Saturday, November 13, 2004

ramadhan dan raya

bismillah semenjak Ramadhan yang daku lalui dengan pelbgai suka dan duka. dari cerita solat berjemaah di surau berimamkan teman2 yang selama ini aku tak sangka akan memimpin dalam solat terawih. sehingga cerita kek batik yang menjadi hebahan. beralih kepada kisah pakcik van mengamuk kepada kami sehingga meninggalkan aku dan 3 orang lain di semenyih dan alifah terpaksa berkorban menghantar aku pulang. kisah mencari sponsor di niosh, bangi. kepada kisah edwin meminta aku menghantar kad raya kepada Prof Adeeb. emm banyak betul perkara yang berlaku. aku gagal menghabiskan bacaan khatam tahun ini. tak mengapa aku akan cuba habiskan selepas tamat Ramadan. kengkawan menghubungi untuk mengucapkan selamat hari raya. tatkala raya hampir menjelma barulah aku tahu ke mana kalian pergi ya...ibu pula sibuk menyusun atur perabut.. kami menjadi mangsa bila aturan tidak mengikut yang diingini. walaupun letih tetapi berbaloi rasanya. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments: