Monday, January 03, 2005

tahun baru dan azam baru

Begitu pantas masa yang berlalu sudah pun bertemu dengan tahun baru 2005. rasa seperti semalam saya melafazkan azam baru. Walaupun tidak dapat saya capai kesemuanya namun saya pasti yang berusaha pasti akan dapat menuai kejayaan. Tahun baru ini paksa rela saya harus jadi lebih berani dan matang. Al maklumlah dah mencapai usia 23 emm dah tua. Kena fikir tentang masa hadapan. Setuju tak? Apatah lagi abang Asmadi telah membawa berita tentang hubungan kami berdua ke pengetahuan keluarganya. Walau saya rasa masanya terlalu awal namun saya rasa itu yang terbaik buat kami. Semenjak pertemuan pertama bagai kan begitu cepat sekali perancangan Tuhan sehingga membawa kepada pertemuan secara serius tentang perbincangan masa hadapan. Rasa macam tak sesuai pula sebab saya ni macam budak2 tiba2 kena juga membincangkan perkara sebegini. Ini lah dikatakan sudah jodoh. Dan akhirnya dia bersetuju unutk bertemu dengan ibu dan ayah saya pada tahun baru lalu. Kalut jua dia rupanya. Ayah tidak mahu tergesa2 sedangkan dia mahu kalau boleh kami betunang pada tahun ini juga. saya? Entah...tak mampu lagi berfikir terlalu jauh sebab exam lebih pantas dari itu semua. Doa saya mudah2an semuanya berjalan lancar. Sebenarnya redha Allah dan restu keluarga lebih dipentingkan dari segalanya. Sekian lama hidup di bawah naungan rahmat Allah dan dibesarkan dalam keluarga siapalah saya tanpa itu semua. Andai ini yang terbaik buat kami saya mohonkan kebaikan daripada apa yang telah, sedang dan akan kami lakukan. Ya Allah kami dambakan petunjukMu... Amin...

No comments: