Tuesday, September 25, 2012

ADOI NYA BERBELANJA...

Assalamualaikum

Anak anak semakin membesar dan secara tak langsungnya perbelanjaan semakin besar...Bayangkan membeli keperluan anak sahaja seminggu boleh mencecah RM500. Ni yang maknya tak kuat shopping, kalau yang kuat shopping? (jawapan : diorang kaya, nak) sampai telan air liur membayar keperluan 3 orang bebudak itu. Bagaimana nak mewujudkan rasa redha dan ikhlas untuk anak anak?

Arwah mak saya selalu cakap ayat ni " jangan membazir ye...mak pergi kerja siang malam bersusah payah hanya untuk anak anak" aisehhh....rindu sama mak uwaaaaaa......
Walaupun kami tidak mewah tapi keperluan tak pernah kurang. penting nya rasa bersyukur....cukup dengan apa yang ada. tidak semestinya bermewah (kalau boleh dan mampu apa salahnya). Walaupun saya sebenarnya mampu, tapi untuk bermewah adalah tidak mampu hu hu hu....tengok kawan sebelah kanan ada Blackberry tengok kiri wow.... ada I Phone 4s....saya pakai Nokia yang hubby bagi (pinjam).

*Sesungguhnya membandingkan diriku dengan orang lain dan merasa cemburu dengan harta harta mereka boleh merosakkan hatiku. Tunduk lah pandangan mataku dan hatiku untuk merasa lapang walaupun dalam kesempitan dan aku berdoa agar rezeki aku adalah berkat biarpun sedikit...*

(inilah luahan hati orang yang tidak bergaji...
tak mengapa untuk mu...anak anak..)


istimewanya cuti tanpa gaji saya kali ini....
walaupun tanpa gaji :
suami yang memahami
keluarga yang memberi sokongan
keperluan harian sentiasa cukup
kereta masih mampu dibayar
duit rumah masih boleh dilangsaikan
masih mampu bersedekah dengan wang bisnes kecil kecilan saya
hati tetap tenang
dapat membezakan antara teman yang setia atau mengambil kesempatan
melenturkan rasa bongkak dan tinggi diri
meyuburkan rasa kehambaan yang tinggi

saya berharap bila saya bekerja nanti mudah mudahan rezeki saya terus murah dan walaupun bukan dalam bentuk wang atau pun harta namun Allah tetap melimpahkan saya rezeki anak anak, tubuh yang sihat, keluarga yang sayang menyayangi...itulah rezeki saya sebenarnya! SUBHANALLAH........

=)

No comments: