Friday, January 14, 2005

Sungai Tekali (tak sekali)

bismillah. hari ini pergi ke rumah patient family case study aku kat kg sungai tekali. jauh rupanya. klau tak hampir-hampir aku bercadang nak naik teksi atau pun berjalan kaki. rupa2nya kawasan tu jarang dilalui teksi. jika aku terlajak membuat keputusan nekad tadi tentu aku masih tercongok di tepi jalan mahu menunggu teksi...alhamdulillah dah sampai HUKM balik pun. klau tak, takdelah aku duduk menaip sesuatu di sini. seronok meninjau kehidupan orang lain dan mendengar orang lain sehingga boleh melupakan kepayahan sendiri. bersyukur dengan apa yang ada dan mengerti bahawa sentiasa ada yang nasibnya tidak sebaik kita. begitulah Allah menyusun kehidupan ini. sentiasa ada yang berada di atas dan ada yang berada di bawah. semesti tidak selamanya berada di atas kerna bila masa nya telah tamat ke bawah jua akhirnya...

No comments: