Friday, April 06, 2012

how r u my babies?

assalamualaikum/salam sejahtera
salam hari jumaat yang berbahagia
saya dah melalui tempoh 32 minggu mengandung...
6 minggu lagi...kenapa?insyaAllah saya akan di induce pada minggu ke 38.saya berdoa semoga semuanya berjalan lancar...perut saya sudah agak berat.kalau berjalan seperti mahu ke hadapan.ada juga yang bergurau kelihatan saya seperti seekor penguin berjalan ke kiri ke kanan membawa perut.saya tetap tabah bekerja walaupun hati megeluh penat.kesempatan cuti tahunan saya gunakan untuk berehat dan memantau persiapan bayi saya.
apa khabar bayi bayi kembar ku?
 adakah kalian bersempit2 seperti dalam gambar ini?jangan bergaduh ya...
mama doakan kalian sentiasa dalam lindungan Allah.
scan sewaktu 31 minggu doktor kata bayi saya duduk sebelah menyebelah....kadangkala seorang seperti menyenget ke kanan sedijkit.bayi yang kanan sangat2 aktif terutama sewaktu hari siang.manakala bayi di kiri lebih aktif waktu malam...emmm...belum lahir tapi da nampak perbezaan mereka berdua ;)
 


No comments: