Monday, September 20, 2004

secebis ingatan

Assalamualaikum wbt.Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yangdirahmati ALLAH SWT,Mengapa lidah kelu disaat kematian?
Tetapi kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapatberkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimikmukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jikatidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampirtiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akandicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon
kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita
sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematiankami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah
kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbala'lamin.."WASIAT NABI MUHAMMAD S. A. W. kepada SAIDINA ALIR. A.;Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:1) Jujur dalam berkata-kata.2) Menjauhi segala yg haram.3) Merendahkan diri.Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:1) Merahsiakan ibadahnya.2) Merahsiakan sedekahnya.3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:1) Takut berlaku dusta dan keji.2) Menjauhi kejahatan.3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:1) Mengawasi dirinya.2) Menghisab dirinya.3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s. w. t.Wang RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa kekotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa kesupermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

No comments: