Wednesday, February 07, 2018

Sambung belajar

Ramai yang tanya kenapa Ma tak sambung belajar lagi. Jauh di sudut hati yang suci dan murni ini memang sukakan ilmu ilmu baru. Apakan daya niat yang suci ini bukan semudah petikan jari.
Melihat kawan kawan dan sesiapa sahaja menjejak semula ke universiti boleh mengundang rasa ralat dalam hati. Sabarlah hati. Jangan rasa begitu. Saya percaya Allah sentiasa berikan perkara terbaik sesuai dengan kemampuannya. Sejak Ai sakit, hati saya tak sama seperti dahulu. Doa doa yang dipanjatkan. Tak pernah tertinggal nama Ai. Saya rasa berat hati untuk duduk jauh dari Ai. Saya cuba lupakan cita cita namun ia sentiasa timbul terapung dalam pemikiran saya. Saya berdoa adanya ruang dan kesempatan untuk meneruskan cita cita. Suburkan hatiku untuk menimba ilmu baru. Mudahkan lah hambamu ini. Lapangkan hati ku dan capaikanlah cita citaku nanti. Amin


Update : Alhamdulillah, telah diberi peluang menyambung pelajaran. Doakan saya GOT 😄 

update again: Final year wehhhh.....mudah2an berjaya dengan cemerlang dan GOT

No comments: