Wednesday, September 29, 2004

suka dan duka dalam o&g

bismillah aku baru je abis exam dengan prof tan kat wad tadi. dapat diagnosis dah dikira baik...emm aku harap LULUS la dalam exam ni. Ya Allah berilah kami kejayaan dunia dan di akhirat Amin. emm lepas exam ni aku rasa ringan sangat kepala. semalam jangan cakap keruannya Allah sahaja yang tahu. sampai tak lena tidur dibuatnya. duduk salah, berdiri salah baring serba tak menentu kejap pusing ke kiri sekejap ke kanan. ni baru nak exam end of posting. belum lagi exam profesional. tak sanggup memikirkannya lagi. baru aku tahu bahana dan penangan mengambil medic. setelah menginjak ke tahun empat ini hidup ku rasakan ia kian mencabar dan pasti menuntut aku lebih berusaha. jika dahulu masih kecil bertatih kini takkan masih di takah yang sama. jiwa yang terdidik dalam suasana akademik ini menjadikan aku tidak puas menadah ilmu dan membuka telinga dari pensyarah yang aku sayangi. walau aku belum secemerlang mana tetapi sekurang2nya aku masih lagi bertahan di sini. aku takkan rebah selagi Allah tak mengizinkan kerna aku tahu sekali aku melangkah pasti tidak berpatah. dalam dunia o&g ini aku belajar bahawa banyak perkara yang mampu dcapai andai kita berusaha dan kuasa Allah lebih besar berbanding manusia. di sini kukenali wajah2 kental menyelamatkan hidup wanita dan penyambung warisan manusia. si sini dapat kutenung pelbagai ragam dan asam garam hidup. wajah marah, geram, tenang dan tidak kurang senyum nangis juga tertawa. segala kenangan aku dimarahi prof adeeb pasti tidak aku lupakan. prof adeeb yang asalnya hanya kudengar tentangnya di kuliah kini pernah mengajar ku dan memanggil namaku. betapa jauh nya taraf ku yang hanya punya ilmu sebutir pasir dengannya yang telah menimba pengalaman hampir 30 tahun. siapalah aku berbanding dengannya. jadi andai aku dimarahi pasti kutenung wajahnya dan terbayang dia umpama ibuku yang cuma mahu mendidikku. tidak tertahan aku dengan gelagat edwin yang pada asalnya sering kufikir kami ini bukanla pasangan sesupervisor yang sesuai. nyata sangkaan aku semua meleset sama sekali. dia juga seperti ku yang mahu tabah dan menghalau resah selama di o&g. dia tempat aku bertanya saat memerlukan dan tempat aku berkongsi cerita suka dan tawa. (kerna yang sedih tidak mahu lagi kuluah padanya). alahai setelah 8 minggu kutenung wajah2 bakal ibu dan bapa kini dengan rela aku tinggalkan sebentar lapangan o&g kerna aku pasti aku kembali pada tahun lima. betapa banyak ku timba pengalaman suka dan duka di o&g...

No comments: