Thursday, October 11, 2012

TUHAN, LEMBUTKAN HATI DIA

Salam... hai rasa nak menyanyi ala gaya Hafiz ... untuk lembutkan hati si dia... 
tak yah nyanyi la ... buat menangis cik abang.
saya kongsikan doa melembutkan hati suami/isteri/anak2...
“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir."
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut.
 “Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir."Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) 
Selain daripada itu amalkan doa ini : 
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami/isteri/anak ----sebut nama) sepertimana Engkau lembutkan besi.
(Doa Nabi Daud)
  moga bermanafaat untuk semua =)

No comments: