Monday, February 06, 2012

rumahtangga vs kerjaya

assalamualaikum dan salam sejahtera
input skit...semakin ramai ladies terlibat dalam bidang professional.termasuk la saya,yang tak berapa pro ni.macam mana rutin kawan kawan semua ya.saya tiada pembantu.harap2 boleh la cope especially after beranak kembar nanti.
setiap kita ada pendapat masing masing kenapa kita tidak mahukan atau perlukan pembantu.saya ada beberapa tips ;
  1.  FIKIR POSITIF ya....anda dan saya boleh lakukan.mak ayah kita dahulu pun tidak perlukan seorang pembantu.tapi masya Allah kelam kabut nya hanya Allah yang tahu.yang penting kita punya sekeping hati yang tenang dan redha.mulakan hari dengan bismillah dan berdoa
  2. persiapan awal- siapkan kerja awal dan usah bertangguh,bertangguh itu pencuri masa.siapkan bag pe yang patut malam sebelumnya.jika saya jenis yang pelupa,kadang2 ssaya letakkan barang tersebut di depan pintu.maklumlah bila dah pening ingat itu ini benda yang paling besar pun boleh tercicir.contoh beg untuk baby dan beg kerja.kalau boleh biar gunakan beg yang berbeza rupanya,jangan sampai tertukar ya
  3. bekerjasama - assign tugas untuk sesama suami dan isteri.contoh kerja yang ringan boleh hubby tolong lakukan contoh sidai baju,basuhkan botol baby,masakkan air etc.isteri masak,kemas rumah sikit,lipat baju.jadualnya terpulang.ikut citarasa...konsepnya : sama sama redha :)
  4. terima seadanya - bicara saya dari hati ke hati dgn cik hubby : keadaan rumah seadanya.kadang2 rumah kita cantik dan berkilat berseri.satu hari macam tongkang pecah emm sikit lagi macam ladang dan taman asuhan hu hu.tip saya : beli beberapa bakul di kedai RM2 dan boleh kategorisekan ikut tema cth : kain baju dalam satu bakul,mainan anak dalam satu bakul,buku (sebab saya ulat buku merata je buku nya) dlam satu bakul,lain2 dalam satu bakul.lain kali ada masa bolehla kemas betul2.at least tak nampak semak sangat rumah kita.
  5. buat rutin harian dan mingguan - cth rutin harian : masak,basuh pinggan,basuh botol anak,kemas baju yang kecil2an.rutin mingguan : basuh baju,menggosok baju,cuci lantai dan mopping,cuci bilik air dan kemas perabot.bincang dan tampal dekat peti ais.if rajin tak macam saya boleh buat jadual.
  6. reward diri sendiri - berpenat lelah seharian,semingguan sediakan ganjaran untuk diri sendiri cth window shopping,massage treatment.jika tak gemar membazir,boleh la buat aktiviti di rumah sahaja contoh bermanja2 dengan rawatan spa di rumah,bermalasan di depan tv atau baca buku yang digemari (untuk si  ulat buku)
  7. simpan barangan - tentukan barangan yang selalu digunakan di satu tempat sahaja,agar kita tidak tercari2 atau terhilang.contoh letak dalam beg kecil.contoh :kunci rumah,telefon,ipad,dompet.
  8. siapkan kerja di tempat kerja dan sebolehnya tidak membawa kerja pulang.masa selepas pejabat adalah masa untuk keluarga.jika anda tetap seorang yang sibuk tetapkan sejam sehari untuk melayan anak dan suami.kita tetap milik kelurga,kerjaya boleh dikejar tapi jika hilang keluarga tiada galang gantinya.
  9. senyum :) bila kita senyum dan gembira, hubby dan anak2 pun akan gembira.barulah tenteram rumah tangga.
macammana dengan tips ini?jika ada sebarang tambahan atau pengalaman boleh kita kongsi bersama :)



No comments: