Tuesday, December 21, 2004

penuh dengan dugaan

bismillah...Pagi ni aku dan 3 orang rakan yang lain perlu mengadakan lawatan pembelajaran ke HOSPIS Malaysia. Dekat je dari HUKM. Tapi klau jalan kaki penat la kot. Ok juga. Pagi ada discussion tentang pesakit terminal illness and a very brief interactive discussion about pain management for cancer patients. Sepatutnya kami kena lah ikut home visit ke rumah pesakit mereka tetapi memandangkan kami ada kelas petang ni dengan Dr. Tong so tak dapat lah join sebab rumah patients tu suma jauh2 kat selayang la kat subang jaya la. Nanti tak tau nak balik camne. Lagipun kitorang ada ”hidden agenda” sebab nak join talk kat Pusat Perubatan Primer Bandar Tasik Selatan. Emm sedih sebaik sahaja kitorang melepasi pintu keluar, Alhana dapat panggilan tepon yang nenek nya meninggal dunia pagi tadi. Innalillahi ainna ilaihirajiun...so dia kenalah pulang ke kelantan as soon as possible. As we arrived PPP at the 4th floor doctors told us that the palliative care patient that we visited last week En Ahmad had passed away yesterday…so for this I had a long pause since I knew him quite well and wrote his clinical review for doctors.
What unsuspected things to happen. Ya Allah ampunilah hamba2Mu ini. Tempatkanlah mereka bersama orang2 yang engkau redhai. Amin...

Berbaloikah pengorbanan yang daku lakukan andai telah kutahu ia takkan dihargai. Kuasa mana yang telah mendorong aku untuk hanya berdiri di sudut ini memerhati orang lain bahagia tetapi aku membiarkan diriku sendiri luka. Mana perginya api2 semangat yang aku katakan tatkala aku hanya berdiam mendengar yang kau tiada lagi mahu berada di sisi. Mengapa aku hanya merembes air mata dan tak ingin berbuat apa2. bukankah aku yang begitu teguh mempertahankan teguh cinta itu. Jangan begitu banyak sekali kau lontarkan kata2 pertanyaan mu tanpa kesempatan untuk daku menerangkannya. Aku hanya akan bahagia melihat orang yang aku sayangi bahagia. Jika dia bermuram berada di sini mengapa aku harus menahannya. Tiada guna memaksa. Aku yang perlu berkorban dan bersabar atas dugaan ini...apalah dayaku andai ia kisah kami bakal menjadi dedebu di jalanan.

Sunday, December 19, 2004

serba salah

bismillah...aku g cc malam ni sebab aku nak tengok klau2 orang dari perkeso tu dah reply aku nyer soalan. abislah esok aku g ppp tanpa jawapan. aku pun dah tak tau nak tanya kat sape pasal perkeso ni. takpe nanti aku tepon lah makcik Ana tu mengenangkan aku dah berjanji nak selesaikan masalah kewangan setelah suaminya mendapat ketumbuhan otak 4 bulan lepas. emm ada tak sesapa yang nak tolong aku tak? tak sesuai btul aku tanya kat sini...

Thursday, December 16, 2004

kalut

pagi pagi lagi da kalut sebab kena follow up patient untuk dapatkan bantuan perkeso semoga Allah akan permudahkan jalan untuk membantu orang lain insya Allah

Wednesday, December 08, 2004

bismillah...punya la lama aku tunggu nak buka blog ni hampir putus asa je dibuatnya. sepatutnya bpleh je klau kau nak bukak kat makmal tapi asik penuh je dari pagi tadi. lama2 terpaksa la pegi library pastu kenalah bayar seringgit. aku baru je masuk posting family medicine. ari ni hari ketigalah. aku pun masih tak tau nak buat strategi belajar yang camner. sebabnya aku dah serik masa posting jkm aku tak sempat nak abis baca buku. berserah pada nasib je masa exam tu. harap2 lulus la. aku kenala study lebih skit sebab ilmu yang dulu2 tu cam dah berkarat sangat. pagi tadi masa cpc, nasib baik lah presentation dari opthalmology dept masih bleh difahami. emm...aku berdoa sangat semangat belajar aku tak akan luntur walau apapun yang terjadi. semoga mampu buat yang terbaik untuk semua perkara. emm kat family medicine kitorang akan ke klinik kesihatan bt 14. kenalah biasa2kan diri masa minggu awal ni. yang penting petang ni kenalah stat baca buku sebab esok ada tutorial. ok

Friday, December 03, 2004

tiba-tiba sahaja...

Tiba tiba sahaja hati menjadi sayu. Dari tepian tingkap kedengaran suara mengalunkan bacaan Al Quran. keadaan aku yang berapa sihat sejak dua tiga hari yang lalu menyebabkan aku berfikir betapa kerdilnya daku. demam dan ditemani dengan hidung yang sentiasa yang berair ini serba sedikit mengganggu rutin aku. Pabila sakit barulah aku mengakui betapa nikmatnya sihat. Ya Allah ampunilah daku....mudah2an kesakitan yang enkau kurniakan kepada kami ini menjadikan kami insan yang bersyukur. Abg Asmadi menghantar message sejak beberapa hari yang lalu kadangkala menjadikan aku serba kebingungan. Mengapa tidak sekiranya dia asyik menyatakan keseganannya kepada aku. Namun sekiranya dia tahu bahawa sekiranya ingin di bandingkan aku dengan dia, sesungguhnya pengalaman hidup itu sebenarnya lebih bernilai dari ilmu teori yang kupelajari di dewan kuliah. Bukan lah niat aku ingin memperkecilkan nilai ilmu tetapi sekiranya sesuatu ilmu jika hanya dipelajari tetapi tidak diamalkan, ibarat pepohonan tanpa buah. Aku yang masih mentah mengharungi kehidupan tentu sahaja tidak dapat lepas dari kecewa dan hampa. Bukannya semua yang daku inginkan dapat dicapai tetapi sekurang2nya aku nampak apa matlamat hidup ku yang sebenar. Semasa meeting hampir sahaja hilang kesabaran pabila seorang teman tidak mempersetujui untuk membalut hadiah yang akan kami bawa untuk ke Program Tindakan Kesihatan di Semenyih tetapi setelah aku terangkan betapa tujuan kita membalut hadiah bukanlah semata2 untuk suka2 tetapi aku lebih suka jika ada elemen ’suprise’ dalam acara penyampaian hadiah kerana aku yakin hadiah yang disediakan cukup baik nilainya. Alhamdulillah penerangan aku disambut dan disokong dengan baik. Begitulah jua jika diaplikasikan dalam kehidupan. Benda yang terlindung sering sahaja diabaikan tetapi ada nilainya mungkin lebih tinggi dari benda yang sering sahaja terdedah. Bukankah yang menjadi nilaian Allah adalah hati?
Tetiba aku mejadi terharu apabila rakan semua berganding bahu meminta sumbangan untuk program ini. Sehingga akhirnya nilai kutipan kami begitu tinggi megatasi kumpulan yang sebelumnya. Walaupun pada mulanya aku merasa tebal muka untuk mengunjukkan surat sumbangan dan sehingga terkeluar gelaran ’muka tempe’. Dan tidak syak lagi apabila saban minggu aku di Semenyih begitu galak sekali mereka memasak sambal tempe. Katanya ”demi Azreen yang ingin memohon sumbangan supaya dia mampu membuat muka tempe lagi” .ahh...sudah aku keturunan Jawa tentulah makanan itu sudah menjadi tidak hairan lagi.....

Seminggu menjelangnya program kami aku menjadi semakin tidak keruan masakan tidak jika begitu banyak perkara yang harus dilakukan dan tempoh persediaan begitu suntuk. Apa yang mampu kulakukan telah pun aku lakukan.