Saturday, February 04, 2012

MERAWAT DEMAM YANG TERSAYANG

salam sejahtera/assalamualaikum
sekadar hiasan :)

apa kabar orang kampung semua?
saya doakan anda sihat selalu seadanya.dengarnya sekarang musim orang tak berapa sihat.mungkin faktor cuaca,pemanasan global?,cara hidup yang tidak berapa sihat.kita sering melupakan nikmatnya sihat itu hingga datangnya penyakit.mengapa?bagaimana kita atau orang yang terdekat jatuh sakit?
saya berikan tips ya:
  1. yang penting kita mencegah.ya, bagaimana :) gaya hidup sihat,makan makanan yang banyak vitamin C seperti buah dan sayur.jika anda malas aduh...ambil vitamin sahajalah....
  2. jika anak atau dewasa mula tunjuk tanda akan sakit,cepat cepat berikan minum air yang banyak dan beri pemakanan yang sihat seperti buah buahan.
  3. cepat merawat anak yang demam.tidak semestinya berlari ke klinik.pastikan anda simpan stok ubat yang mencukupi di rumah atau peti ais seperti ubat demam,selsema,batuk dan sebagainya.Dan pastikan tarikh luput ok?berikan dos yang betul sekiranya demam.lap badan anak dengan air dan pastikan anak tetap makan walaupun sedikit.lagi satu inilah masanya kita TUNJUKKKAN KASIH SAYANG!
  4. sekiranya ada perkara yang membimbangkan segera ke klinik. kebanyakan demam yang melebihi 3 hari dengan suhu yang tinggi BUKAN DEMAM BIASA.perhatikan jika anak ada petanda lain seperti tidak aktif muntah atau cirit birit,wujudnya bintik2 merah atau tidak lalu makan.
  5. di klinik, selalunya pemeriksaan darah akan dilakukan.sekiranya ia adalah demam viral.antibiotik selalunya tidak diperlukan.kerana antibiotik hanya diberi kepada demam disebabkan jangkitan kuman.jika diberi kepada yang tidak sepatutnya,kita akan meningkatkan rintangan antibiotik yang menyebabkan kuman sukar mati pada masa hadapan disebabkan pendedahan kepada antibiotik yang kerap.
  6. jika demam viral - disebabkan jangkitan viral kadangkala tidak spesifik -wujud berjuta2 virus di dunia -badan manusia akan melawan jangkitan ini megikut keadaan imuniti seseorang.nah...inilah pentingnya imuniti yang kuat.ada orang cepat ada yang lambat.doktor akan memberi ubat merawat simptom seperti demam atau selsema.jangan lupa makan ubat ikut waktunya ya.
  7. cuma sekiranya ada simptom bahaya mungkin sseorang itu akan dimasukkan ke wad.
  8. rawatan akan diberi oleh pihak hospital mengikut diagnosis
  9. sekiranya anda telah sihat tahniah! nikmatilah kesihatanmu dengan rasa syukur dan gembira
sekian tips saya hari ini

No comments: