Thursday, February 24, 2005

manusia kan banyak silapnya

Minggu ni adalah minggu terakhir aku berada di ortho. aku dah mula berat hati nak lakukan rutin seharian di wad. Ditambah dengan ’lagu’ dari registrar yang cakap kitorang ni disappointing them, lagilah aku rasa cam tak nak masuk wad. Tapi tak boleh wat perangai cam ni. Nanti Allah marah. Mak ayah aku antar g belajar tinggi2 supaya nanti aku leh rawat manusia. Bukan suruh tuang kelas pastu bagi diagnosis salah. Wah besar btul implikasi ponteng ward roung isnin lalu. Patutla Mr Suhail tidak ’segan silu’ marah kat aku. Dia cakap nak gantung aku kat dinding...sampai sekarang terngiang2 suara dia. ” kalau I gantung u kat atas dinding tu tak de siapa yang boleh turunkan u..” aku dah tersenyum kelat. Aku rasa cam nak je lari dari hospital. Aku kena tabah dan berani. Eleh cakap je bleh la. Pastu bila kena lagi camtu sure demotivated balik.
Aku g klinik ari selasa aritu. Eh mana lak Mr. Suhail ni. Takpe tak dapat tuntut ilmu dr Mr Suhail, ngan Dr Shahar pun jadilah...tapi tak tahan la. Banyak sangat kena tembak soalan. Dr kata aku pandai goreng jawapan je. Apalak tak pandainya. Kalau tak goreng mana nak masak ye tak? Dr jangan marah ye. Akibatnya petang tu aku mogok tidur kat bilik akibat terlalu tension. Dah lah malam sebelum tu aku tidur lewat. Konon nak jadi warga kolej yang mithali..

No comments: