Saturday, June 12, 2004

sahabat...

biar sahaja angin persahabatan ini berlalu
dalam serpihan rindu
daku tiada lagi dalam hatimu
mengapa aku bukan pilihan?

Cinta daku dibajai bahagia
Dipuput oleh rasa semakin hari semakin bercambah
Kasih merendang kian membesar
Sayang tiada siapa endah

Persahabatan daku akhirnya layu
Tinggal daun2 sendu
Batangnya tidak sekukuh lalu
Lantas tumbang dimakan waktu

Aku tak mahu ini terjadi
Tapi aku tak mahu ia diketahui
Rupanya kita tak sekuat mana
Rupanya kita tak setabah yang disangka

Teruskan hidupmu teman
Aku tak harapkan mu lagi
Pergi tak perlu kembali

---------------------------------------------------------------------------------------
walau aku mengeluarkan airmata darah sekalipun
walau aku bersedih untuk seribu tahun

andai Allah menakdirkan kita tak bersama
walau seribu tahun daku mencuba
tetap lara

jika orang sudah tidak sukakan aku
walau apapun daku lakukan
tetap kecewa

tak kira lagi apa akan aku lakukan
kita sudah terletak di dua dunia yang berbeza
biar ini sahaja
yang menjadi kenangan
kita pernah bersama

Tuhan aku tak mahu melepaskan
Tapi aku mahukan hikmah
Ya Tuhan aku tak mahu kecewa
Tapi apakan daya

Cinta ku tercicir di sini
Aku kutip semula dan teruskan perjalanan