Friday, December 03, 2004

tiba-tiba sahaja...

Tiba tiba sahaja hati menjadi sayu. Dari tepian tingkap kedengaran suara mengalunkan bacaan Al Quran. keadaan aku yang berapa sihat sejak dua tiga hari yang lalu menyebabkan aku berfikir betapa kerdilnya daku. demam dan ditemani dengan hidung yang sentiasa yang berair ini serba sedikit mengganggu rutin aku. Pabila sakit barulah aku mengakui betapa nikmatnya sihat. Ya Allah ampunilah daku....mudah2an kesakitan yang enkau kurniakan kepada kami ini menjadikan kami insan yang bersyukur. Abg Asmadi menghantar message sejak beberapa hari yang lalu kadangkala menjadikan aku serba kebingungan. Mengapa tidak sekiranya dia asyik menyatakan keseganannya kepada aku. Namun sekiranya dia tahu bahawa sekiranya ingin di bandingkan aku dengan dia, sesungguhnya pengalaman hidup itu sebenarnya lebih bernilai dari ilmu teori yang kupelajari di dewan kuliah. Bukan lah niat aku ingin memperkecilkan nilai ilmu tetapi sekiranya sesuatu ilmu jika hanya dipelajari tetapi tidak diamalkan, ibarat pepohonan tanpa buah. Aku yang masih mentah mengharungi kehidupan tentu sahaja tidak dapat lepas dari kecewa dan hampa. Bukannya semua yang daku inginkan dapat dicapai tetapi sekurang2nya aku nampak apa matlamat hidup ku yang sebenar. Semasa meeting hampir sahaja hilang kesabaran pabila seorang teman tidak mempersetujui untuk membalut hadiah yang akan kami bawa untuk ke Program Tindakan Kesihatan di Semenyih tetapi setelah aku terangkan betapa tujuan kita membalut hadiah bukanlah semata2 untuk suka2 tetapi aku lebih suka jika ada elemen ’suprise’ dalam acara penyampaian hadiah kerana aku yakin hadiah yang disediakan cukup baik nilainya. Alhamdulillah penerangan aku disambut dan disokong dengan baik. Begitulah jua jika diaplikasikan dalam kehidupan. Benda yang terlindung sering sahaja diabaikan tetapi ada nilainya mungkin lebih tinggi dari benda yang sering sahaja terdedah. Bukankah yang menjadi nilaian Allah adalah hati?
Tetiba aku mejadi terharu apabila rakan semua berganding bahu meminta sumbangan untuk program ini. Sehingga akhirnya nilai kutipan kami begitu tinggi megatasi kumpulan yang sebelumnya. Walaupun pada mulanya aku merasa tebal muka untuk mengunjukkan surat sumbangan dan sehingga terkeluar gelaran ’muka tempe’. Dan tidak syak lagi apabila saban minggu aku di Semenyih begitu galak sekali mereka memasak sambal tempe. Katanya ”demi Azreen yang ingin memohon sumbangan supaya dia mampu membuat muka tempe lagi” .ahh...sudah aku keturunan Jawa tentulah makanan itu sudah menjadi tidak hairan lagi.....

Seminggu menjelangnya program kami aku menjadi semakin tidak keruan masakan tidak jika begitu banyak perkara yang harus dilakukan dan tempoh persediaan begitu suntuk. Apa yang mampu kulakukan telah pun aku lakukan.


No comments: