Friday, October 15, 2004

QA kan diri

bismillah emm aku rasa macam serius sahaja bunyinya tapi sebenarnya aku baru je teringat pasal QA ni pagi tadi masa dapat taklimat kat Hospital Kajang. segala perkhidmatan yang disediakan di hospital mempunyai pernilaian QA nya sendiri. dari pernilaian QA ni kita akan dapat tahu samaada kita dah capai tahap yang kita nak atau tak. dan jika tidak kita perlu kaji macammana nak melonjakkan diri ke tahap tu. taklimat tu tak lama maklumlah hari ni hari first puasa..kena jimat tenaga skit.sister tu cakap kehidupan seharian kita memang tak sunyi dari QA.aaa...tak caya je bunyinya. bila dia sebut je tentang kehidupan seorang pelajar macam aku ni baru aku teringat. selepas dapat keputusan exam, pencapaian kita tak seperti yang diharapkan tentu kita nak cari sebab dan cuba perbaiki, kan? emm ada sedikit serupalah juga walaupun tak sama kan?sebenarnya kita perlu menanamkan kualiti2 yang baik dalam diri kita. seolah2 nya pernilaian QA ini dilakukan sepanjang masa. dan sememnagnya tidak dinafikan bahawa kita memang kita sentiasa diperhatikan Yang Maha Esa. selalulah muhasabah diri lebih2 lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ni...selamat berpuasa...

No comments: