Tuesday, January 30, 2018

Drama pagi pagi 😔

Pagi pagi ada drama macam ni
Anak minta tukar botol air
Ai : Mama, Ai tak nak guna botol air ni, nak botol air lain.
M : Mana ada botol lain
Ai : Ada. Dalam peti ais.
Mama kenalah tukar air, masukkan air dalam botol baru. Botol baru tu penutupnya bocor jadi air tumpah kena beg.
Mama membebel sambil kemas kemas barang masukkan dalam kereta.
Sampai sekolah
M : Mana beg baju?
Ai : Mama letak beg dalam rumah semula masa ambilkan botol air Ai
M : Huuuuu 😥😭😭😭

Mama pergi punch card pecut balik rumah ambil beg, tengok atas tong sampah ada kusyen sofa elok terletak. Bila masa den buang kusyen sofa?
@#$%^^*

Sampai ofis bos cari
B : Kenapa lambat? (Sambil tengok jam dinding) 0845am
M : Hal anak
B : .....

Wednesday, January 24, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Bismillah

Alhamdulillah dah 24hari melangkah ke tahun 2018. Saya doakan semua sihat sihat belaka dan sentiasa diberi rezeki yang melimpah ruah dalam kehidupan.

Saya? Masih di tempat yang sama, yang berubah cuma jarum timbang berat ahaks 😂... saya gembira sebab saya rasa makin hari saya semakin matang dalam kehidupan. Ujian hidup tu biasa. Yang luar biasa bila kita sentiasa cool dan tenang dalam apa jua keadaan.
Doakan rezeki untuk saya. Saya teringin nak sambung master tahun ini. Dulu saya dah pernah hantar permohonan tapi saya tak proceed sebab ada komitmen keluarga yang penting. Selepas habis cuti tanpa gaji saya buat simpanan semula untuk teruskan cita cita. Alhamdulillah dapat habiskan bayar hutang kereta. InsyaAllah nak habiskan bayaran hutang rumah juga.
Lagi satu saya sedang buat simpanan untuk tunaikan umrah dan haji. Simpanan untuk saya suami dan anak anak. Doakan rezeki saya untuk ke Tanah Suci Mekah bersama keluarga tersayang. Saya teringin nak pergi.
Ada antara teman2 yang dah tercapai cita cita tersebut. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Saya doakan cita cita lain teman teman juga akan tercapai.
Cita cita orang muslim adalah syurga lagi lagi dapat bertemu Allah dan nabi nabi Allah. Mesti seronok. Cita cita tertinggi tu. Rasa diri kecil dan tak layak. Jangan sedih.
Kita doa sama2 😭😢😢