Wednesday, February 09, 2005

dunia tulang

bismillah
tidak syak lagi tulang yang sihat dapat menjadikan kita seorang yang produktif. bayangkan sekiranya berlaku sesuatu terhadap tulang patah umpamanya, tentu terganggu serba sedikit kegiatan harian kita. mana taknya tulang merupakan penyokong kepada tubuh. ia menjadi tempat berpautnya otot dan kita dapat bergerak hasil dari kontraksi otot tersebut. tulang yang patah memrlukan masa untuk bersambung semula. dan semasa proses pemulihan tulang tersebut perlu direhatkan .

wad orthopedik yang terletak di tingkat 4 bangunan hospital HUKM merangkumi wad ortopedik lelaki dan perempuan, wad trauma ( untuk kebanyakan kes kemalangan) dan wad spina. namun aktiviti harian seperti clerking case dan roung ward lebih tertumpu di wad ortopedik dan trauma. saya rasa kebanyakan perkara yang perlu dilakukan di sini adalah meneliti X ray. x ray memainkan peranan untuk menunjukkan keadaan dalaman tulang seseorang. oleh itu kemahiran 'melihat X ray' telah menjadi kewajipan bagi seorang pelajar perubatan. he..he..

saya telah berpeluang menyertai klinik yang sememangnya diwajibkan bagi kami. memandangkan hari selasa lalu merupakan hari terakhir sebelum cuti tahun baru cina jadi tidak syak jika klinik begitu padat dan haru sekali. tetapi walaupun begitu kami tetap gembira mempelajari sesuatu dengan supervisor saya iaitu Mr Suhail. walaupun beliau nampak menggerunkan tetapi rupanya sangat baik hati dan tetap menjawab setiap pertanyaan dan kemusykilan kami dangan dedikasi sekali. insya Allah saya dan rakan akan berada di sini sehingga skhir bulan Februari sebelum kami berpindah ke Jabatan Surgeri. insya Allah

SALAM MAAL HIJRAH
semoga semangat hijrah Nabi SAW sentiasa dalam sanubari

No comments: