Monday, May 23, 2005

NASIHAT UNTUK WANITA MUSLIMAH
Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan 'Auf bin Muhlim Asyaibani, pada waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:
"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya. Tetapi! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai. Dan pedoman kepada yang berakal. Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya, Nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami, dan kau terlalu berharga bagi kami. Tetapi! Wanita dicipta untuk lelaki..Lelaki dicipta untuk wanita. Bercerailah kau dari ayunan buaianmu..Meninggalkan teratak tempat besarmu..Melangkah menuju ke alam baru...yang belum kau kenal...yang belum kau biasa Kau milik suamimu..Anggap dirimu sebagai hamba..Jadilah teman yang paling setia Bawalah wasiat dariku...Sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan menuju alam bahagia
Relakan hatimu sekadar yang ada semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulur tanganmu tanda mahu berganding bahu
Jauhkan dirimu dari segala yang jelek yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu..Gantikan ia dengan sinar secerah sang suria pagi.
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak
kening bercelak
Itu menambah seri
tu membangkit berahi
Dan...
Air cukup memada..
Bagi yang tiada
Jaga masa makannya Juga waktu tidurnya
Kerana...
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu..
Tabahkan hatimu..
Badanmu terselamat..
Jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu..
Di kala dia berduka, Pendamkan kesedihanmu
Di kala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebabkan pertama
Hilang suasana disebabkan kedua...
Hulurkan tanganmu...
Andai kau menghulur sebelah tangan..
Nescaya dia menghulur kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkan
Ketahuilah! Kasihmu tidak sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasihmu, kasihlah dia
Bencimu, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu. Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu."
Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu telah mencapai kedudukan yang mulia disisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang kesemua telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayahanda mereka. Beginilah seterusnya status wanita-wanita yang memiliki kelebihan. Adaptasi drpd Al-Mustanir hati beri pada tuhan ... mata pandang depan ... kaki terus jalan Biar rebah jangan berubah, "Biar terbuang terus berjuang". Senyum mujahid menuju syahid!

No comments: