Monday, September 10, 2012

TIPS MENCARI PENGASUH (UPDATED VERSION)

Assalamualaikum
Saya sedang sibuk mencari pengasuh si kembar aisyah dan alya.
susah sebenarnya...lagi kalau nak yang menepati piawaian hu hu hu
apa piawian nya (amboi...kau bukannya nak buat quality check pun cik kak....)

Alhamdulillah kegusaran mencar pengasuh agak kendur. Setelah saya di hampakan beberapa kali akhirnya saya berjumpa dua orang pengasuh yang sudi menjaga kembar saya. Masa raya sempatlah kami pergi melawat. Dua dua pengasuh ni amatlah ok cuma saya sedang memikir baik dan kurang baik dari segi tempat, masa, jarak dan kecemasan.
walaubagaimana pun tips mencari pengasuh saya coretkan di sini untuk panduan kita semua....



Bagaimana memilih pengasuh yang sesuai :

  1. Percaya atau tidak, percayakan suara hati anda - ala...macam cinta pandang pertama - tapi saya nak tekankan tak semua kata hati tu betul cuma jika anda ada keraguan pohon pencerahan segera.
  2. Aturkan sesi pertemuan untuk perbualan ramah mesra dengan pengasuh dan mengumpul info tentang dia.
  3. Dalam pertemuan biasanya orang akan bertanya soalan yang umum dan tertutup : “ok ke jaga bayi?” “oh…ok je…” . tapi cuba tanyakan soalan yang spesifik dan bersifat terbuka contoh bagaimana jika salah seorang dari mereka meragam dan bagaimana bayi anda diuruskan sekiranya berlaku kecemasan.(ha...mau terkebil pengasuh tu...).
  4. Jika boleh di rumah pengasuh,dia ada peneman takut takut sekiranya sesuatu kecemasan berlaku.
  5. Bawa anak anda untuk bertemu pengasuh dan lihat reaksinya sewaktu berinteraksi. Masa ni anda boleh lihat sama ada pengasuh ini penyayang atau cengil atau jenis lembut atau apa apa la...
  6. Aturkan sesi percubaan bersama pengasuh jika boleh. supaya anda boleh lihat kesesuaian dan keserasian. Mana tahu tak serasi bolehla anda cari yang lain. 
  7. Lihat juga faktor keselamatan seperti keadaan rumah, susunatur barang perabot dan keadaan dapur serta bilik air.
  8. ada juga yang menekankan isu kos dan upah mengasuh...ini semua boleh dibawa berbincang.
  9. faktor jarak dengan rumah dan tempat kerja juga penting.
  10. selain anak, anda juga perlu serasi dengan pengasuh. bersikap terbuka dan pengasuh anda juga boleh menerima pandangan dan mesra dengan anda. jadi jika timbul apa apa masalah anda tidak bersifat memendam dalam hati.
  11. solat istikharah jika kes macam saya. kita tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita...jika kita tidak tahu tanyalah kepada YANG MAHA TAHU =)




No comments: