Monday, May 24, 2004

keluh kesah?!

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

entah kenapa hari ni hati macam tak tenteram, gelisah tak tentu pasal. Rasa mungkin sebab pasal exam semalam tu kot. Kebetulan hari ni join usrah kak radiah. Tak sangka pulak tajuk tadarrus hari ni tentang ‘keluh kesah’. Kira related la dengan diri aku ni.
Rupa rupanya dalam Al Quran sendiri dah cakap tentang fitrah manusia ni memang keluh kesah terutama apabila dia ditimpa kesusahan. Tetapi Allah beri pengecualian bahawa orang yang dapat mengeluarkan diri dari golongan yang keluh kesah itu adalah sembilan ciri iaitu
§ Orang yang mendirikan solat dengan istiqamah
§ Orang yang mengeluarkan sedekah
§ Orang yang membenarkan hari akhirat
§ Orang yang takut pada azab Allah
§ Orang yang menjaga kehormatan
§ Orang yang menjaga janji
§ Orang yang memegang amanah dengan baik
§ Orang yang memberikan kesaksian
Rujuk surah Al Maarij ayat 19 hingga 35. ahli ahli tafsir mengatakan bahawa surah ini diberikan maksud tempat2 naik (al maarij) munkin kerana ia memberi kita panduan tentang amalan yang dapat membawa kita ke darjat yang lebih tinggi.Mungkin kita akan akan lebih faham setelah membaca surah ini bersama terjemahannya.wallahu a’lam..

No comments: