Saturday, June 12, 2004

mari baiki solat

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din
sebentar
tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau
tidak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah
mengikuti
kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas,
baru
kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah
kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur
dah
lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh
dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,
penceramah
mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm
menghadap yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu
kita
berdiri tegak sblm lafaz niat :
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita,
seolah2
tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk
diri
sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita
diciptakan
oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa
bersyukurnya kita
dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi
hamba2nya
yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan
sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.
Setelah
bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul,
penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita
dan
selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada. (bukan
telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.
Menurut
enceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2an di
celah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu
sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke
atas
sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan
ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di
atas tgn
kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati
badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan
dgn penuh
tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan
berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut
tepat (90
darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman
hamidah..."
dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa
lakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg
tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru
diikuti
tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn
bawah sedikit
dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2
tgn
dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan
kerana
dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu
dahi, kedua
tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari
shj). Ibu
jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan
dilentur
agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan
dlm
keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk
bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2
tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
"....illallahh..."
( "laa ilaa ha ILLALLAH") . Jari telunjuk itu jangan diturunkan
sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.
Menoleh
sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat
ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri.
Tidak salah
jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga
180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan
sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan
papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah
dlm
keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg
tinggi dan
mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak.
Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan
para
hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati
ciri2 yg tertentu. Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.
Sekiranya
kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan
warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain
telekung
yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis
kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan
pastikan
sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless
di
dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit
jika
diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain
solat,
sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun
begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan
bagi
menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah,
tapi
pastikan stokin yg
dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu
akan
menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika
itu lalu
tidak
sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah
mencadangkan stokin
yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2
lapis.
3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg
berlubang2
sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut
pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2
ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah
kita berusaha memperbaiki
solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan
dihisab di
akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan
peribadi yg
baik.
Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana
telekung saya
agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung
setiap kali
solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik
kualitinya.
Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga.
Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg
diterima
Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak.
Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita
utk
akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula
kerana
solat
yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan
silap,
harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg
buruk
itu dari saya.
W'salam
**Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **

No comments: