Sunday, May 21, 2023

Hidup bukan semestinya bahagia

Assalamualaikum sayang semua, 

Aku masih lagi di sini. setelah lama menyepi. Alhamdulillah hidupku baik dan biasa-biasa sahaja. 

Aku kini dalam suasana attachment di tempat orang. Suasana yang baru. Agak asing. 

Kawan-kawan juga baharu. Silih bertukar ganti. itulah lumrah kehidupan sekarang. 

Aku perlu cepat membiasakan diri. 

Adakala keadaan terlalu melukakan. 

Namun segera aku cuba memaafkan. 

Berjalanlah...bergeraklah kerana dunia tidak menunggu kita.

Dan juga walau aku tidak suka, aku akan cuba sekurang-kurangnya senyum supaya diri ku tidak berseorangan. Kita sama-sama datang dari dunia asing kemudian akan kembali asing. 

Namun suatu hari nanti, di suatu tempat yang kita panggil syurga akan menyatukan kita. 

No comments: