Tuesday, July 17, 2012

CONFINEMENT NANNY / LADY

aisy....ada orang mengeluh tak sebab nak berpantang? masa anak sulung dulu rasa mcm penjara,kan? pe buat pun tak boleh.nak makan itu kena marah, nak buat tuh mak tak bagi. pastu jaga baby pun tak pandai...mengadu pada suami, si dia macam tak faham ja......tertekan mak!!! apa lah kabar saya masa saya pantang kan? saya?

: ha ha ha :

saya ni sensitip orangnya. saya janji tak mau marah or tertekan masa pantang (tapi huh....)
saya mintak ampun ya abang maklumlah...orang tengah berpantang ni emosi tak stabil (tapi pas pantang pun sama sensitipnya) 

entah macam man saya dapat idea guna confinement lady (CL) ?
browse punya browse jumpa few webs yang provide CL
jom check sini
http://shadirabeauty.com/
http://www.ireetouch.com

ada lagi banyak tapi yang atas ni lebih established kot
yang ramai gunakan khidmat ni sebenarnya dari kalangan orang Cina
mungkin mereka tak de la nak balik2 kg macam kita ni nak berpantang di rumah dengan mak.
macam saya ni dah takde mak hu hu hu kena la pinjam mak orang lain untuk jaga saya pantang


akhir saya decide nak cuba jugak (kan saya kata saya ni degil)

alhamdulillah saya dapat kak sulati dari shadira. syukur sesangat walaupun arwah mak tiada di sisi saya (al fatihah untuk arwah mak saya) saya dapatlah berpantang juga at least berpilis param berurut  bertungku ber...ber...macam2 lagi macam orang lain. kalau tidak mau meroyan juga mak budak nih....

nanti saya sambung citer anak kembar saya dijaga CL



 

Friday, July 06, 2012

BERBELANJA UNTUK ANAK KEMBAR

Ramai antara kita yang menganggap perbelanjaan untuk anak anak kembar pasti memerlukan bajet yang besar…memang benar dan untuk beberapa perkara sebenarnya kita mampu berjimat. Saya bagi tips iya? :
1. Barangan percuma sebenarnya memang wujud. Anda mungkin pernah mendengar mom’s bag yang diberikan secara percuma kepada ibu ibu yang telah selamat melahirkan bayi. Seronok kan?manfaatkan sebaik baiknya. Simpan dan gunakan barangan percuma ini. Lihat : mamababyworld.com.my
2. Sekiranya anda adalah peminat untuk jenama tertentu, semak jika syarikat tersebut ada memberikan program mata ganjaran yang membolehkan anda menukar mata untuk barangan tertentu seperti permainan kanak kanak, sampel produk, keperluan harian bayi dan hadiah hari jadi. Jadi setialah kepada produk tersebut dan manfaatkan mata ini.
3. Lampin pakai buang kadangkala agak mahal. Kepada yang ‘green’ bertukarlah kepada lampin kain yang trendy. Berbaloi untuk wang dan boleh bertahan untuk untuk dua atau tiga generasi.
4. Beli secara pukal. Selain menjimatkan masa tenaga dan harga barangan pukal selalunya akan member penjimatan RM5-10.jika anda memang pandai mencari tempat yang menawarkan harga yang lebih murah itu sudah lebih bagus. Saya cadangkan speedmart 99 (Selangor) dan kedai ubatan cina. Boleh juga semak promosi mingguan pasaraya borong seperti Tesco atau Giant
5. Jualan murah/gudang/ penghabisan stok adalah kegemaran saya. Untuk seorang yang pandai berbelanja, jualan seperti ini adalah penting untuk berjimat (bukan untuk berbelanja sakan). Selalunya item adalah sedikit rosak hampir tamat tempoh, second hand atau ‘dikembalikan’. selalunya harga di jualan ini jauh lebih murah dari harga pasaran. Ambil sedikit masa untuk menilai dan pastikan harga nya berpatutan.
6. Pernah dengar kedai bundle atau ‘cash coverter’?anda mungkin boleh jumpa sesuatu yang diperlukan di sini. Cuma saya tidak cadangkan anda membeli peralatan elektrik atau barangan yang melibatkan keselamatan di sini.
7. Pinjam sahaja dari saudara mara atau rakan. Sesetengah barangan kita hanya gunakan beberapa kali sahaja. Contoh seperti katil bayi, kerusi makan, stroller dan sekiranya mereka bermurah hati untuk meminjamkan kepada anda, memang anda bertuah!.kan sharing is caring :)

Thursday, July 05, 2012

KEHIDUPAN DI SPECIAL CARE NURSERY

   Antara pengalaman yang terbaik pernah saya lalui adalah sewaktu berada di SCN.saya tidak pernah terfikir seumur hidup saya akan berada di sini sebagai seorang ibu kepada dua orang bayi pramatang.Bayi di sini dibahagi kepada tiga bilik nursery. Setiap jururawat akan menjaga dan memantau sekurang kurangnya 15-20 bayi dalam satu satu masa. Disebabkan itu ibu bayi digalakkan bersama (rooming in) bersama atau kerap melawat bayi. Keadaan di sana agak bingit disebabkan suara tangisan bayi yang kadang kadang amat menyayukan saya. Bayi bayi ini dimasukkan ke wad SCN untuk pelbagai sebab seperti jaundice, presumed sepsis (berkemungkinan jangkitan) hypoglycaemia (kekurangan gula), kurang berat badan, pramatang dan berbagai masalah kesihatan.
    Paling menarik kehidupan ibu ibu di sini. Mereka bagaikan sebuah kumpulan yzang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. Saya berkenalan dengan ramai ibu ibu yang berada di sini. Ada antara mereka telah berada lebih sebulan berada di sini tanpa jemu untuk mengetahui perkembangan bayi sehingga dibenarkan pulang oleh doctor.

    Sekiranya anda termasuk dalam kategori ibu yang bersalin tetapi anak di wad special care/ICU tips ini saya kongsikan dengan anda :
  1. Jangan panik. Cuma pastikan keadaan bayi anda. Pastikan tag namanya tidak mudah tercabut dan bayi itu anda yang punya. Dapatkan seberapa banyak info tentang keadaan bayi dan berapa lama bayi anda akan berada di sana. Ini membantu anda merasa tenang dan melakukan persediaan minda dan fizikal. 
  2. Bergembira dengan bayi. Luangkan masa bersama dan wujudkan hubungan dengan dia. Meyusukan bayi ,peluk dan pangku bayi anda. Lakukan kanggaro care. Jangan lupa mencuci tangan sebelum memegang mereka dan tunjukkan kasi h sayang kepada bayi comel anda. Jika anda ragu, jangan risau perasaan keibuan akan timbul tidak lama lagi. 
  3. Sekiranya anda merasa tertekan luahkan perasaan kepada orang yang anda percayai. Di sini anda mungkin mendapat rakan baru yang senasib dengan anda. Luahan penting supaya anda tidak merasa keseorangan dan mendedahkan anda pada kemurungan dipanggil postnatal depression 
  4. Jaga diri dengan berehat dan makan makanan yang berkhasiat. Anda masih boleh berpantang walaupun berada di wad. Di sini kemudahannya mungkin tidak seselesa berada di rumah. Cari bahan/aktiviti yang membuatkan anda merasa tenang dan terisi seperti melawat dan menyusukan bayi,berbual bual dengan para ibu dan jururawat, melayari internet ataupun mungkin tidur? 
  5. Dapatkan sokongan ahli keluarga lain seperti suami dan ibu atau ayah untuk selalu bersama anda. Sokongan amat penting semasa melalui fasa ini.
disebabkan saya lambat 'master' tinggal di SCN, Tuhan telah mentakdirkan bayi saya dimasukkan ke wad sebanyak empat kali....bayangkan EMPAT kali....(camno la tak master dok di SCN, orang lain masuk keluar dan balik, saya masuk keluar esok lusa datang balik ke sana...hu hu).
anda ada pengalaman menarik? berkongsi lah dengan saya :)

Monday, June 25, 2012

ANDA SUKA FREEBIES

assalamualaikum/salam sejahtera


ada tak anda terfikir orang nak beri barang free pada anda?well, dalam dunia mana ada free...masuk toilet pun kena bayar, der!
tajuk nya sudah mengujakan...saya rasa tiada orang yang tidak suka kepada barangan percuma (termasuk saya?)...kenapa freebies diadakan?
Di Malaysia sudah banyak website yang memberi info tentang freebies...

JIKA ANDA ADALAH ORANG2 YANG SUKAKAN SESUATU YANG PERCUMA (SAMPAI TAK BOLEH TIDO MALAM) ANDA WAJIB CHECK THIS OUT!
di bawah adalah LUBUK2 FREEBIES :

http://freebiesland.com.my/
http://malaysiafreebies.blogspot.com/
http://www.happyfreebees.com/
http://i-love-freebies.blogspot.com/
http://boundlessfreebies.com

saya pernah submit few items dan hasilnya not bad....
ingatkan orang kat obersea je yang banyak freebies.orang sini pun ada (kau ada?)
kalau anda rajin cuba lah....kalau anda suka bagitahu ya :) be coz sharing is caring der....


Wednesday, May 16, 2012

KELAHIRAN SI KEMBAR (versi ada tambahan - mengada ngada)

assalamualaikum

melahirkan anak anak kembar saya amat manis dan megujakan (walaupun saya masih bersedih atas pemergian arwah ibu saya)

mengandung kali kedua dan kembar pula memang betul betul berbeza dengan kandungan anak pertama saya.sesungguhnya mengalami dan membacanya dalam buku adalah tidak sama...

alhamdulillah saya berjaya melaluinya secara normal tanpa pembedahan dan tanpa episiotomi...
klau ada yang nak minta petua nanti saya slow slow cerita ya =)

seawal minggu ke 30 saya telah merasakan sakit kontraksi yang main main... bila berjalan atau lakukan kerja seperti mandikan anak atau memasak, sakit datang dan pergi... mood nak memasak tu memang mengada ngada datang waktu da sarat.. dan saya selalu ingatkan suami supaya kurangkan kerja mengajar tuisyen malam sebab saya takut terbesalin kat rumah.

sewaktu mengandung impian nak baca quran memang berkobar kobar. tapi jadinya kebanyakan waktu saya baca dalam hati sebab nafas saya pendek cepat mengah dan cepat putus asa... klau lah saya ada CD baca Quran kat rumah tentu bagus.... solat pun duduk atas kerusi setelah satu kejadian jatuh melawan berat badan terjadi ...

walaupun sudah sarat namun saya memang tak reti duduk diam... shopping ke tesco memang suka sangat... suami marah jugak  sebab lepas balik shopping mesti komplen sakit kaki la... sakit belakang la... pastu ada hati nak pergi library baca baca buku macam dah takde keje nak buat pun suami saya layankan, bawa saya ke library selangor yang besar tu ...* haa... besar * nak jalan pon da macam penguin - perut besar dan jalan lambat hu hu

( rindu sangat masa ni sebab suami macam caring sangat dan saya pulak macam singa lapar hu hu garang giler dan sangat mudah dapat mood swing weng weng)

alhamdulillah (rahmat Allah dan berkat doa suami )  saya selamat melahirkan kembar dua perempuan pada 25 April 2012 yang lalu secara normal (tak perlu operation...lega).saya da masuk ke wad sejak dari 12 April akibat kontraksi awal disebabkan terlalu rajin bekerja?...sewaktu kandungan 33 minggu... menaiki ambulan. selalunya staf sorong pesakit...tapi petang tu staf sorong doktor keluar dari bilik...ha ha ha

makan dan tidur dalam wad adalah rutin harian selama dua minggu..bukan aktiviti yang semua orang suka. tak boleh keluar dari wad, tak boleh bersiar siar. no astro no husband n kid no laptop no shopping oh oh oh....saya tak pasti berapa berat saya bertambah...klau saya timbang mesti kena minum air gula buat kali ketiga kot :P

Pada pagi 25/4/12, saya merasakan sakit kontraksi saya semakin kuat.tapi nurse kata kekuatan nya masih lemah seperti saya mula2 dimasukkan ke wad.selepas solat subuh saya berehat dan cuba melelapkan mata.sakitnya tetap terasa secara selang 10 minit.tiba tiba kain yang saya pakai terasa basah..rupanya air ketuban saya telah pecah. nurse pun tenang je panggil doktor untuk periksa saya. saya terus ditolak ke labour room kerana bukaan telah pun mencapai 2 cm. .bayi dipantau melalui CTG ... jadi berselirat la perut dengan gel dan wayar wayar CTG... tracing CTG tak cantik sebab baby adik ni memang kuat bergerak compare dgn baby kakak. penat da kakak nurse tu adjust sana sini at last pakar cakap pasang internal ajelah.... wah pasang internal la pulak susah tau ....wayar tu nak pasang ikut dari bawah ....(in denial tone) redha ajelah mak nya ni... (details nnti goggle je la ... private... )

awal awal saya di offer epidural (kepada yang cari info pasal epidural my statement could mislead you) saya kalau ikut survey diorang suggest amik... jadi saya pun setuju... sbb twins delivery can b evenful...sbb byk risiko dan saya risau it won't progress well. 

wah rupanya prosedur epidural amat menyakitkan juga. nurse cakap ada orang yang menjerit sebab sakit.... tang yang masuk jarum tu... (ke saya ni yang penakut kot, sebab so far blum penah dengar orang komplen prosedur epidural sakit)... saya berpeluh2 menahan sakit.sehingga nurse bertanya kenapa saya berpeluh, saya jawab labour room sangat panas walaupun tempat itu ada air cond....he he.

(bersambung)

pukul 4 saya rasa sakit seperti hendak meneran.walaupun anda pakai epidural kesakitan tu tetap terasa (true...true). setelah bukaan 10cm dua kali teran kembar pertama saya selamat dilahirkan pada pukul 420 petang seberat 2.2kg. sementara menunggu kembar kedua repositioning, saya berehat.
oww...kembar adik adalah bayi yang sangat aktif semasa di dalam perut.semasa hendak periksa jantung kerap kali MIA (missing in action) sebab kerap berubah posisi.jadi kalau dia buat 'macam macam itu adalah telah saya jangkakan. setelah kakak dilahirkan kedudukan adik jadi melintang...ruang dah banyak,adik jadi bos. keadaan ini mengundang panik kepada doktor dan pakar.cuak nya kat saya. doa saya : 'tak mau operation' hu hu...

mesin scan ditarik... posisi adik adalah melintang. putaran kandungan cuba di lakukan. kita panggil external cephalic version. saya berdoa dalam hati.... mudah mudahan bersalin normal sorang dah normal takkan nak operate yang second... nnti confinement sape nak tolong jaga ngan luka operation ...hati saya menangis....pakar dan doktor beriak bimbang. first attempt ended up with baby adik jadi breech (songsang). lagilah kami cuak. nurse siap tanya nak prepare operation theatre..dijadikan cerita saya langsung terlupa saya ada sorang pakar yang follow kes saya ms dalam wad..pakar tu lah yang datang dan pusingkan adik balik kepalanya ke bawah. alhamdulillah berjaya da adik pusing.....disebabkan saya sangat takut operation (serius ni) terus skali teran untuk melahirkan baby adik.....ok la berat adik cuma 1.9kg... adalah sungguh membazir meng operate...

yeay! ALHAMDULILLAH