Monday, February 06, 2012

rumahtangga vs kerjaya

assalamualaikum dan salam sejahtera
input skit...semakin ramai ladies terlibat dalam bidang professional.termasuk la saya,yang tak berapa pro ni.macam mana rutin kawan kawan semua ya.saya tiada pembantu.harap2 boleh la cope especially after beranak kembar nanti.
setiap kita ada pendapat masing masing kenapa kita tidak mahukan atau perlukan pembantu.saya ada beberapa tips ;
  1.  FIKIR POSITIF ya....anda dan saya boleh lakukan.mak ayah kita dahulu pun tidak perlukan seorang pembantu.tapi masya Allah kelam kabut nya hanya Allah yang tahu.yang penting kita punya sekeping hati yang tenang dan redha.mulakan hari dengan bismillah dan berdoa
  2. persiapan awal- siapkan kerja awal dan usah bertangguh,bertangguh itu pencuri masa.siapkan bag pe yang patut malam sebelumnya.jika saya jenis yang pelupa,kadang2 ssaya letakkan barang tersebut di depan pintu.maklumlah bila dah pening ingat itu ini benda yang paling besar pun boleh tercicir.contoh beg untuk baby dan beg kerja.kalau boleh biar gunakan beg yang berbeza rupanya,jangan sampai tertukar ya
  3. bekerjasama - assign tugas untuk sesama suami dan isteri.contoh kerja yang ringan boleh hubby tolong lakukan contoh sidai baju,basuhkan botol baby,masakkan air etc.isteri masak,kemas rumah sikit,lipat baju.jadualnya terpulang.ikut citarasa...konsepnya : sama sama redha :)
  4. terima seadanya - bicara saya dari hati ke hati dgn cik hubby : keadaan rumah seadanya.kadang2 rumah kita cantik dan berkilat berseri.satu hari macam tongkang pecah emm sikit lagi macam ladang dan taman asuhan hu hu.tip saya : beli beberapa bakul di kedai RM2 dan boleh kategorisekan ikut tema cth : kain baju dalam satu bakul,mainan anak dalam satu bakul,buku (sebab saya ulat buku merata je buku nya) dlam satu bakul,lain2 dalam satu bakul.lain kali ada masa bolehla kemas betul2.at least tak nampak semak sangat rumah kita.
  5. buat rutin harian dan mingguan - cth rutin harian : masak,basuh pinggan,basuh botol anak,kemas baju yang kecil2an.rutin mingguan : basuh baju,menggosok baju,cuci lantai dan mopping,cuci bilik air dan kemas perabot.bincang dan tampal dekat peti ais.if rajin tak macam saya boleh buat jadual.
  6. reward diri sendiri - berpenat lelah seharian,semingguan sediakan ganjaran untuk diri sendiri cth window shopping,massage treatment.jika tak gemar membazir,boleh la buat aktiviti di rumah sahaja contoh bermanja2 dengan rawatan spa di rumah,bermalasan di depan tv atau baca buku yang digemari (untuk si  ulat buku)
  7. simpan barangan - tentukan barangan yang selalu digunakan di satu tempat sahaja,agar kita tidak tercari2 atau terhilang.contoh letak dalam beg kecil.contoh :kunci rumah,telefon,ipad,dompet.
  8. siapkan kerja di tempat kerja dan sebolehnya tidak membawa kerja pulang.masa selepas pejabat adalah masa untuk keluarga.jika anda tetap seorang yang sibuk tetapkan sejam sehari untuk melayan anak dan suami.kita tetap milik kelurga,kerjaya boleh dikejar tapi jika hilang keluarga tiada galang gantinya.
  9. senyum :) bila kita senyum dan gembira, hubby dan anak2 pun akan gembira.barulah tenteram rumah tangga.
macammana dengan tips ini?jika ada sebarang tambahan atau pengalaman boleh kita kongsi bersama :)



Saturday, February 04, 2012

MERAWAT DEMAM YANG TERSAYANG

salam sejahtera/assalamualaikum
sekadar hiasan :)

apa kabar orang kampung semua?
saya doakan anda sihat selalu seadanya.dengarnya sekarang musim orang tak berapa sihat.mungkin faktor cuaca,pemanasan global?,cara hidup yang tidak berapa sihat.kita sering melupakan nikmatnya sihat itu hingga datangnya penyakit.mengapa?bagaimana kita atau orang yang terdekat jatuh sakit?
saya berikan tips ya:
  1. yang penting kita mencegah.ya, bagaimana :) gaya hidup sihat,makan makanan yang banyak vitamin C seperti buah dan sayur.jika anda malas aduh...ambil vitamin sahajalah....
  2. jika anak atau dewasa mula tunjuk tanda akan sakit,cepat cepat berikan minum air yang banyak dan beri pemakanan yang sihat seperti buah buahan.
  3. cepat merawat anak yang demam.tidak semestinya berlari ke klinik.pastikan anda simpan stok ubat yang mencukupi di rumah atau peti ais seperti ubat demam,selsema,batuk dan sebagainya.Dan pastikan tarikh luput ok?berikan dos yang betul sekiranya demam.lap badan anak dengan air dan pastikan anak tetap makan walaupun sedikit.lagi satu inilah masanya kita TUNJUKKKAN KASIH SAYANG!
  4. sekiranya ada perkara yang membimbangkan segera ke klinik. kebanyakan demam yang melebihi 3 hari dengan suhu yang tinggi BUKAN DEMAM BIASA.perhatikan jika anak ada petanda lain seperti tidak aktif muntah atau cirit birit,wujudnya bintik2 merah atau tidak lalu makan.
  5. di klinik, selalunya pemeriksaan darah akan dilakukan.sekiranya ia adalah demam viral.antibiotik selalunya tidak diperlukan.kerana antibiotik hanya diberi kepada demam disebabkan jangkitan kuman.jika diberi kepada yang tidak sepatutnya,kita akan meningkatkan rintangan antibiotik yang menyebabkan kuman sukar mati pada masa hadapan disebabkan pendedahan kepada antibiotik yang kerap.
  6. jika demam viral - disebabkan jangkitan viral kadangkala tidak spesifik -wujud berjuta2 virus di dunia -badan manusia akan melawan jangkitan ini megikut keadaan imuniti seseorang.nah...inilah pentingnya imuniti yang kuat.ada orang cepat ada yang lambat.doktor akan memberi ubat merawat simptom seperti demam atau selsema.jangan lupa makan ubat ikut waktunya ya.
  7. cuma sekiranya ada simptom bahaya mungkin sseorang itu akan dimasukkan ke wad.
  8. rawatan akan diberi oleh pihak hospital mengikut diagnosis
  9. sekiranya anda telah sihat tahniah! nikmatilah kesihatanmu dengan rasa syukur dan gembira
sekian tips saya hari ini

Tuesday, January 31, 2012

ALLAH LEBIH TAHU




"BOLEH JADI ALLAH MEGABULKAN HARAPAN KITA DENGAN TIDAK MEMBERI APA YANG KITA INGINKAN KERANA DIA MENGETAHUI BAHAYA YANG MENIMPA DI SEBALIK KEINGINAN KITA" @@ GYM

berprasangka baik la dengan Allah.sangat la naif andai mengandaikan bahawa Allah tidak menyayangi kita kerna tidak kunjung terkabulnya permintaan.Nauzubillah...
Teman, begitu banyak yang kita tidak minta tetapi Allah berikan setiap hari.udara,makanan,keluarga,teman hidup.kita selalu teringat keinginan yang tidak termakbul dan terlupa nikmat lain yang banyak.

tersentuh kalbu ni sewaktu ayat ini terlintas di anak mataku

"tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan satu doa kecuali dikabulkanNya dan dia memperoleh salah satu dari tiga hal dipercepat baginya terkabul di dunia,disimpan sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya dari musibah (bencana ) yang serupa " (HR ath-Thabrani)

subhanallah...
tambahkan lah syukurmu
giatkan amalmu
galilah telaga ilmu
baiki lah akhlakmu

sayang,
sesungguhnya Allah Maha Tahu

Saturday, January 28, 2012

NEW U TURN

assalamualaikum
wah sudah hampir setahun x update blog.sibuk bebenor la tu.giler betul

SELAMAT TAHUN BARU 2012
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1433
SELAMAT TAHUN BARU CINA

emm excited nya bila tahu yang saya akan cuba buat u turn baru untuk blog saya ni.cuma perlukan komitmen dan encik broadband yang sedia bekerjasama!

tentu tertanya2 why decided on new turn?
sudah jauh menyimpang jalan kah?


untuk tahun 2012

ada beberapa facelifts:insyaAllah
info kesihatan dan penyakit terkini
tips penjagaan bayi + penjagaan bayi kembar
tips selepas bersalin dan berpantang
tips orang2 pompuan bekerjaya
macam2 yang rasa cam nak letak

jadi tunggu ya.........

Friday, July 15, 2011

thank you

assalamualaikum
thank you Allah
memberi daku kehidupan
dalam usia nafasku, keluarga masih bersatu.Alhamdullillah
bila saat aku gelisah Allah masih di sisiku
bila inginku merungut ternyata aku serba salah...
adakah aku masih belum puas dengan apa yang aku ada.
Duhai Tuhan
limpahkan daku kasih sayangMu supaya hatiku ini lembut dengan sesama manusia
ternyata lidah ku ini mudah tersasar...
Andai sesuatu itu adalah yang terbaik untukku..ku permohon di permudahkan
aku tidak kisah jika manusia tidak memperdulikan daku
tapi andainya Allah membiarkan ku
aku la makhluk yang nyatanya hanya sendiri

setelah bertahun ini saya menjalani kehidupan selayaknya seorang manusia hamba Allah, seorang isteri ibu dan anak,selayaknya seorang doktor dan selaku khalifah
redha kan lah saya
maafkanlah andai tersalah
kerna ternyata dunia ini bukan destinasi
tapi satu perjalanan yang bermula bila terjadinya satu masa yang dinamakan MATI