang Esa...
Wallaahu a'lam bishowab...Wassalam

Fwd:Bidadari syurga

Contributed by Illyana on Thursday, June 21 @ 12:33:42 EDT

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...

Monday, July 12, 2004

pagi isnin

bismillah
pagi isnin yang sejuk ni kebetulan pula takde apa apa aktiviti. kuliah dah kene batal sebab prof ros cuti sebulan. kitorang pula kene cari case write up. tapi nampaknya suma patients tak available. awal awal lagi dah kene cop. tu lah sape suruh cuti sakan masa weekend. emm lagi satu miggu ni dengan minggu depan mungkin tak dapat balik umah sebab mak takde pergi arau ikut rombongan ofis. sedih la sebab next week besday aku tapi suma orang nampaknya busy dengan aktiviti memasing. emm takpela tak semestinya takde orang yang wish busday tu kau tak dapat nak hidup, kan? ok lah lagipun tak baik sedih sedih sangat.

Friday, July 09, 2004

hospital bahagia

bismillah
semalam ada lawatan ke hospital bahagia.semua orang terlibat dengan lawatan ni. kami bertolak around pkul 715 dan sampai lebih kurang pkul 1030 pagi. lepas ada taklimat kami pun dibawa melawat ke kawasan penempatan pesakit termasuk lah kawasan asrama, wad forensik dan muzium. lepas je lawatan rasa nyer bleh berfikir bahawa kemudahan yang kita sediakan untuk pesakit berbanding sepuluh atau dua puluh tahun dahulu memang banyak perbezaannya.kenaper yek? percaya tak layanan yang diberikan tak seperti layanan unutk manusia. nasib baik arus kemodenan dan keprihatinan manusia telah merubah ini semua. betapa penting dan komitednya tenaga pekerja kat sana dalam memberi perkhidmatan untuk membolehkan pesakit pulih. sebenarnya terperanjat dengan salah satu kemudahan iaitu apartmen yang terdapat dalam wad kebun ( kitorang pun tergelak dengan nama tu pada mulanya)sebab pesakit yang ditempatkan kat situ adalah kebanyakkannya dari kalangan mereka yang tidak diterima oleh keluarga. setiap kediaman dilengkapi dengan sebuah televisyen 29', set mini hifi, dapur yang lengkap dengan peti ais lagi. saling tak tumpah macam tempat percutian pula. walaupun perjalanan semalam memang jauh dan memnatkan tetapi pengajaran dan pengalman yang kami dapat memang berbaloi...

Sunday, July 04, 2004

Takkan Ku Maafkan Diri Ini

Member forward kat aku nie.... baca arrr....


BERTENANG.....DAN TUMPUKAN PERHATIAN ANDA TERHADAP
BAHAN BACAAN INI.
Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih
kuat. Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang
jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi membeli
keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu,
ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami
adik-beradik -5 orang semuanya- bergilir-gilir
menjenguknya.

Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari
kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki
sulung, saya mengambil tanggungjawab yang lebih.
Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah
bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya
menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya
mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur.

"Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ayah. Puas 2
anak saya merayu-rayu, ayah tetap bertegas. Itu
jugalah jawapan ayah kalau Kak Long mempelawanya, Kak
Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain
merayunya.
Bagaimanapun sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2
berada di rumah anak-anaknya, dia
minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya. Suatu
hari Januari lalu, ayah mengikut saya ke Kuala Lumpur.
Kebetulan sekolah masih bercuti,
seronoklah anak-anak saya bermain dan bergurau senda
dengan atuk mereka.

Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung.
Seperti biasalah, ada-ada saja alasan tak logik yang
diberikannya. "Saya sibuk ayah, tak boleh
nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung
minggu ni saya hantar ayah," balas saya. Anak-anak
saya turut memujuk atuk mereka. "Tak apalah kalau kamu
sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar
ayah naik bas," katanya membuat saya bertambah kecewa.
Memang ayah pernah berkali-kali naik bas pulang ke
kampung sendirian. "Tak usahlah..." kata saya memujuk
dan
merayu selepas makan malam itu. Ayah diam terus masuk
ke bilik bersama cucu-cucunya.

Bagaimanapun esok paginya ketika saya bersiap untuk ke
pejabat, ayah sekali lagi berpesan minta saya belikan
tiket bas di Puduraya. "Ayah ni, tak
faham ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya
terus keluar menghidupkan enjin kereta. Saya
tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu.
Sedih saya tengok mukanya. Di dalam kereta, isteri
saya memujuk. "Buat apa kasar
sangat dengan ayah? Cakaplah elok-elok! Kesian
dia...!" Saya terus membisu.
Sebelum isteri saya turun kereta sebaik tiba di
pejabatnya, dia berpesan agar saya penuhi permintaan
ayah. "Jangan lupa bang, belikanlah tiket ayah,"
katanya ringkas.

Di pejabat saya termenung panjang. Lalu saya meminta
cuti kecemasan, terus ke Puduraya membeli tiket
Transnasional ke Teluk Intan. Pukul 11.00 pagi saya
sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap.
"Bas bergerak pukul 2.00," kata saya ringkas. Saya
mengaku bersikap agak kasar ketika itu kerana didorong
rasa marah dengan sikap degil ayah. Ayah tanpa banyak
kerenah bersiap. Dia masukkan baju dan kain ke dalam
beg sandang. Lebih kurang pukul 12.30 saya bergerak ke
Puduraya.

Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun
saya tidak bersuara. Selalunya saya dan ayah akan
bersembang panjang setiap kali naik kereta
bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan. Hari tu ayah
tahu saya marahkannya...
Dia pun enggan menyapa saya. Tiba di Puduraya, saya
terus menghantar ayah ke tingkat bawah stesen bas itu.
Selalunya saya akan membimbing lengan ayah tapi hari
itu saya biarkan ayah turun sendiri, cuma saya
perhatikan agar langkahnya tidak terganggu. Setelah
saya pastikan nombor tempat duduk ayah, saya bersalam
dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak
memandang saya
sebaliknya dia memandang ke luar tingkap. Ayah
merenung jauh.

Tepat pukul 2.00 bas bergerak. Saya pandang ayah tapi
dia masih melemparkan pandangan ke luar tingkap
mengelak daripada memandang saya. Setelah bas bergerak
jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa
melalui gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya
terpandang susunan kek pisang di atas meja. Langkah
saya terhenti. Berdesup fikiran teringatkan ayah
kerana dia cukup suka makan kek itu. Pernah 2-3 kali
kalau dia menaiki bas pulang ke kampung, dia akan
meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari
itu ayah tidak minta apa-apa. Saya terus memandu
pulang.

Tiba di rumah, fikiran rasa tidak menentu. Ingatkan
kerja di pejabat, ayah yang dalam perjalanan dan
isteri yang berada di tempat kerjanya. Malam itu
sekali lagi saya meneruskan keegoan saya apabila
isteri meminta saya
menelefon ayah di kampung seperti yang saya lakukan
setiap kali ayah pulang dengan bas. Malam berikutnya,
isteri bertanya lagi sudahkah saya
hubungi ayah. "Takkan tak sampai-sampai lagi," jawab
saya meninggikan suara.

Dinihari itu, saya menerima panggilan telefon dari
Hospital Teluk Intan. "Pak Long dah tak ada..." kata
sepupu saya di hujung talian. "Dia meninggal
5 minit tadi selepas mengadu sesak nafas Maghrib
semalam." Terlalu sebak dia hendak meneruskan
kata-kata, selain meminta saya pulang segera. Saya
terjelepok di lantai. Gagang masih di tangan. Isteri
datang menerpa.
"Kenapa bang?" Saya hanya menggeleng-geleng, agak lama
baru mampu memberitahu "Ayah
dah tak ada!" Tiba di kampung sayalah yang paling hiba
sekali. Tidak berhenti-henti menangis berbanding kakak
dan adik-adik saya. Barulah
saya sedar betapa berharganya seorang ayah dalam hidup
ini. Kek pisang, kata-kata saya pada ayah, sikapnya
semasa saya di Puduraya, kata-kata isteri membeli
tiket silih berganti menyerbu fikiran. Hanya Tuhan
yang tahu betapa luluhnya
hati saya apabila teringatkan itu semua.

Saya amat terasa kehilangan ayah yang pernah menjadi
tempat saya meluahkan rasa, seorang rakan yang sering
bersimpati dan ayah yang cukup mengerti perasaan
seorang anak. Kenapalah saya tidak dapat membaca gerak
rasa seorang tua yang merindui belaian kasih sayang
daripada seorang anak yang akan ditinggalkan buat
selama-lamanya.

Kini telah 5 tahun berlalu. Setiap kali pulang ke
kampung, hati saya bagai dirobek-robek apabila
memandang nisan di atas pusara ayah. Saya tidak
dapat menahan air mata apabila terkenangkan semula
peristiwa pada hari-hari terakhir saya bersamanya.
Saya merasa amat bersalah dan tidak akan memaafkan
diri ini.
Benarlah kata orang, kalau hendak berbakti biarlah
semasa ayah dan ibu masih ada. Apabila sudah tiada,
menangis air mata darah sekalipun
tidak bererti lagi. Kepada pembaca yang masih ada
ayah, jagalah perasaan seorang tua. Kasihi mereka
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu.
RENUNGKANLAH.......

admire dia?...

setelah bermusim telah aku sulam rasa ini
akhirnya cinta ini lerai jua
aku bagai tak percaya aku masih termangu di sini
sedang jelas aku bukan untuknya
mengapa berat pula hati ini
bagai meminta aku bersabar lagi
tapi haruskah aku menunggumu untuk seribu tahun lagi
sedang seribu tahun lalu sudah pun berlalu
adakah berbaloi punyai cinta yang bagai sudah kelelahan
kerna aku yang sudah kepenatan memujuk cinta ini
tak mahu ia terluah
ia mahu membeku bagai tak mungkin untuk sesiapa miliki

-rahsia hati-
cico & maya Karin

tak pernah kufikirkan
kita berdua
harungi suka duka
zaman sebaya
bersama mengejar impian
menuju puncak yang kita impikan

ku begitu jua
sering terkenang
kisah kita
janganlah ia dipadamkan
ikatan persahabatan

kita memendam rasa
(tak mungkin kulafazkan)
kita cuba mendusta
(tak pernah kufikirkan)
kita tak mungkin terpisah
Itulah janji yang pernah tercipta
Lupakan kisah duka
Kita cantum semula
Rahsia yang pernah terbina
Dua teman yang setia
Janganlah dipersia segala yang terjalin indah
tak pernah kita menduga
biar takdir menentukan
Segalanya...

A bit hard to write down
But it worth
Catchy melody
Suddenly fall for it

Thursday, July 01, 2004

besok exam

bismillah besok exam mid posting psychiatry tak tau la camne tadi dah present ngan Prof Saroja walaupun banyak tak dapat tapi cukupla untuk aku yang baru nak merangkak dalam dunia psikiatri ni... emm tapi bila fikir2 best juga zaman belajar ni macam yang dr salwa cakap hari tu masa ni la kita nak belajar di samping tu bleh enjoy tetapi bukan secara berlebihan.

Tuesday, June 29, 2004

tak de apa2

bismillah
selalu je takde masa skang ni dah masuk minggu keempat posting psikiatri dan dah dua minggu tak balik rumah rasa macam tak lengkap jer hidup ni kalau tak balik rumah
emm... kak mazidah ada cerita tentang seorang mamat yang dia minat kat sini tapi tak penah terserempak lak tup...tup hari ni dia jumpa lak dengan si dia. he he sepanjang hari ni tersenyum je kalau tengok sebiji cam patient kitorang yang kat wad tu ha..ha
masa hari sabtu hari tu ada dinner kat dewan perdana felda
itula pasal tak dapat nak balik minggu ni pun mak dah cakap awal2 yang aku tak boleh balik nampak nya terpaksa aku dok kat sini dengan penuh kesabaran...
aku tension sebabnya klau dok mengadap buku je kang aku jadi cam diorang lak.alamak minggu ni ada exam mid posting so kene la pulun sungguh2..aku kene tunjukkan kehebatan yang sebenarnya la he..he dah ada bau bau riak @ grandiosity ni. selaunya bila tak dapat nak tulis kat sini berlambak2 idea keluar dari otak aku sekarang ni cam dah ada thought block. ok la kang lagi lama aku dok kat sini makin banyak lak aku merepek lagi banyak dosa. ahh.. lagi satu ada agen insuran yang cadangkan aku supaya sertai diorang patut ke tak aku amik takaful tu sebab aku rasa aku tak de polisi perlindungan diri lagi kalau apa2 jadi kat aku nanti camna la nasib aku dan keluarga aku. bagus juga kalau ada polisi sendiri bila dah matang nanti mudah lah nak keluarkan buat pegi haji..tak pun leh buat perkara kebajikan yang lain insya Allah...

Tuesday, June 22, 2004

azan...

Azaan: The Amazing Phenomenon
>
>Amazing as it sounds, but fortunately for the Muslims of the world, it
>is an established fact. Have a look at a map of the world and you will find
Indonesia on the eastern side of the earth. The major cities of Indonesia
are Java, Sumatra, Borneo and Saibil. As soon as dawn breaks on the eastern
side of Saibil, at approximately 5:30 am local time, Fajar Azaan begins.
Thousands of Muazzins in Indonesia begin reciting the Azaan.
>
>The process advances towards West Indonesia. One and a half hours after
>the Azaan has been completed in Saibil, it echoes in Jakarta. Sumatra then
follows suit and before this auspicious process of calling Azaan ends in
Indonesia, it has already begun in Malaysia.
>
>Burma is next in line, and within an hour of its beginning in Jakarta,
>it reaches Dacca, the capital ! city of Bangladesh. After Bangladesh, it
has already prevailed in western India, from Calcutta to Srinagar. It then
advances towards Bombay and the environment of entire India resounds with
this proclamation. Srinagar and Sialkot (a city in north Pakistan) have the
same timing for Azaan. The time difference between Sialkot, Quetta,and
Karachi is forty minutes, and within this time, Fajar Azaan is heard
throughout Pakistan.
>
>Before it ends there, it has already begun in Afghanistan and Muscat. The
time difference between Muscat and Baghdad is one hour. Azaan resounds
during this one hour in the environments of Hijaaz-e-Muqaddas (Holy cities
of Makkah and Madinah), Yemen, United Arab Emirates, Kuwait and Iraq.
>
>The time difference between Baghdad and Alexandria in Egypt is again
>one hour. Azaan continues to resound in Syria, Egypt, Somalia and Sudan
during this hour. The time difference between eastern and western Turkey is
one and a half hours, and during this time it is echoed with the call to
prayer.
>
>Alexandria and Tripoli (capital of Libya) are located at one hour's
>difference. The process of calling Azaan thus continues throughout the
whole of Africa. Therefore, the proclamation of the Tawheed and Risaalat
that had begun in Indonesia reaches the Eastern Shore of the Atlantic Ocean
after nine and half hours. Prior to the Azaan reaching the shores of the
Atlantic, the process of Zohar Azaan has already started in east Indonesia,
and before it reaches Dacca, Asar Azaan has started This has hardly reached
Jakarta one and half hours later, the time of Maghrib becomes due,and no
sooner has Maghrib time reached Sumatra, the time for calling
>Isha Azaan has commenced in Saibil! When the Muazzins of Indonesia are
calling out Fajar Azaan, the African Muazzins are calling the Azaan for
Isha.
>If we were to ponder over this phenomenon thoughtfully, we would
>conclude the amazing fact that there is not even a single moment when
hundreds of thousands of Muazzins around the world are not reciting the
Azaan on the surface of this earth. Even as you read this material right
now, you can be sure there are at least thousands of people who are hearing
and reciting the Azaan!!!
>Allah said, "If you are ashamed of me, I will be ashamed of you."
>
>If you are not ashamed, send this message...only if you believe.
>
>"Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and my Savior. Allah
>keeps me going day and night. Without Allah, I am no one. But with Allah, I
can do everything. Allah is my strength."
>
>This is a simple test. If you love Allah and you are not ashamed of all the
great things that He has done for you, send this to everyone you know, and
the person that sent it to you.
>
>May Allah help u to succeed...Ameen

ibu atau anak?

Assalamualaikum.
Artikel ini saya ambil dari satu website, bukan hak cipta sendiri,
tapi saya rasa sesuai untuk dikongsi bersama.
KISAH UNTUK TELADAN
Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah
beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-
tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang
persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.
"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu
sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.
"Jadi bagaimana doktor ...?"
"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi
masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si
ibu, atau menyelamatkan si bayi!"
Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat
pilihan!" desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu,
"Doktor, saya sangat bingung ... Saya serahkan sepenuhnya kepada
doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah
berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini.
Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.
Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh
mempengaruhi keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama
kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan
mengorbankan si ibu.
Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan
mengorbankan si bayi. Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang
sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.
Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? Dalam ajaran kristian,
setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal
dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia
yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya
ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua
Paderi atau
Pope).
Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan
si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun
sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah
anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk
tujuan menebus dosanya.
Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk
neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus. Dalam ajaran Islam,
setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci.
Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak
bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu,
insyaAllah
setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung
lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih
soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia
kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya
bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar
hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.
Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat
untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya
kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan.
Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan
jalan hidup kita.
Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang
bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.
Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke
gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....
Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar,
dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.
Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu
dengan majlis² ILMU. Mudah²an selamat kita semua di dunia & di akhirat.
Amiin.

Friday, June 18, 2004

keep busy

bismillah
bukan nya apapon busy betul miggu ni macam tak percaya pulak ye la selalunya klau busy pun kita masih mampu nak balik rumah minggu ni rasa cam tak leh bernafas lak sebabnya kena siapkan case write up, prepafe nak exam next two week dan kena siapkan statistik under unit kemudahan pmukm. tulah siapa yang suruh amik banyak komitmen hah...

Saturday, June 12, 2004

mari baiki solat

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din
sebentar
tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau
tidak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah
mengikuti
kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas,
baru
kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah
kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur
dah
lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh
dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,
penceramah
mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm
menghadap yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu
kita
berdiri tegak sblm lafaz niat :
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita,
seolah2
tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk
diri
sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita
diciptakan
oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa
bersyukurnya kita
dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi
hamba2nya
yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan
sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.
Setelah
bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul,
penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita
dan
selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada. (bukan
telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.
Menurut
enceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2an di
celah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu
sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke
atas
sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan
ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di
atas tgn
kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati
badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan
dgn penuh
tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan
berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut
tepat (90
darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman
hamidah..."
dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa
lakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg
tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru
diikuti
tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn
bawah sedikit
dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2
tgn
dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan
kerana
dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu
dahi, kedua
tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari
shj). Ibu
jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan
dilentur
agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan
dlm
keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk
bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2
tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
"....illallahh..."
( "laa ilaa ha ILLALLAH") . Jari telunjuk itu jangan diturunkan
sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.
Menoleh
sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat
ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri.
Tidak salah
jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga
180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan
sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan
papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah
dlm
keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg
tinggi dan
mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak.
Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan
para
hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati
ciri2 yg tertentu. Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.
Sekiranya
kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan
warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain
telekung
yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis
kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan
pastikan
sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless
di
dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit
jika
diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain
solat,
sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun
begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan
bagi
menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah,
tapi
pastikan stokin yg
dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu
akan
menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika
itu lalu
tidak
sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah
mencadangkan stokin
yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2
lapis.
3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg
berlubang2
sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut
pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2
ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah
kita berusaha memperbaiki
solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan
dihisab di
akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan
peribadi yg
baik.
Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana
telekung saya
agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung
setiap kali
solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik
kualitinya.
Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga.
Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg
diterima
Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak.
Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita
utk
akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula
kerana
solat
yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan
silap,
harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg
buruk
itu dari saya.
W'salam
**Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **